Surat Beranak Hilang, Mohon Baru di JPN UTC Ampangan

Assalamualaikum

Sebelum ni Mimi tak ambil kisah pun pasal surat beranak. Yela dengan yakinnya rasa surat beranak tu ada dalam fail Mimi di rumah. Sekali nan hado.

Masa nak guna tuh lah tak jumpa mana surat beranak. Puas cari tak juga jumpa. Last last decide buat baru di JPN. Sebelum pergi JPN, Mimi cari maklumat terlebih dahulu sebelum pergi. Buat persediaan sebelum pergi. Nak kena tahu juga dokumen yang diperlukan masa nak mohon surat beranak baru.



So, Mimi decide pergi JPN UTC Ampangan saja. Memang dekat dengan office. Nak buat surat beranak baru kena bawa kad pengenalan dan salinan kad pengenalan. Dapat nombor terus tunggu giliran dipanggil. Masa pergi UTC, Mimi bawa Adhwa sekali sebab dia baru balik sekolah kan. 



Nak tunggu giliran tu lama jugalah. Nasib baik Mimi diberi kesabaran menunggu nombor giliran dipanggil. Tiba giliran sekejap saja prosesnya tak lama pun. Lepas tu kena tunggu lagi 30 minit untuk dapatkan surat beranak yang baru.

Kalau tak disebabkan urusan penting yang memerlukan surat beranak memang sampai ke sudah Mimi tak buat baru. Dah kebetulan urusan penting ni memerlukan surat beranak terus saja buat. Senang.

Tapi itulah surat beranak yang baru ni, yang di ruang agama tu  maklumat tidak diperolehi. Agak agak jadi masalah tak pada masa akan datang? Dah siap baru perasan. kalau tak beri kesan apa apa takpelah. Sebab jarang urusan menggunakan surat beranak ni tapi tetap juga penting kan.


Lega dah bila ada surat beranak yang baru. Simpan dalam fail, tak ada nak hilang lagi. Dah boleh uruskan apa yang patut secepat mungkin.


Post a Comment

3 Comments

  1. adoi la..selalu mcm tu, bila nak guna x jumpa kan

    ReplyDelete
  2. Akak kan...surat beranak ada tapi dah uzur betul..yang jenis kertas kaler choco tu...bapak giler lama..hari tu buat urusan untuk Dania masuk U rasa segan plak nak copy...hahahaha...buruk giler tapi malas nak pening2...rasanya nak pi tukar la...malu oiii

    ReplyDelete
  3. cepat dan mudah aje prosesnya.. semoga x hilang lagi

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com