Shopping Skincare dan Kosmetik di Guardian

Assalamualaikum!

Memang jenis Mimi kalau duit lebih akan spend beli skincare dan kosmetik. Dalam sebulan tu Mimi akan beli 2, 3 kali skincare dan kosmetik. Mesti rasa membazirnya beli banyak kali. Harga barang dah lah mahal sekarang ni kan.

Bukan membazir tapi Mimi rasa lagi jimat dan berbaloi baloi. Dari dulu sampai sekarang memang ini cara Mimi buat. Orang lain akan nampak cara Mimi ni membazir sebab shopping banyak kali tapi bagi Mimi sangat jimat. Sebab apa Mimi cakap macam tu? Mesti yang jenis macam Mimi akan faham.



Shopping Skincare di Guardian

Selepas selesai urusan peribadi, sempat singgah di Guardian Seremban Gateway. Singgah Guardian sebab nak belikan anak anak dara Mimi sunscreen. Mimi pula nak beli loose powder dan face mist. Dah nak habis. Ini tujuan asal ya, nak beli 4 barang saja. Sekali dah masuk guardian. Eh ada offer lah. Ada diskaun 40% setiap produk kecantikan. Hah dah murah tu apa lagi kan grab lah produk lain.

So, Mimi grab beberapa barang yang Mimi pakai dan buat stok. Mimi memang guna cleanser Wardah. Dekat rumah ada 3 stok cleanser, so Mimi topup beli lagi 2. Dah ada 5 stok cleanser. Kat sini Mimi dah jimat untuk 4 bulan daripada beli skincare. Macam tu juga dengan mekap. Beli banyak, simpan stok. Stok lama habis buka stok baru. So, taklah tiap tiap bulan shopping beli skincare kan. Kira setahun 3 kali sahaja Mimi akan shopping skincare dan kosmetik. Tapi sekali shopping memang beratus juga habis. 

Tapi bukan setakat skincare dan kosmetik je Mimi buat macam tu, kalau beli barang dapur pun Mimi akan buat benda yang sama juga. Buat stok banyak banyak supaya stok tak putus. Tapi untuk barang mentah tak sesuai buat stok banyak banyak, nanti tak fresh.




Berbalik pada shopping di Guardian tadi, bukan saja ada diskaun 40% tapi ada juga diskaun sebanyak RM20 dengan setiap pembelian minimum RM150 produk skincare dan kosmetik dalam satu resit. Hah lagi bertambah jimat, berbaloi baloi. Tawaran ini bermula dari 19 Januari sehingga 24 Januari 2023 saja tau. 6 hari saja.


Disebabkan sekarang ni, tak ada beg plastik, so Mimi beli Guardian Recycle Bag. Lepas ni shopping bawa beg recyle je. Jumlah semua barang yang Mimi beli 18, jimat RM161.14. Harga asal cleanser dan toner Wardah tu memang dah murah. Ada diskaun 40% lagi bertambah murah. Olay Retinol tu Mimi memang dah lama aim. Harga asal memang RM100++ selepas diskaun jadi RM65.94. Lepas tu, diskaun RM20 tu dipotong dari RM65.94. Nampak tak berbaloi ke tak? Bab bab save banyak ni memang Mimi suka. Sebab tu Mimi cakap berbaloi baloi.


Hasil shopping di Guardian. Banyak dan berbaloi. Puas hati. Eh terselit pula sebungkus coklat kat situ. Hahaha...Nak kurus tapi makan benda manis. Tapi tak salah kan sekali sekala? 

Korang yang nak shopping skincare dan kosmetik dengan harga murah dan nak jimat banyak tu, better pergi cepat cepat sebelum terlambat. Tawaran istimewa Guardian sampai 24 Januari 2023 saja korang. Lambat melepas!

Post a Comment

3 Comments

  1. Kak Sue pun macam Mimi juga, suka beli lebih buat stok kat rumah. Kadang kalau ada sale macam nie memang akan beli lebih sikit..

    ReplyDelete
  2. Balik tu mesti berbungaa je rasa tengok banyak koleksi skincare and makeup kan. Hihi

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com