Skintific Mugwort Anti Pores and Acne Clay Mask Produk Viral Tiktok

Assalamualaikum

Sekarang ni banyak produk viral di Tiktok. Tak kuat iman boleh terjebak nak beli. Macam Mimi terjebak juga dengan produk viral di Tiktok tapi Mimi beli yang mana rasa perlu. Tak perlu abaikan.

Bila buka Tiktok, acapkali lalu di fyp satu produk viral yang di mana banyak testimoni pengguna mengatakan produk ni sangat bagus untuk repair skin barrier. Kebetulan kulit Muka Mimi ada masalah selepas salah guna produk, jadi, Mimi nak perbaiki semula skin barrier. Biarlah kesannya lambat asalkan kulit kembali sihat dan cantik.

Skintific Mugwort Anti Pores and Acne Clay Mask Produk Viral Tiktok




Selalu lalu di fyp Tiktok Mimi mengenai satu jenama produk yang viral di mana testimoninya semua bagus bagus. Jenama yang Mimi maksudkan ialah Skintific. Produk skintific dikatakan mampu membaiki skin barrier dan merawat masalah kulit yang dihadapi.

Mimi pun cuba beli salah satu produk Skintific yang mempunyai permintaan yang tinggi iaitu Skintific Mugwort Anti Pores and Acne Clay Mask. Clay mask ini mampu merawat masalah laing pori terbuka dan juga jerawat. Memandangkan Mimi menghadapi kedua dua masalah ini, so Mimi pun beli Skintific clay mask ni.




Selalunya penyebab utama tumbuhnya jerawat pada muka adalah berpunca daripada penggunaan produk skincare yang tidak sesuai dengan kulit muka, menggunakan kosmetik yang menyumbatkan liang pori dan tabiat yang suka menukar produk kulit juga menyebabkan masalah jerawat sukar dirawat. Ada juga jerawat yang tumbuh disebabkan faktor pemakanan.

Masalah liang pori terbuka dan besar juga adakalanya mendatangkan ketidakselesaan pada diri. Selalunya liang pori terbuka berpunca dari masalah kulit muka yang berminyak. Liang pori mengeluarkan sebum ke permukaan kulit. Bila kulit mula tidak lembap, pengeluaran sebum akan berlebihan. Sel kulit pula akan mengecut dan menyebabkan ruang antara sel menjadi besar. Ini menyebabkan pori akan nampak lebih besar. Jadi, bagaimana nak atasi masalah ni? Kena rajinkan diri untuk pastikan kulit muka sentiasa lembap.

Fungsi Skintific Mugwort Anti Pores and Acne Clay Mask


Skintific Mugwort Anti Pores and Acne Caly Mask mengandungi bahan seperti Niacinamide, Salicyclic Acid dan Centella di mana fungsi clay mask ini ialah membersihkan liang yang tersumbat dan menghaluskan liang pori serta mencegah dan mengurangkan jerawat.

Personal Review Mengenai Skintific Mugwort Anti Pores and Acne Clay Mask


Design dan packaging - Design pada kotak simple tapi ada ekslusif tersendiri. Packaging pun selamat dan dibalut dengan plastik. Bekas clay mask dari kaca dan disediakan spatula untuk cedok clay mask dari bekas, hygiene lebih terjaga.




Tekstur dan warna - Clay mask Skintific ini berwarna hijau dan teksturnya lembut dan pekat likat. Dah nama pun clay takkan cair pula kan.




Cara penggunaan - Sapu clay mask menggunakan spatula yang disediakan pada kulit wajah yang telah dicuci bersih menggunakan cleanser. Biar sehingga clay mask kering dan boleh dicuci dengan air seperti biasa.






Selepas guna kulit muka akan terasa lembut dan lembap. Jerawat yang tumbuh pada dagu pun dah nampak kecut. Clay mask ini boleh digunakan 2 hingga 3 kali seminggu.

Harga asal Skintific Mugwort Anti Pores and Acne Clay Mask ialah RM59.00 tapi Mimi beli di Tiktok shop. Ada sale jadi harganya jadi RM36.50 tidak termasuk postage. Bagi Mimi dah cukup murah dibandingkan dengan harga asal. Isi kandungan untuk sebekas clay mask ini ialah 55g. 

Kalau tengok dekat tiktok dah ramai yang review cakap bagus dan testimoni hasil penggunaan clay mask ini dengan konsisten juga baik dan memuaskan. 

Korang yang ada masalah jerawat dan liang pori terbuka, boleh cuba Skintific Mugwort Anti Pores and Acne Clay Mask ini.

Post a Comment

4 Comments

  1. produk ni memang dlm bucket list Cuya.. asik lalu fyp je..tapi lom beli lgi...hehe

    ReplyDelete
  2. Best ni. Nora pun terjebak beli. Hehehehe

    ReplyDelete
  3. mugwort tu apa ye.. suka plak tgk mimie pakai hijau2 gitu

    ReplyDelete
  4. betul mimie..mmg tengah viral skintific ni kat tt..duk lalu je kat fyp tt..tgh tahan nafsu ni, takut terbeli...hehe..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com