Rabu, 3 Januari 2018

Hari Pertama Persekolahan Aina Dan Auni

Hari Pertama Persekolahan Aina Dan Auni | Semalam merupakan hari pertama anak anak mulakan persekolahan mereka. Macam tu juga Aina dan Auni. Pagi ni Aina dan Auni tak buat perangai pun bila kejutkan diorang mandi. Yelah hari pertama persekolahan Aina dan Auni mestilah diorang excited kan.

Hari Pertama Persekolahan Aina dan Auni



Tahun ni Aina darjah dua, Auni pula darjah satu. Rasa macam baru semalam je lahirkan diorang tau. Tup tup dah besar dah diorang. Betapa cepatnya masa berlalu. Tak sangka dah besar dah anak anak dara Mimi. Semakin besar semakin besar cabaran membesarkan diorang ni. Macam macam perangai ada. Geram ada kelakar pun ada tengok perangai anak anak ni kan. Sabar sajalah.

Nak dijadikan cerita, hari pertama Aina dan Auni ke sekolah dah berlaku kejadian tak diingini tau korang. Masa nak masuk pagar sekolah, Aina tersadung kaki adik dia Adhwa. Dua dua jatuh tapi Adhwa, Mimi sempat pegang. Cuma Aina saja tak dapat nak sambut. Nasib baik baju tak koyak cuma kotor sikit bahagian bawah baju kurung. Sampai kantin, abi dia basuh kotoran tu dengan air dan sental sikit sikit. Tuh yang nampak baju dia basah bahagian bawah. Kenangan hari pertama persekolahan buat Aina. Masa ni diorang kena berkumpul di dewan terbuka sebab ada perhimpunan pagi.


Kalau orang tengok diorang ni, ada yang kata macam kembar walaupun hakikatnya tak pun. Selalu kalau bawa berjalan mesti orang tegur, kembar ke? Sebab diorang cakap baju sama, tinggi sama, muka pun lebih kurang sama. Kadang kadang hairan juga bila orang tegur kembar sebab tang mana yang sama pun tak tahulah. Aina memang ikut muka Mimi masa kecil dulu, Auni pula memang ikut muka abi dia. Memang jauh beza pun tak sama. Tinggi pun ada beza sikit kan.

Okey, dah mula melalut. Bercerita mengenai hari pertama persekolahan Aina dan Auni, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Selepas perhimpunan, Mimi bawa Aina pergi ke kelas dia. Suami Mimi pula tunggu Auni dan bawa pergi kelas. Jumpa guru kelas Aina sekejap nak tanya sama ada kena bayar yuran ke tak, sekali guru kelas kata tak ada bayar apa apa yuran pun. Bila semua urusan dah tak ada, kitorang balik jela. Cuma masa ambil diorang balik sekolah nanti, nak daftar kan KAFA untuk Aina. Auni dah selesai semua masa hari orientasi Sabtu lepas.

Alhamdulillah selesai semua, dah boleh tarik nafas lega. Cuma bayaran yuran PIBG tu belakang kira lah. Lambat lagi nak bayar pun. Lega dah. Lepas ni, boleh dah tumpu pada blog pula.

10 ulasan:

  1. haah, Qekra baru nak cakap eh macam kembar jer hehe..

    BalasPadam
  2. Saya pun ingat kembar .. rupanya beza setahun umur dorg.

    BalasPadam
  3. Selesai dah semua urusan sekolah anak-anak ya Mimie.. lega dah..

    BalasPadam
  4. Akak untuk dania semua dah settle dah..dah boleh tarik nafas lega..nasib xde banyak yuran pun cuma PIBG tu je la..Dania kena RM130 ...

    BalasPadam
  5. Macam kembar. Esk2 dhia n dzal cam ni kot. Jarak dorang 1 thn juga tu

    BalasPadam
  6. Selamat tak luka masa jatuh tu mimi. Kalau syafi mau dah drama swasta dah. Haha. Semoga semua berjalan dgn lancar buat aina dan auni. Belajar rajin2 dan berjaya di dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  7. cantiknye blog😍 jemput ke blog saya juga. www.hannanseri.com

    BalasPadam
  8. comel ja dua dua gugurl ni. rajin belajar ye gugurl

    BalasPadam
  9. kalau setahun satu dan sama jantina memang ornag akan cakap kembar kan..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.