Lunch di Bungaa dan Gula

Assalamualaikum

Once again. Cerita bulan lepas. Mimi ada urusan daftar sekolah menengah harian untuk kakak Aina. Jadi, hari tu Mimi half day saja. Memandangkan pejabat buka pukul 2.00 petang, sebelum pergi tu nak lunch dulu.

Dah janji dengan close friend nak lunch sama sama. Kebetulan anak kami pun dapat sekolah yang sama. Sebenarnya Mimi tak tahu pun Bungaa dan Gula dekat mana tau. Yang kawan Mimi ni duk berahsia sangat. Dia cakap area Seremban. Memang lah area Seremban tapi nak juga tahu kat mana.

Dia boleh cakap pergi makan tu jalan kaki saja dari pejabat. Eh kita dah duk memikir celah mana ada kedai or kafe Bungaa dan Gula dekat area tempat kerja. Berbelas tahun kerja dekat sini tak pernah nampak. Bila dah dia cakap jalan kaki tu ikutkan aje. Bila dah sampai, alahai memang dekat rupanya dari tempat kerja. Terletak berhadapan dengan bangunan putih mahkamah lama.

Welcoming board


Masuk saja Bungaa dan Gula, bahagian kiri mata korang akan dihidangkan dengan pelbagai jenis kek dan pastry. Agak menggugat nafsu makan ye tengok macam macam kek yang ada.


Then, Mimi dan kawan cari meja dan duduk. Then waitress datang hantar menu. Kami decide makan Fried Rice with Chicken Chop. Air pulak Mimi order Soda Herbs dan kawan pula Honey Lemon. Then, Mimi terus ke kaunter. Segala order dan bayar terus di kaunter tau.




So far, for me berbaloi makan kat sini. Harga afffordable dengan rasa dan presentation portion makan tu. Suasana dalam kafe Bungaa dan Gula ni pun just nice dan deko memang mesra socmed. Kalau snap gambar memang ada beberapa bahagian yang korang boleh snap dan upload kat socmed korang. Nampak catchy dan modern.

Total makan untuk dua orang RM60++. Okaylah, berbaloi dengan harga dan makanan tu. Macam Mimi bab makan tak kisah sangat berapa harga tu tapi pastikan harga dan rasa makan tu worth it lah kan. 


Sebelum balik wajiblah wefie depan kafe. Kami berpakaian sedondon ni tak plan pun. Kebetulan tau. Dah macam uniform ofis pulak. Padahal masing masing lain pejabat lain jabatan.

Lepas ni memang plan nak cari makan lagi. Memang tu fiil dan hobi kami, jalan jalan cari makan. Lepas tu bising badan naik..hahaha..perempuan!

Post a Comment

5 Comments

  1. sweet cafe ni sama sweet dengan Mimi :-)

    ReplyDelete
  2. haha..setuju ayat mimie..hobi jalan-jalan cari makan lepas tu bising, badan naik..#perempuansangat...

    ReplyDelete
  3. Area mana ni cafe ni...macam best je..duk fikir bangunan putih mahkamah lama seremban...ah sudah..appear dalam minda perpustakaan lama je sebab itu je nampak bangunan lama putih...muahahahaha

    ReplyDelete
  4. Next time leh try pasta kat situ..pun dapp...

    ReplyDelete
  5. tq sharing sis .. heheh aritu mcm nampak kat IG pastu lupa. nnt boleh jejak sini

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com