Amani Hilang di JJJ, Seremban Centre Point

Assalamualaikum

Balik dari Jelebu selepas kakak Aina habis UKKM di MRSM Kuala Klawang, Mimi bawa kakak Aina dan Amani pergi Seremban Centre Point. Kakak Aina nak cari baju nak pakai masa pergi rombongan ke Pulau Pinang. Mimi decide pergi Jalan Jalan Japan saja.

Masuk saja JJJ, Amani sibuk nak toy, so Mimi belikan dia toy cow. Sukalah Amani ke hulur hilir dukung toy. Settle part Amani, Mimi cari baju untuk kakak Aina dan Auni. Amani memang tak lepas dari pegangan dan pandangan mata Mimi. 

Nak dijadikan cerita, masa pilih baju kakak Aina tu, Amani betul betul berdiri sebelah kaki kanan Mimi dan kakak Aina ada di sebelah kanan Amani. Kira Amani ada kat tengah tengah. Hanya leka pilih baju beberapa saat, Mimi tengok Amani dah tak ada. Kakak Aina pun tak ada. Ni mesti dua beradik pergi ke tempat lain.



Duk panggil kakak Aina dia datang tapi seorang ya tanpa Amani. Hah rileks lagi duk cari Amani kat setiap lorong, setiap celahan baju sebab badan Amani kecil memang kena tengok betul betul. Tapi tak ada tau. 3 kali pusing satu JJJ dan check setiap lorong tak ada. 5 kali pergi bahagian toys pun tak ada.

Masa tu tak kira malu dah, duk jerit Amani Amani dalam JJJ tu tapi tak ada respon. Otak dah fikir macam macam. Masa ni dah cemas tapi masa boleh fikir dengan waras lagi. Sambil tu Mimi bagi arahan dekat kakak Aina cari Amani lagi. Mimi pula turun ke level bawah, kot kot dia turun eskalator. Amani sejenis bijak dan berani semacam ye. Semua benda dia suka explore dan redah.

Sampai level bawah tak ada, fikir lagi sekali. Naik atas lagi, depan pintu masuk JJJ tu dada Mimi dah mula sakit. Nafas dah tak teratur. Ah sudah takkan kena attack lagi. Mata dah berair sambil tu urut dada. Masa tu ada seorang pakcik tegur Mimi kenapa. Terus bagitahu anak hilang. Dia tanya umur berapa semua pakai baju apa. Dia cakap sabar, insyaAllah ada tu dalam ni.

Beberapa minit kemudian, Mimi nampak seorang budak perempuan pegang toy keluar dari tempat toys sebelah kanan kaunter bayaran. Masa tu Mimi blur, pakcik tu terus tanya, "Itu dia ke?" "Anak kamu ke tu?"

Masa tu Mimi tak mampu nak cakap, hanya mengangguk saja. Terus pergi dekat Amani peluk dia, dia boleh senyum. Terus menangis juga time tu, tanya mana dia pergi. Amani yang pada mulanya tersenyum-senyum terus mata dia pun merah berair. Agaknya dia faham yang umi dia menangis risaukan dia hilang tadi.

Lepas kejadian tu, Mimi cari kakak Aina. Dah jumpa kakak Aina terus ajak pergi kaunter, bayar semua baju. Keluar je JJJ kakak Aina bebel bebel marah Amani sebab buat umi dan dia risau.

Sambil marah tu sempat lagi kakak Aina cakap dia lapar. Mimi decide bawa pergi makan Pizza Hut di ground floor. Sampai di Pizza kakak Aina bebel lagi sebab geram. Amani apa lagi merajuk siap buang toy dia ke lantai. Mimi pujuk dia terus nak berkepit tak nak dah dengan kakak dia. Selalu mana ada kakak, kat situ ada Amani. 



Mimi pun dah cakap kat kakak Aina jangan bebel dekat Amani. Dia kecil lagi tak tahu apa apa. Dia hanya tau nak explore sana sini. Jadi kita yang dah berakal boleh berfikir ni kena lebih berhati hati dan alert. Tak boleh leka walau sesaat. Alhamdulillah jumpa Amani dan dia selamat. Walau diuji dengan kehilangan Amani tapi tetap bersyukur sebab Allah lindung Amani dan beri peringatan kepada Mimi supaya lebih berhati hati jaga amanahNya.

Post a Comment

4 Comments

  1. Allahuakbar boleh buat hilang jantung yg membaca ni pun berdebar nasib baik tak ada apa ye...

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar..suspen je baca. apa pun alhamdulillah...x de apa2 kan.. adoi la

    ReplyDelete
  3. Allahu...berderau darah akak baca entry ni...syukur x jadi apa2..syukur...

    ReplyDelete
  4. Allahu, mmg buat berderau darah anak hilang..nasib baik amani merayau kat dalam tu jugak, tak ikut orang ke apa..risau...

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com