Lunch Date di Bangi Avenue Convention Center (BACC)

Assalamualaikum...

Sambung lagi cerita date dengan CFF. Kira ni last part cerita pasal jalan jalan cari makan dengan CFF. Untuk cerita sebelum ni korang boleh baca entry Breakfast Date di Ekues Cabin Cafe dan juga Hajat Nak Naik Cruise Tasik Putrajaya Tak Kesampaian Gara Gara Hujan Lebat

Selepas keluar saja dari masjid Putrajaya, Mimi dan Kak Aida bergerak terus ke Bangi Avenue Convention Center (BACC) nak lunch. Masa sampai di BACC hujan renyai renyai. Tapi memang boleh redah lagi. Di BACC banyak restoran makan yang boleh korang pilih. Nak makan masakan Thai, Western, Korea, Jepun dan banyak lagi semua ada. 

Nak pilih menu makanan pun ambil masa tau. Nak isi perut memang kena betul betul pilih makanan. Masa tu Mimi memang nak makan nasi. Bincang punya bincang kami decide makan di Teppanyaki.





Masuk Teppanyaki tak ramai pun customer. Ada lah seorang. Kira port makan sesuai sangat sebab Mimi ni jenis ambivert. Ada masa tak kisah orang ramai ada masa kisah. Mood time tu nak makan dalam keadaan tenang dan tak ramai orang. Sambil tunggu makanan sampai memang borak sakan sambil ketawa sebab ada cerita lawak yang memang kami tak boleh nak tahan ketawa.

Beberapa minit kemudian, set makanan yang kami order dah sampai. Tak ingatlah nama menu yang kami order tu. Mimi pula tak teringat nak snap gambar menu sebab bila dah lapar otak tak berapa nak berfungsi. Just snap muka depan menu je. Sengal betul kan! Untuk minuman bukan dari Teppanyaki tetapi dari cafe Ice Cream.

Tak ingat apa namanya tapi memang sedap. Sayur semata sebab Kak Aida pilih yang vege 



Tak ingat nama menu ni. Air pun tak ingat.

So far makanan di Teppanyaki ni sedap dan berbaloi dengan harga. Standard lah. Servis pun bagus. Perut yang kosong dan lapar tadi dah terisi penuh. 

Perut kenyang muka ada senyum



Alhamdulillah syukur, kenyang. Kononnya plan selepas makan nak bergambar lah di bawah tanglung berwarna warni tapi tak kesampaian sebab masa tengah makan tu hujan turun dengan lebat. Bila keluar waktu hujan memang semua plan tergendala.

Hujan lebat. Plan nak bergambar di sini tak kesampaian



Tapi Mimi tetap bersyukur sebab plan yang kami buat awal sebulan setengah sebelum telah terlaksana. InsyaAllah selepas Raya nanti nak plan cari makan tempat lain pula. Nak ke mana tak fikir lagi sebab ikutkan banyak je tempat makan yang kami nak pergi. Sebelum sambung agenda jalan jalan cari makan kena turunkan berat badan semula..hehehe..

Post a Comment

6 Comments

  1. Best kan sesekali dapat keluar makan dan sembang-sembang dengan orang yang kita selesa..

    ReplyDelete
  2. yum yum...seronoksnya gi makan2...

    ReplyDelete
  3. nampak sedap menu pilihan tu..bila perut tengah lapar, mmg nasi yang wajib di cari dulu..hehe..

    alaaa..bila keluar time2 musim hujan mmg cenggini lah..kacau program..nak ber ootd ke, ambik gambor kat spot cantik2 tak jadi lah citernya...

    ReplyDelete
  4. sama la...abe kie x suka makan di restoran yg ramai org...bising n sesak...

    ReplyDelete
  5. Lagi best kalau ajak akak..bila kita nak dating berdua ni?

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com