Shopping di Mydin S2

Assalamualaikum!

Balik kerja semalam terus suruh anak anak bersiap. Nak pergi Mydin S2, beli barang dapur. Banyak yang dah habis. 

Lepas maghrib baru pergi Mydin S2. Sampai Mydin tengok kereta tak banyak kat parking. Okey, boleh shopping dengan senang hati. Kalau ramai sangat memang shopping macam lipas kudung lah Mimi. 

Bila ada anak anak dara ni memang macam macam lah diorang request nak beli barang keperluan masing masing kan. Deodoran lah, losyen lah.


Macam macam barang nak kena beli. Sebelum beli kena fikir dulu perlu atau tak. Nanti beli takut expired pula. Jadi, nak beli barang dapur kena beli yang betul betul perlu. 


Nampak macam sikit tapi sebenarnya banyak barang dalam troli. Bahagian bawah tu ada lagi barang. Jumlah semua barang dapur ni RM408. 

Selesai beli barang, kami makan di Pak Hailam Kopitiam pula. Masa tunggu makan sampai, masing masing mula mengantuk. Bukan mengantuk tunggu makanan sampai lambat tau tapi masing masing dah letih.

Selesai makan, terus balik. Tengok jam dah pukul 9.30 malam. Patutlah mengantuk sangat!

Post a Comment

9 Comments

  1. Lama nyer tak shopping kat Mydin, asyik kat Zemart je...

    ReplyDelete
  2. zaman sekarang tak penuh troli pun dekat 500 dah

    ReplyDelete
  3. Mudah berbelanja di Mydin
    Segala keperluan ada

    ReplyDelete
  4. beli barang rumah sekarang tak sah kalau tak cecah 500 kn.

    ReplyDelete
  5. memang la harga barang2 dah naik...barang sikit je dlm troli tp rega dah nak dkt rm599..huhuhu..

    ReplyDelete
  6. Harga barang sekarang nie semuanya mahal kan Mimi. Sabar je lah.. Eh awalnya mengantok, tapi memang bagus tidur waktu macam tu sebab masa yang baik untuk jantung kita nak berehat..

    ReplyDelete
  7. x gi shopping lagi this month...

    ReplyDelete
  8. akak sangat jarang beli barang hari kerja, sebab itulah jenis cepat mengantuk kalau balik lambat. Itulah kadang tengok troli tu tak sampai separuh pun tapi beratus... mujur mydin kira banyak barang murah kalu membeli barang di Aeon rasanya lagi mahal tu

    ReplyDelete
  9. kalau akak penuh troli tu, hihi

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com