Sabtu, 7 April 2018

PERCUTIAN SINGKAT KE SUNGAI LOPO VILLAGE HULU LANGAT

Percutian Singkat ke Sungai Lopo Village Hulu Langat | Cuti sekolah dah lama berlalu Mimi baru nak update cerita cuti sekolah. Cuti sekolah kali ni Mimi tak berjalan jauh mana pun cuma bawa anak anak mandi air sungai. Ni pun boleh dikatakan percutian yang unplanning. PERCUTIAN SINGKAT KE SUNGAI LOPO VILLAGE HULU LANGAT.



PERCUTIAN SINGKAT KE SUNGAI LOPO VILLAGE HULU LANGAT


Ikutkan plan asal nak pergi bawa anak anak bercuti ke Kalumpang. Tapi ada beberapa sebab yang tak dapat dielakkan, jadi Mimi dan suami decide cari tempat mandi manda yang lain. Kitorang berhenti sekejap di RnR Nilai, suami order air Mimi pula google tempat mandi manda yang ada. Cari punya cari, Mimi terjumpa pasal Sungai Lopo Village. Cari maklumat berkaitan dan berbincang akhirnya kitorang decide bawa anak anak mandi di Sungai Lopo atau lebih dikenali sebagai Air Terjun Sungai Lepoh, Hulu Langat. 

Suami Mimi call dan tanya beberapa maklumat yang perlu. Dan masa tu juga booking chalet yang ada untuk satu malam dan transfer duit deposit tau. Selesai semua terus kitorang bertolak. Gigih tak gigih semua jadi dalam masa yang singkat sebab tak nak hampakan anak anak. So, terjadilah PERCUTIAN SINGKAT KE SUNGAI LOPO VILLAGE HULU LANGAT.

Kitorang selamat sampai Sungai Lopo Village lebih kurang pukul 3.00 petang. Sampai saja,kitorang makan dulu tak boleh check in chalet sebab bilik yang kitorang book tuh orangnya check out pukul 6.00 petang. Tapi takpelah kan. Kitorang makan dulu lepas tuh baru bawa anak anak mandi.

Bukan main seronok lagi diorang mandi, Ummi juga tukang ambil gambar
Peace!!
Adhwa paling seronok sekali


Seronok bila tengok anak anak seronok mandi. Bayangkan dari pukul 4.00 petang sampai pukul 6.30 petang anak anak mandi. Dah menggigil sejuk pun nak mandi lagi. Mimi tak mandi awalnya sebab tak tukar baju. Dah pukul 6.00 dapat masuk chalet terus tukar baju mandi. Suami dah duduk rileks sebab dah puas mandi.


Auni, Adhwa dan Aina



Bila dapat mandi dengan anak anak seronok tau. Walaupun mandi dekat tempat cetek saja. Sambil mandi sambil photoshoot produk untuk review. Gigih tak gigih Mimi..hahaha..Seronok jugalah kan anak anak pun banyak membantu.

SUNGAI LOPO VILLAGE HULU LANGAT


Walaupun PERCUTIAN SINGKAT KE SUNGAI LOPO VILLAGE HULU LANGAT ni memang unplanning tapi tetap bagi keseronokan pada anak anak. Air sungainya jernih dan memang sesuai untuk kanak kanak mandi juga. Air sungai ni terbahagi kepada tiga bahagian tau korang. Ada bahagian cetek, sederhana cetek dan dalam. Kalau dalam tu paras pinggang dewasa juga. So, tak perlu risau keselamatan anak anak. Diorang boleh mandi di kawasan cetek.

Untuk chalet harga untuk satu malam ialah RM80.00 tapi memandang suami pilih chalet depan sungai, jadi harganya jadi RM90.00 satu malam. Chalet yang Mimi sewa tu memuatkan satu katil Queen size, bantal, sejadah dan meja tepi. Bilik mandi dan tandas ada tetapi saiz kecil. Bolehlah kan, bilik besar juga boleh muat letak satu lagi katil saiz Queen tau. Bagi Mimi, bilik ni sesuai untuk buat lepas penat dan tidur selepas mandi di sungai. Nak tengok tv ke wifi free ke memang tak ada ya. Bilik memang besar tapi so-so jelah. Suami pun ada ambil tambahan tilam bersaiz queen sebab takkan nak sumbat sekali lima orang tidur atas katil kan. Memang tak muat. Kalau korang nak bilik yang selesa dan semua kemudahan ada, chalet Sungai Lopo Village bukan tempat yang sesuai untuk korang. Kenalah cari tempat penginapan yang lain.

Masa tidur dekat sini pun line Umobile tak okey tau. Nak buka facebook ke instagram ke memang tak boleh. Mimi guna line Umobile memang E terus jadinya. Suami guna line Digi okey je siap layan video. Jealous tau! Kalau korang nak walk in dan mandi saja pun boleh. Surau pun ada disediakan untuk bersolat. Untuk korang yang walk in ada pondok teres kayu disediakan di tepi sungai. Mudahkan korang letak barang barang korang.

So, far okeylah PERCUTIAN SINGKAT KE SUNGAI LOPO VILLAGE HULU LANGAT ni. Anak anak seronok dah kira syukur kan.

16 ulasan:

  1. Menarik la tempat ni..sungai dekat je dgn chalet.

    BalasPadam
  2. Bestnya bercuti kat sini...akak suka pemandangannya..nanti boleh la ajak adik2 akak datang sini bawak mak berehat...boleh Bbq kan?suka tengok anak2 Mimi happy

    BalasPadam
  3. Okay la kan Mimie, janji anak seronok kan..

    BalasPadam
  4. Lama dah berangan nak mandi air terjun dengan family... nak jugaklah pi nanti dekat jer!

    BalasPadam
  5. sedapnya mandi air terjun, mesti sejukkan..

    BalasPadam
  6. Bestnya akk..dulu pernah jgk pergi hulu langat..ada camping anjuran tmpt study.. Mmg best kawasan2 dia.. Cantikkkk.. Tmpt akk share ni zaza blm tahu.. Nanti bila2 blh la ajk fmly jln sini

    BalasPadam
  7. Seronok sangat kan sesekali dapat mandi sungai sampai menggigil badan. Rasa fresh dan tenang je.

    BalasPadam
  8. wahhh bestnyaaa dah lama tak gi tempat2 cmni tauu :D

    BalasPadam
  9. Bestnya, lama zira tak mandi sungai mesti sejuk airnya kan

    BalasPadam
  10. seronoknya... air pun jernih... ada port blh lepak2 gini tak terlalu dlm....
    sian ada bdk kesejukan nampaknya tuh... msti lama dh berendam

    BalasPadam
  11. Bestnya kak. Lagi² unplanned. Mmng terbaik la kak. Puas ank ank berendam. Ank kita ntah² takut air. Haha

    BalasPadam
  12. Best nye tempat ni..nti kalau sampai sini boleh sggh..kami ni mmg suka mandi sungai haha

    BalasPadam
  13. wahh.. syoknyaa.. dah lama tak mandi manda gini.. ni kalau bawak si kecik suka beno la dia

    BalasPadam
  14. Bestnyeeee.. dh lama x mndi cmni.. klu cuaca panas mmg best berendam

    BalasPadam
  15. tak pernah tahu pun Daerah Hulu Langat ada sungai lopo ni.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.