Breakfast Date di Ekues Cabin Cafe

Assalamualaikum...

Awal bulan Mac, Mimi dan ex officemate yang rapat dengan Mimi, Kak Aida jalan jalan cari makan. Hobi kami sama je cari makan kat tempat best. Badan naik, complain!Hahaha...

Kali ni kami makan di area Putrajaya. Tempat makan ni Kak Aida yang decide sebab dia tengok di Tiktok. Keluar awal pagi of course lah cari breakfast kan. Hah tempat yang kami tuju ialah Ekues Cabin Cafe yang terletak di Equestrian Park, Putrajaya. Sebuah 'Outdoor Cafe' yang korang boleh menikmati pelbagai hidangan makanan yang sedap sambil tengok orang ride kuda. 

Welcoming board


Kebetulan cuaca hujan masa kami date. Sekejap lebat sekejap renyai. Masa sampai tu memang renyai renyai lepas tu stop. Korang yang minat nak cuba ride kuda, boleh je try. Tapi hanya untuk orang dewasa sahaja dengan bayaran hanya RM15.

Mimi ada juga keinginan nak  horse riding tapi disebabkan skala nafsu makan tu lebih tinggi dari skala nak riding horse, jadi Mimi utamakan makan. So menu breakfast Mimi ialah Tuna Melt French Toast dan Beef Strip with Soft Scrambled Egg French Toast. Untuk air pula kami berdua pilih Matcha Latte. 

Tuna Melt French Toast dan Matcha Latte 

Sebelum makan wefie satu kali

Terdapat pelbagai menu untuk breakfast dan minum petang, brunch dan toast yang ada di Ekues Cabin Cafe. Dessert dan pelbagai jenis minuman pun ada. Just pilih ikut selera korang saja. 

Sesekali keluar breakfast di tempat yang santai macam ni memang seronok. Bercerita hal masing masing sambil gelak gelak. So far not bad lah makan di Ekues Cabin Cafe ni. Lepas ni boleh plan bawa kids datang makan di sini pula.

Sebelum balik bergambar dulu



Sebelum balik tu sempat juga ambil gambar kuda kat kandang yang berhampiran dengan cafe. Lain kali boleh plan riding horse pula. Hah selepas breakfast kami ke destinasi seterusnya. Nak tahu ke mana kami tuju. Tunggu next entry!

Post a Comment

5 Comments

  1. bestnya breakfast ngan BFF macam ni...ngan akak bila nak breakfast sama?ehehhhhh

    ReplyDelete
  2. terigin nak pi sini tapi belum berkesempatan

    ReplyDelete
  3. tahu cafe ni..ada keluar kat malaysia hari ni @ wanita hari ni..tak ingt yg mana satu..mcm best je tengok cafe dia..makanan pun nmpk sedap..nnti nak try lah jugak...

    ReplyDelete
  4. sedapnya matcha latte dan Tuna Melt French tu

    ReplyDelete
  5. Kak Sue pun plan nak pi breakfast dengan kawan-kawan esok..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com