Pendaftaran Murid Tahun 1 - 2023/2024

Assalamualaikum

Kan dah jenuh nak up entry tertunggak. Gigihlah up satu persatu entry sebelum bulan Februari melabuhkan tirainya.

11 Februari lalu, Mimi uruskan pendaftaran murid tahun 1 untuk Adhwa. Masa ni kakak Aina dan Auni tak ada pergi rombongan ke Pulau Pinang. Jadi tinggal Mimi bertiga saja dengan Adhwa dan Amani.

Program bermula pukul 8.30 pagi. Sampai je di sekolah terus daftar dan dengar taklimat bagi ibubapa. Memandangkan Adhwa pun ora di sekolah yang sama jadi tak ada masalah bagi Mimi sebab semua yang cikgu taklimatkan Mimi sedia ambil maklum. Selesai taklimat, Mimi terus daftar untuk kelas KAP (Kelas Agama Petang) dan kelas darjah 1 Adhwa. Adhwa ditempatkan di kelas 1 Kreatif.



Yuran KAP memang dibayar setahun sekali tapi bayaran bagi tahun 2023/2024 sangatlah berbeza daripada tahun lepas. Sebelum ni bayaran RM50 sahaja setahun. Tahun ni RM55 setahun dan beberapa tambahan bayaran dan jumlah keseluruhan RM100.50. Pergi pula pendaftaran di kelas Adhwa. 

Kelas Adhwa ni tiada DLP jadi Mimi makkum pada cikgu nak masukkan Adhwa ke kelas DLP sama macam kakak kakak dia. Mimi tahu kemampuan anak anak sebab tu Mimi nak masukkan Adhwa dalam kelas DLP. Untuk bayaran pendaftaran darjah 1 semua sejali berjumlah RM145.40. Semua ni belum masuk buku tulis ya. Semua harga naik. Bertabah sajalah.

Selesai urusan pendaftaran darjah 1, Mimi bawa Adhwa dan Auni makan McD. Niat hati nak bawa diorang window shopping tapi memandangkan mood nak terperap dekat rumah tu lagi tinggi dari mood nak jalan, lepas makan terus balik.

Post a Comment

6 Comments

  1. banyak juga bayaran pendaftaran masuk sekolah erk

    ReplyDelete
  2. selamat melangkah ke alam persekolahan :-)

    ReplyDelete
  3. Saya pun ada sorang yang akan masuk Darjah satu. Minggu depan baru kena daftar.

    ReplyDelete
  4. mudah bila dah selesai kan mana2 yg penting tu

    ReplyDelete
  5. Apa aje yang x naik harga sekarang ni kan...nasib Dania dah lepas..tp x lepas jugak la..skrg Asasi..next degree....lagi nak kena menyimpan duit

    ReplyDelete
  6. yea skrg ni serba serbi naik..pening tengok angka2 kat bil bila nak membayor..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com