Menderma Secara Atas Talian dengan Aplikasi Sujood

Sedekah adalah amalan yang sangat mulia disisi Islam. Sedekah sangat dituntut didalam Islam mempunyai maksud yang cukup dalam. Sedekah adalah pemberian oleh seseorang kepada orang  yang memerlukan dan terdesak dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.Antara asnaf yang boleh menerima sedekah adalah orang fakir miskin, sanak-saudara yang kurang berada mahupun untuk kepentingan fi sabilillah.

Di dalam Al-Quran, perkataan sedekah boleh dijumpai dalam beberapa ayat. Contohnya seperti dibawah ini :

 

Ø®ُØ°ْ Ù…ِÙ†ْ اَÙ…ْÙˆَالِÙ‡ِÙ…ْ صَدَÙ‚َØ©ً تُØ·َÙ‡ِّرُÙ‡ُÙ…ْ ÙˆَتُزَÙƒِّÙŠْÙ‡ِÙ…ْ بِÙ‡َا ÙˆَصَÙ„ِّ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْۗ اِÙ†َّ صَÙ„ٰوتَÙƒَ سَÙƒَÙ†ٌ Ù„َّÙ‡ُÙ…ْۗ ÙˆَاللّٰÙ‡ُ سَÙ…ِÙŠْعٌ عَÙ„ِÙŠْÙ…ٌ

 

Ambillah sebahagian  dari harta mereka guna sebagai sedekah (zakat) supaya dengannya, Engkau membersihkan dan menyucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doamu itu (menumbuhkan) ketenteraman jiwa bagi mereka. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.

(Surah At-Taubah :103)

Umat Islam tidak perlu tunggu kaya untuk bersedekah asalkan mengikut kemampuan masing-masing. Bagaimanapun, orang yang kurang berkemampuan yang bermurah hati hendak bersedekah, amatlah digalakkan sehinggalah tidak menyusahkan diri sendiri dan orang yang dibawah tanggungan.Itu pun jika terdapat lebih daripada keperluan sendiri barulah boleh disedekahkan sebahagian daripadanya kepada orang lain.

Untuk mengimarahkan lagi amalan sedekah dan sampai terus menerus kepada penerima, aplikasi Sujood dibina untuk memudahkan urusan semua pihak sama ada pemberi atau penerima. Aplikasi ini adalah platform derma yang mana penerimanya adalah masjid dan surau. Pihak masjid boleh gunakan platform ini untuk meluaskan lagi dan menambah derma daripada orang ramai untuk melancarkan pentadbiran dan menganjurkan aktiviti yang bermanfaat untuk ahli qariah. Kutipan daripada platform Sujood ini adalah bersifat telus dan terus menerus kepada pihak masjid. Dengan adanya Sujood ini, kutipan derma tidak hanya terhad diterima daripada ahli qariah sahaja malah seluruh pengguna Sujood di seluruh Malaysia. Bagi pengguna pula, amal jariah boleh dilakukan hingga keseluruh Malaysia, tidak terhad dalam kawasan sendiri sahaja.

Kemudahan untuk pengguna yang menderma melalui Sujood, setiap derma yang dibuat akan ada sejarah derma yang pernah dibuat sebelum ini. Sekali pendaftaran sahaja dan boleh membuat bayaran derma beberapa kali. Setiap maklumat yang diisi disimpan dan pengguna tidak perlu untuk mengisi maklumat bagi setiap derma yang dibuat. Hanya pilih nilai sahaja dan melakukan transaksi tanpa perlu menaip maklumat beberapa kali. Selain itu juga, kita boleh kongsikan link masjid yang kita telah derma kepada orang ramai. Jangan risau maklumat nama pengguna tidak didedahkan, tetapi setiap orang yang menderma melalui link yang pengguna kongsi akan dapat pahala berpanjangan. Kita boleh kongsi link tersebut ke dalam kumpulan whatapps kerja , keluarga dan sebagainya.

Sebagai contohnya, kita menderma di masjid negeri Perlis. Selepas itu, link derma tersebut boleh kita kongsikan kepada orang ramai. Terdapat satu masjid di Perlis buat masa ini,

https://masjidaltaqwaalorredis.sujood.net. Terdapat ikon butang share dalam link tersebut.



