Assalamualaikum
Betul punya busy sampai blog pun dah beberapa hari tak berupdate. Padahal ada je cerita nak share dekat blog ni. Ishhh sikap M ni kalau dah datang, memang semua benda tak menjadi. Sebab rasa sayang pada blog ni, gagahkan juga update entry dan singgah blog kawan kawan.
27hb Januari bulan lepas, hari lahir kakak Aina yang ke 13 tahun. Sekejap je rasa anak dara sulung Mimi ni besar. Celebrate birthday dia secara sederhana. Beli kek di Baker's Cottage.
Amani @ Biyani pula sambut hari lahirnya yang ke 3 tahun selepas 5 hari lahir kakak Aina iaitu pada 1hb Februari. Kek Amani Mimi beli tema unicorn. Ambil dia di rumah pengasuh, masuk je kereta dah jerit kek. Bukan main lagi tengok kek tak lepas. Asyik cakap cantik.
Doa Mimi buat anak anak, kakak Aina dan Amani agar sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan membesar menjadi anak yang solehah. Umi tak mampu nak beri emas permata untuk beri kemewahan pada anak anak Umi. Umi hanya mampu janji untuk sentiasa jadi ibu yang baik untuk beri yang terbaik kepada anak anak Umi.
6 Comments
hepi bestday all..:)
ReplyDeletehappy birthday kakak aina dan amani...moga sentiasa sihat ceria selalu berjaya dunia akhirat..moga semuanya yang baik2 untuk kakak aina dan amani
ReplyDeleteHamppy Birthday Kakak Aina dan Amani....
ReplyDeleteSanah Helwah Kakak Aina dan Amani.. semoga sentiasa dalam rahmat dan jagaan Allah, membesar sebagai anak yang solehah ya nak..
ReplyDeleteHappy Belated Birthday kakak Aina & Amani...Moga sihat-sihat selalu & berjaya dalam pelajaran..
ReplyDeleteaww comel kek, Selamat Hari Lahir Kakak Aina dan Amani
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com