Kakak Aina Hadir UKKM di MRSM Kuala Klawang

Assalamualaikum

Mula dah perangai M Mimi ni. Bulan Februari baru ada dua entry. Banyak je cerita nak share di blog ni tapi itulah layan sangat M ni kan. Leoas ni kena reschedule semula masa Mimi supaya teratur dan blog pun tak terabai.

Dah 13 hari berlalu cerita ni tapi nak share juga. Buat kenangan untuk anak anak. 6 Februari lepas, kakak Aina ada UKKM di MRSM Kuala Klawang, Jelebu. Perancangan asal keluar awal supaya sampai awal tapi kita hanya merancang Allah juga menentukan.



Pagi tu hujan memang turun tanpa henti dari renyai sampai lebat. Memang tak boleh nak drift lah. Drive slow sesuai dengan keadaan cuaca masa tu. Dalam hati tak putus doa supaya sampai sebelum waktu yang ditetapkan. Dengan kenderaan yang banyak dan slow. Mimi target sampai 30 minit sebelum exam bermula. Tapi Mimi sampai 15 minit sebelum exam. Ingat Mimi dah lambat. Rupanya ramai juga parent yang lambat. Tak boleh nak buat apalah kan. Dah hujan, keadaan trafik pun perlahan tak macam biasa. Tapi apa pun syukur selamat sampai.




Sampai saja kakak Aina terus daftar dan tunggu masa untuk naik van dan dibawa ke dewan peperiksaan. Sementara tunggu kakak Aina habis exam, Mimi tunggu juga dalam kereta. Amani dah berbunyi nak makan. So, start kereta terus cari tempat makan. Mimi tak familiar sangat tempat makan. Melilau juga mata tengok kiri kanan jalan kedai makan yang ada.

Mimi berhenti makan di gerai makan tepi jalan betul betul menghadap Hospital Jelebu. Lapar punya pasal, Mimi order roti canai kosong dan Milo Ais untuk Amani, roti canai sarang burung daging, roti bom dan milo suam untuk Mimi. Alang alang badan dah naik sikit ni kuta bedal apa adanya. Lepas ni insaf balik turunkan berat semula..hahaha..


Selesai makan, Mimi pergi semula ke MRSM, parking kereta dan rehat saja dalam kereta. Hujan pun still turun lagi walaupun renyai renyai. Amani dia macam biasa tak reti duduk diam panjat sana panjat sini dalam kereta. Sempat juga berselfie dengan dia sebelum Mimi tidur.



Pukul 12 macam tu, kakak Aina dah keluar dan cerita pengalaman dia masa jawab exam. Tanya dia juga boleh jawab ke tak. Soalan susah ke. Alhamdulillah dia cakap dia boleh jawab cuma soalan Matematik susah sikit tapi still boleh jawab. Apa pun semua bergantung pada rezeki. Sekurang kurangnya kakak Aina dah berusaha dan buat sehabis baik.



Kakak Aina dah lapar, so Mimi pun bawa dia makan tapi kat Seremban lah sebab nak belikan dia baju sekali. Masa ni ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Nanti Mimi sambung next entry.


Post a Comment

3 Comments

  1. all the best to kakak aina, moga ada rezeki..aamiin

    ReplyDelete
  2. ALL THE BEST KAKAK. moga ada rezeki

    ReplyDelete
  3. Semoga Aina berjaya mendapat tempat di MRSM

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com