 

 

Kisah masjid ini, pada tahun 2021 berlakunya tragedi malang yang menyebabkan berlakunya kebakaran dan dilaporkan terdapat kerugian harta. Pihak pengguna boleh menderma kepada pihak masjid dengan menderma melalui aplikasi Sujood. Asbab derma pengguna boleh pihak masjid gunakan untuk membeli peralatan  masjid dan program mengimarahkan masjid. Pihak masjid juga boleh sebarkan kepada semua rakyat di Malaysia tidak terhad kepada pengguna aplikasi Sujood. Masjid akan dapat menambah kutipan derma tidak terhad kepada kutipan melalui tabung masjid sahaja. Selain itu, orang luar dari negeri Perlis juga turut dapat menyumbang untuk pembangunan masjid al taqwa Perlis. Orang luar tidak perlu ke negeri Perlis untuk menderma, cukup sekadar menderma melalui aplikasi sujood.

Itu tidak menghalang orang luar untuk mengunjungi negeri paling utara Malaysia , iaitu Perlis. Perlis adalah negeri yang terkecil di Malaysia dan  mempunyai keluasan sebanyak 821 kilometer persegi. Pada banci yang dilakukan tahun 2020, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 284,885 orang dan 88.8 peratus daripadanya adalah bumiputera. Perlis adalah negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia bersempadan dengan negara Thailand di utara, negeri Kedah di selatan dan Selat Melaka di barat. Perlis mempunyai keluasan sebanyak 819 kilometer persegi. Gunung Perlis adalah gunung tertinggi di Perlis dengan ketinggian 733 meter .

Di bahagian utara dan barat daya negeri ini, terbentangnya Banjaran Nakawan yang merupakan banjaran batu kapur terpanjang di Malaysia. Perlis juga kaya dengan banjaran  dan bukit-bukit batu kapur yang dikenali sebagai Formasi Setul yang tertua di Malaysia. Kira-kira usianya dianggarkan dalam 500 juta tahun . Di banjaran ini juga terletaknya Taman Negeri Perlis dan beberapa hutan simpan yang lain seperti Hutan Simpan Kekal Mata Ayer dan Hutan Simpan Kekal Wang Mu.Disebabkan keluasan negeri Perlis yang amat kecil, tiada daerah di negeri Perlis. Oleh itu, negeri Perlis dibahagikan kepada 22 buah mukim.

Terdapat banyak tempat menarik di negeri Perlis. Dengan ibu negerinya Kangar yang pentadbirannya seluruh negeri dibawah majlis perbandaran Kangar. Persisiran pantai di Kuala Perlis yang menyajikan makanan laut yang segar. Terdapat peniaga tempatan berniaga makanan lokching yang lazat. Terdapat Nelayan yang berniaga ikan setiap pagi dan petang di Kuala Perlis. Pengunjung juga boleh bawa pulang belacan Kuala Perlis yang terkenal. Di perbatasan Perlis, pengunjung boleh membeli periuk , kacang dan jersey di Padang Besar. Harga yang berpatutan dan berkualiti pasti memikat pengunjung. Makanan turut dijual di sini antaranya nasi komok, pulut mangga dan nasi daging bakar harimau menangis. Pengunjung boleh juga berOOTD di sekitar kawasan Perlis yang kelilingnya terdapat gunung dan bukit yang indah.

Negeri Perlis terkenal dengan pengeluaran buah manga harum manis. Isinya sangat sedap dan harga yang berpatutan. Rugi sekiranya tidak pernah sekali merasa buah unik ini. Pengeluaranya adalah setahun sekali. Untuk ke Perlis boleh menaiki kenderaan darat seperti kereta dan keretapi laju ETS. Boleh naik kapal terbang dan turun di lapangan terbang kepala batas kedah darul aman.Jika ingin ke Langkawi, jeti Kuala Perlis menawarkan perkhidmatan feri. Perjalanan selama satu jam dari jeti Kuala Perlis ke Langkawi.

