Hajat Nak Naik Cruise Tasik Putrajaya Tak Kesampaian Gara Gara Hujan Lebat

Assalamualaikum...

Semangat ya pagi pagi sebelum Subuh nak sambung cerita Mimi jalan jalan cari makan dengan my close friend, Kak Aida. Sebelum ni Mimi kongsi dengan korang, cerita breakfast di Ekues Cabin Cafe. So, ni sambungan selepas kami selesai breakfast. 



Kami bergerak ke Tasik Putrajaya. Konon nak naik cruise lah. Ngam ngam park kereta, hujan yang renyai renyai terus turun dengan lebat. Tak dapatlah nak naik cruise. Disebabkan hujan. Kami berlindung bawah pondok yang ada di situ.




Bila hujan dah renyai, kami turun bawah pergi ke bahagian cycling duduk di situ tengok gelagat orang. Tengok jam pun dah hampir 12.30, so Mimi decide pergi saja ke Masjid Putrajaya siap siap untuk solat zohor. Pergi ke kereta ambil telekung dan beg mekap terus menuju ke masjid.




Nak ambil wuduk kena turun ke level bawah. Dah selesai tu naik lif pergi ke level 1. Sementara tunggu azan, kami buat mengaji dan duduk diam saja dengar khutbah Jumaat. Kat Masjid Putrajaya ni ramai foreigner yang datang. Boleh dikira dengan jari berapa jemaah wanita Melayu yang ada di masjid. Yang lain semua foreigner.

Selesai solat Zohor, cepat cepat kami bersiap nak cari lunch pula. Perut dah mula berkeroncong. Kami lunch bukan di Putrajaya tau tapi luar dari Putrajaya pula. Ke mana? Hah tunggu last part. Mimi nak solat Subuh dulu. Bye!

Post a Comment

6 Comments

  1. seronoknya jenjalan putrajaya... x dapat naik cruise, kena gi lagi la tu...

    ReplyDelete
  2. Eh..eh..lama x jenjalan kat sini la...bila la dapat pi berdua ngan Dania ni...

    ReplyDelete
  3. walaupun aktiviti outdoor terbantut sebab hujan...putrajaya aktiviti indoor dia pun terbaik untuk dinikmati haha

    ReplyDelete
  4. alaaa hujan pulak..kacau program..tak pe nnti repeat lagi mimi...

    ReplyDelete
  5. alahai xde rezeki, skrg mmg musim hujan especially ptg

    ReplyDelete
  6. Lama tak ke Putrajaya, Kak Sue kalau ke sana sebabkan hal keja Abang Man ja. Belum pernah jalan-jalan lagi..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com