Servis Aircond Kereta Murah dan Bagus di ACS Car Service

Kalau bercerita bab kereta ni, Mimi tak mahir sangat. Setakat pandai isi air wiper, isi minyak, basuh kereta pandai lah kan. Bab lain memang tak tahu langsung. Kalau ada apa apa masalah pada kereta memang Mimi akan tanya kawan kawan yang mahir. Bulan lepas aircond kereta buat hal. Tak rasa sejuk. Kena buka sampai 2 atau 3 baru rasa aircond. Cuaca dah lah panas, aircond pula buat hal memang angin satu badan. Boleh bikin mood ke laut tau. Nak tak nak kena hantar servis juga.

Kalau dah nama pun perempuan bawa pergi servis kereta memang angguk sajalah apa yang mekanik cakap kena itu ini. Manalah tahu sangat bab bab kereta ni kan. Sekali bila nak bayar, menggigil tangan nak bayar. Hampir RM800 jugalah. Dalam hati “ Gila mahal!”

Tergerak hati tanya kawan lelaki Mimi perihal servis aircond. Dia cakap harga yang Mimi bayar tu mahal. Lepas tu bila dia tanya barang yang digunakan tu original atau tidak. Bila Mimi cakap bukan original terus kena bebel. Yela kalau original lagi mahal, kita pun bajet macam hebat sangat kan, ambil lah bukan original. Fikir memang itu harga standard.  Hahaha...Kawan Mimi tu dah macam adik sendiri. Dia kalau bebel bab ni memang 4 hari 4 malam tak habis.

Jadi, tak nak pisang berbuah dua kali, Mimi pun cari info bengkel servis aircond yang bagus dan murah sebab Mimi dan adik lelaki rancang nak servis aircond kereta Saga dia. Dia ada minta tolong survey bengkel servis aircond yang bagus dan servis terbaik. Dah berbulan aircond kereta dia tak sejuk. Naya kat dia pergi kerja, balik kerja berpanas sebab aircond hidup segan mati tak mau. Buka sampai nombor 4 pun tak rasa sejuk. Sejenis adik Mimi, dia tak kisah bengkel tu kat mana asalkan servis mantap dan terbaik. Sebagai kakak yang tak nak menghampakan adiknya, Mimi buat carian di google dan tertarik hati singgah web ACS Car Service Pakar Aircond Kereta Anda!



Bila baca web ACS ni rasa tertarik pula dengan servis yang diberikan. Slogan yang digunakan pun bukan kaleng kaleng tau korang “Gerenti Puas Hati, Gerenti Sejuk Nak Mati!” Tengok slogan pun dah boom! Mesti servis bagus dan tip top! Nak tahu juga murah atau tidak servis aricond di ACS Car Service ni kan?

Pertama kali baca web ACS Car Service ni memang rasa kagum dengan info yang diberikan. Mimi yang tak tahu apa apa pasal aircond boleh tahu serba sedikit. Selama ni tahu drive kereta saja. Bila baca info, baru Mimi tahu rupa rupanya aircond perlu di servis setiap 30,000 km atau setahun sekali. Bila tanya adik Mimi dia tahu atau tidak pasal servis aircond ni kena buat setiap 30,000 km atau setahun sekali, dia pun jawab tak tahu.

Baru kami tahu yang dalam compressor aircond ada minyak yang bertindak sebagai pelincir yang perlu ditukar atau diservis untuk pastikan aircond kekal sejuk tahan lama. Makin lama Mimi baca, makin banyak info yang Mimi dapat mengenai aircond. Sambil sambil tu kongsi dengan adik maklumat yang Mimi tahu. Dah nama pun perempuan kan, mana nak kisah sangat hal kereta ni. Tapi kena juga ambil tahu bab kereta supaya orang takkan mudah ambil kesempatan.

 


Baru Mimi tahu , rupanya jika kita abaikan servis sistem aircond kereta, risiko compressor aircond rosak teruk sangat tinggi. Itu Mimi cakap bila baca semua info berkaitan aircond kereta memang banyak yang Mimi tak tahu, jadi tahu. Bukan setakat tambah ilmu dengam membaca info di web sahaja, team ACS juga akan beri penerangan secara terperinci mengenai aircond. Mana yang tak pasti dan tak tahu tanya saja untuk mudahkan kita di kemudian hari juga. Betul tak?



Kalau tengok mekanik ni buat kerja, memang satu apa pun Mimi tak tahu dan tak faham. Serahkan saja semua pada team ACS, mereka lebih tahu dan pakar mengenai aircond kereta ni. Yang bagusnya di ACS Car Service ni, mekanik akan beritahu akan kerosakan yang sebenar. Tak semestinya kena lebur RM400, RM500 untuk baiki dan servis aircond kereta. Di sini juga, mereka menggunakan mesin yang canggih untuk menukar minyak compressor.

 


Selain itu, Mimi baca juga info berkaitan punca punca aircond tidak berfungsi dengan baik. Pendek kata, semua info berguna dan lengkap berkenaan aircond kereta yang kita tak pernah tahu dan ambil tahu sebelum ni semua ada di web. Mimi yang sebelum ni zero ilmu pengetahuan pasal aircond kereta, dah tahu serba sedikit selepas baca info berguna di web. Bukan setakat servis di bengkel bagus malahan perkongsian ilmu mengenai aircond kereta juga terbaik dan lengkap.

Bila baca feedback pelanggan ACS Car Service, ramai pelanggan memuji dan berpuas hati dengan servis diberikan oleh ACS Car Service. Kalau dah ramai pelanggan yang berpuas hati, maknanya memang servis yang diberikan memang terbaik dan tip top lah kan?  Kalau nak tahu anggaran harga servis aircond di ACS Service Car, cari saja di web. Klik tab menu dan cari saja servis. Ada disertakan anggaran harga servis aircond. Mudahkan kita nanti untuk sediakan duit.

Sebelum datang nak servis kereta saga adik, kena tahu juga bila bengkel beroperasi. Kalau main terjah nanti bengkel tutup penat saja datang. Waktu operasi bengkel ACS Car Service ialah mulai hari Isnin hingga Sabtu ( 9.00 am – 6.00 pm), rehat Solat Jumaat (12.30 pm – 2.30 pm) dan hari Ahad cuti. Dah tahu waktu operasi ni boleh buat appointment. Sejenis tak suka buang masa dan main terjah saja bila nak datang. Jadi, dah boleh set appointment untuk service kereta saga adik. Kalau buat appointment awal, sekurang kurangnya jimat masa kita.  Team ACS pun boleh buat persediaan awal dan kita juga boleh tahu masalah sebenar aircond dalam masa kurang 30 minit.

ACS Car Service Pakar Aircond Kereta Anda ada 6 cawangan iaitu di ACS Setapak HQ Seri Rampai, ACS Kajang Jalan Reko, ACS Pandan Indah Ampang, ACS Shah Alam, ACS Pasir Gudang Johor dan ACS Skudai Johor. Korang yang ada masalah aircond kereta boleh cari cawangan berhampiran dan jangan lupa buat appointment pula. Diharapkan selepas ini, ACS Car Service boleh kembangkan perniagaan untuk buka cawangan di kawasan Nilai atau Seremban pula.

Post a Comment

2 Comments

  1. nanti leh try cari gak ni..kena amik tau gak kan.. tq tq.
    sama mcm nama sekolah plak yer..

    ReplyDelete
  2. RM800 mmg mcm mahal je tu mimie, bagus gak acs ni

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com