Melalui aplikasi Sujood, jenayah dapat dikurangkan. Kecurian tabung masjid yang kerap berlaku akan dapat diatasi sekiranya transaksi online terlaksana. Pihak masjid hanya perlu siarkan qr code di dinding masjid dan orang yang ingin menderma boleh scan qr code sahaja. Ini dapat mengurangkan aliran wang cash daripada orang ramai. Dewasa ini situasi sekarang kebanyakan perniagaan adalah melalui transaksi online. Oleh itu, kurangnya cash dibawa oleh pengunjung masjid. Ini dapat memudahkan urusan penderma yang tidak membawa cash ke masjid. Purata rakyat di Malaysia mempunyai 1 telefon bimbit yang dibawa bersama sama. Pihak masjid yang menggunakan platform sujood boleh dikatakan mengikut trend terkini dan pasti membuatkan semua orang kagum.

Derma melalui kaedah online ini adalah selamat kerana terdapat rekod transaksi yang dilakukan. Dengan adanga rekod , segala ketirisan dapat dielakkan. Duit juga selamat terus kedalam akaun bank masjid. Pihak masjid tidak perlu lagi mengira duit secara manual. Duit yang dapat dan dibelanjakan semuanya ada rekod. Duit derma adalah duit orang ramai yang tidak boleh dibelanjakan secara sesuka hati. Kurangnya duit yang melalui tabung, pihak masjid tidak perlu lagi, mengira secara manual dan ke nak semula untuk bank in.

Selain derma, fungsi aplikasi Sujood adalah pengguna boleh membayar zakat. Zakat bermaksud sejumlah harta tertentu yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. supaya diserahkan kepada orang-orang yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat yang tertentu.

Terdapat dua jenis zakat iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu dan boleh dibayar pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri. Zakat harta ialah zakat yang dikenakan ke atas harta-harta tertentu dan boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam.

Pengguna boleh memilih pembayaran melalui negeri masing-masing. Kemudahan ini sangat bagus kerana kebiasaan orang terlupa untuk bayar zakat fitrah disebabkan selalu menangguh bayar sehingga saat akhir Ramadhan. Kebiasaannya saat akhir, amil yang bertugas tidak kelihatan dan melalui platform online ini dapat memudahkan pengguna. Zakat adalah termasuk dalam rukun Islam yang keempat. Wajib untuk ditunaikan sebagai umat Islam.

Terdapat juga ruangan tazkirah didalam aplikasi Sujood, artikel yang disediakan oleh bukan sebarangan tokoh. Ustaz, pensyarah Universiti dan pejabat mufti antara penyumbang artikel didalam aplikasi Sujood ini. Kita dapat sama-sama muhasabah diri dan mendekatkan diri kepada Allah. Orang ramai dialu alukan untuk menghantar artikel berkenaan tazkirah yang boleh dimuat naik kedalam aplikasi Sujood. Dengan perkongsian kita, InsyaAllah dapat memberi manfaat kepada semua manusia.

Kita harus bersedekah dengan barang yang baik. Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah. Sesuatu yang disedekahkan ialah yang halal, bukan haram atau subahat. Sunat bagi pemberi sedekah atau penderma bersedekah dan menderma daripada benda yang disukai dan disayangi, tidak kira sama sedikit atau banyak. Bersedekah dengan disertai keikhlasan, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan merosakkan amalan bersedekah. Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdhal, ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya.

Sesungguhnya kebaikan aplikasi ini sangat meluas dan memberi peluang kepada pengguna Sujood dan pihak masjid dalam beramal. Dengan adanya aplikasi ini, pihak masjid dapat memudahkan urusan kewangan keluar masuk dan bagi pengguna pula dapat beramal tanpa perlu mengeluarkan duit secara cash. Aplikasi yang sangat baik dan berguna untuk masa kini. Pengguna boleh beramal tidak kira masa tempat dan upaya. Antara orang yang bersyukur adalah berkongsi nikmat dan rezeki kepada orang lain. Semoga amalan kita diterima Allah. ameen.

Untuk maklumat tambahan boleh lawati website mereka di https://sujood.net.

Post a Comment

3 Comments

  1. bagus aplikasi ini, semua lengkap

    ReplyDelete
  2. thank u sis mimie untuk perkongsian ni! i just knew it. mudah and selamat!! <3

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com