Dinner di MyViets Seremban Gateway

Assalamualaikum

Cerita yang basi tak berapa nak basi. Dah 8 hari berlalu. Bulan Februari ni memang agak sibuk sikit sampai tak sempat nak update blog. Hari ni spend time update entry dan blogwalking blog kawan kawan supaya tak terus tenggelam.

3 Februari yang lepas, Mimi balik kerja agak lewat. Kebetulan anak anak pula tak ada balik kampung di Melaka. So, Mimi singgah makan di MyViets, Seremban Gateway. Kira dinner lah kan makan sebelum pukul 7 malam.

Sekali sekala ber"me time", seronok juga. Tak kisahlah orang cakap apa sebab makan seorang kan. Pergi ke mana mana seorang diri tak semestinya tak ada kawan tapi ada ketikanya kita nak bersendirian. 

Sebenarnya banyak kali juga Mimi makan di MyViets ni. Kira menu yang ada di sini memang kena dengan tekak.



Kali ni Mimi order Rice Caramelised Fish dan Apple Juice. Apple juice memang kaw. Terasa masam masam epal hijau tu kan. Cuma lauk Caramelised Fish tu macam tak berapa kena dengan tekak. Bukanlah tak sedap tapi entah tak tahu nak cakap.

Isi ikan tu lembut, kuah pun pekat. Tapi entah masa makan tu macam tekak tak berapa nak kena dengan rasa. Sama ada menu tu memang tak berapa sedap atau mungkin sebab masa tu Mimi mula rasa macam tak sedap badan. Tekak rasa perit. Mungkin tu punca makanan yang sedap tak berapa rasa nak sedap. Tapi tetap juga paksa diri tu makan sebab tak nak bagi perut kosong kan. Layankan sajalah walaupun tekak tak berapa nak okay sangat.



Selepas habis makan, bayar dan terus balik. Tak ada nak singgah ke mana mana sebab spesis yang dah set kat otak. Lepas makan terus balik. Serba serbi buat apa apa nak cepat saja.

So, untuk menu kali ni Mimi bagi Mimi so so sajalah. Nak datang sini lagi? Of course lah akan datang lagi sebab ada banyak menu lain yang sedap sedap. Nanti Mimi up entry menu favourite Mimi di MyViets ni.

Post a Comment

4 Comments

  1. Selalu gak lepak area Gateaway ni cumanya tu la...banyak x sempat nak explore lagi..eh meh la nanti bila2 kita dating berdua kat sini...

    ReplyDelete
  2. Betul mimie..bila badan tak berapa sihat, makanan sedap pun jadi tak kena dengan tekak...

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap lauk ikan tu Mimi, tapi mungkin Mimi tak sedap badan, rasa tak sedap kat mulut juga kan. Syafakillah Mimi..

    ReplyDelete
  4. x pernah lagi try kat my viets ni, baru bukak kan..emm..mimi ckp sedap leh la try nanti

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com