Lunch Bersama Family di Major Cafe S2 Dataran Centrio

Assalamualaikum

Entry tertunggak lagi. Bulan lepas mama, adik Mimi yang no.3 Cuya, no.6 Adik dan bongsu kami panggil Baby serta adik ipar, Zul datang singgah rumah. Kami dah plan nak pergi Mydin S2 beli barang dapur di sana. Lepas selesai beli barang dapur, kami nak lunch pula.

Memandangkan, Dataran Centrio dekat sebelah Mydin S2, jadi kami cari makan di sini saja. Pada mulanya kami nak makan di Bus Cafe S2 tapi tutup lagi. So, kami makan saja di Major Cafe S2. Tak jauh pun lokasi cafe ni dengan Bus Cafe S2.



Masuk saja staf cafe greeting kami. Masa tu memang kami saja yang ada. Tak buang masa, terus order makanan scan barkode dan order secara online.

Kat cafe ni ada aneka Nasi Arab, Nasi Kerabu, Western, Pasta, Burger dan sebagainya. Mimi dan Mama masing masing order Nasi Kerabu. Yang lain more makanan Western.



Nasi Kerabu di Major Cafe ni bukan Nasi Kerabu biasa tau. Mama makan Nasi Kerabu Ikan Celup Tepung, Mimi pula Nasi Kerabu Tumis Chicken Grill. Kakak Aina, Adik dan Baby order Spaghetti Carbonara Meatball. Cuya pula order Boneless Chciken Grill dan suami Cuya, Zul order Nasi Goreng Butter Chicken Grill. Sementara tunggu makanan sampai, masing masing sempatlah bergambar.



Masa Nasi Kerabu Tumis Chicken Grill sampai Mimi boleh blur tu makanan Mimi, duk fikir tu mama punya. So, mama minta izin makan dulu. Sambil tu mulut dia duk puji sedap nasi kerabu tu. Lepas tu sampai lagi Nasi Kerabu Ikan Celup Tepung. Blur lagi sambil fikir. Eh aku order Ikan Celup Tepung ke Chicken Grill. Sekali terperasan dah tertukar dengan mama. Memandangkan mama dah makan nasi dan ayam pun dia cubit sikit je kami tukar jela ayam dengan ikan. Boleh pula masing masing jadi blur dan tertanya tanya.

Nasi Kerabu Tumis Chicken Grill yang tertukar dengan Nasi Kerabu Ikan Celup Tepung. Sebab tu ada tepung goreng pada ayam Mimi tu..hehehe

Air ni untuk Mimi dan Amani tapi Amani boleh pula tidur. Last last Mimi minum dua dua. Penuh perut sebab air. Air biru tu namanya Blue Ocean. Yang belakang tu Lychee Soda.

Strawberry Vanilla Frappe, air yang Adik order

Overall makanan dekat sini memang sedap especially Nasi Kerabu. Sambalnya tu pergh memang terangkatlah bila makan. Cukup rasa dan pedasnya. Memang lepas ni teringin nak makan Nasi Kerabu Mimi tuju makan kat sini jela. Mama Mimi pun siap angkat ibu jari cakap sedap.

Cuma kurangnya Spaghetti Carbonara Meatball, meatball tu masin sikit. Adik dan kakak Aina cakap spaghetti memang sedap tapi meatball masin sikit. Selesai makan, Mimi pergi ke kaunter nak buat bayaran. Masa bayar tu Mimi beritahu pada sorang staff review kami pasal makanan di Major Cafe. Overall memang sedap. Memang puji Nasi Kerabu sedap cuma meatball masin sikit. Mimi minta maaf juga sebab risau ada terguris hati ke apa kan. Tapi alhamdulillah staff terima baik complain Mimi tu. 

Makanan - 4.5/5

Servis - 5/5

Ruang Cafe - 5/5

So far, berbaloi makan di Major Cafe S2 ni. Presentation, portion dan rasa yang memang terbaik. Berbaloi dengan harga. Memang tak rasa rugi makan di sini. Bagi Mimi, kalau makanan tu sedap, portion cukup dan presentation nice harga mahal berbaloi. Tapi jangan harga mahal tapi makanan out memang sampai ke sudah Mimi bebel lepas tu first and last nak datang kan.

Post a Comment

5 Comments

  1. Betul tu Mimie, kalau sedap mahal sikit tak apa kan.. janji puashati. Harus kita akan datang lagi..

    ReplyDelete
  2. Sedap plak..x pernah lagi makan kat area dataran centrio...kenna pi jugak nanti ni

    ReplyDelete
  3. sedapnya nasi kerabu..favourite akak gak tu..cafe dia nampak kemas & tak crowded..

    ReplyDelete
  4. alahai sedapnya nasi kerabu tumis tu

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com