Lama rasanya Mimi tak update entry berkenaan dengan resipi. Padahal ada saja resipi baru yang Mimi cuba. Nampak tak bila mood malas tu bersawang dalam diri macam ni lah jadinya. Blig berhabuk.
Cerita pasal resipi, kali ni Mimi nak kongsi resipi Tteokbokki Melayu Style. Hah macam mana boleh wujudnya Melayu style ni. Anak anak teringin nak makan tapi bahan tak berapa nak ada. Jadi otak umi dia ni ligat memikir macam mana nak penuhi kehendak anak anak.
Mimi teringat pernah tengok satu video masakan di facebook yang share cara buat tteokbokki menggunakan rice paper. Tengok macam sennag saja buatkan, jadi apa lagi Mimi cuba buat dengan anak.
Tapi kan korang resipi Tteokbokki ni memang betul betul Melayu Style tau. Langsung tak guna serbuk gochujang dan korean red pepper powder. Tapi Mimi olahkan ikut selera tekak Melayu! Yang penting berkuah.
Bahan bahan :
Rice paper (saiz besar/kecil)
Cendawan enoki (potong bahagian akar dan bersihkan)
Fish cake (dipotong panjang dan belah dua)
Isi ayam (dipotong kecil)
Bawang putih ditumbuk lumat
Cili boh
Air
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Cara cara buat :
Gulung rice paper sehingga dapat bentuk tteokbokki. Kalau guna rice paper saiz besar korang boleh potong kepada dua bahagian. So nanti dapat banyak. Berapa banyak tteokbokki korang nak makan terpulang.
Tumis bawang putih hingga agak kekuningan. Kemudian masukkan cili boh. Tumis hingga pecah minyak. Lepas tu, masukkan fishcake dan isi ayam. Biarkan seketika.
Kemudian masukkan air. Ikut suka korang nak banyak mana. Kalau tak nak berkuah, letak air sikit saja. Kalau nak berkuah letak banyak. Ikut selera masing masing. Macam Mimi maska berkuah sebab anak anak suka. Kemudian masukkan air asam jawa. Air asam jawa ni nak bagi rasa masam masam sikit.
Biarkan kuah sehingga mendidih, baru masukkan rice paper yang digulung tadi. Akhir sekali, masukkan cendawan enoki dan perasakan kuah dengan garam secukupnya.
Dah masak, boleh angkat dan hidang. Untuk korang yang berdiet sesuai sangat cuba masakan ni. Kenyang tau korang. Menu ni dah masuk list menu diet Mimi tahun ni!
Jangan lupa cuba memang sedap!
6 Comments
Mudah nampaknya, bolehlah saya juga cuba nanti
ReplyDeleteaaaa sedap. dia mcm kenyal2 sikit kannn. ehe pastu letak ramen sikit fuhhh terangkatt
ReplyDeleteSedapnya.. boleh lah Kak Sue cuba resepi Mimi nanti..
ReplyDeleteakak tak penah lg makan tteokbokki ni mimi.. mana nak cari rice paper tu
ReplyDeleteTerima kasih share , bolehlah cuba memang suka korean food mcm ni
ReplyDeletetudia...haritu ada beli teobokki ni rasa kuahnya sedap tapi rasa rice tu yg tak sedap kat tekak. melekat2 kat lelangit
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com