Resipi Kacang Buncis dan Isi Ketam Tumis Air

Assalamualaikum

Hari cuti Sabtu ni memang tak pergi ke mana pun. Kalau mood nak jalan tu tak ada memang terperap dekat rumah sajalah. Hari ni keluar rumah pun semata mata nak hantar kakak Aina pergi Aeon S2 nak berjimba dengan kawan dia. Dah pesan dekat dia nak balik nanti call. Macam biasa pesanan penaja tak berbayar sangat banyak ya. Mak mak macam tu lah. Lepas dah drop off kakak Aina, Mimi terus balik rumah dan masak.

Hari ni masak ringkas ringkas saja. Masak kacang buncis dan isi ketam tumis air, sambal telur dan telur dadar. Kombinasi lauk yang bagi Mimi dah cukup ummpphh dah.

Walaupun tau ada yang pandai masak tapi tetap juga nak kongsi resipi kat sini. Manalah tahu ada yang baru nak belajar masak, jadi ini resipi paling mudah nak sediakan.

Resipi Kacang Buncis dan Isi Ketam Tumis Air



Bahan bahan

Kacang buncis (dipotong serong)

Isi Ketam ( potong halus dan panjang)

Bawang besar merah (dihiris halus)

2 Fishcake (dipotong sederhana nipis)

1 cawan air

Garam secukup rasa

Cara masak :

1. Tumis bawang besar merah yang dihiris hingga naik bau.

2. Masukkan fishcake, isi ketam dan kacang buncis. Gaul rata.

3. Masukkan air. Gaul rata semua bahan. Biarlan mendidih. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.

4. Siap dan sedia untuk dihidang.

Selamat menjamu selera!

Post a Comment

5 Comments

  1. Sedap ni..ratah macam ni je pun dh ok dh ni...kenyang...

    ReplyDelete
  2. adudu sedap ni, kalau diet makan mcm tu aje dh cukup dah

    ReplyDelete
  3. Tak pernah pulak saya masak macam ni. Ringkas dan senang ni. Bolehlah masak kalau time nak jimat masa.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com