Pakaian Bertemakan Denim Sempena Majlis Hi Tea

Hari Rabu yang lepas, tempat kerja Mimi ada Hi Tea sempena persaraan dan pertukaran anggota di jabatan yang Mimi bertugas sekarang. Kali ini majlis hi tea ialah bertemakan denim. Alhamdulillah kerjasama yang diberikan oleh semua urusetia melancarkan lagi perjalanan majlis. Syukur semua berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Tapi Mimi bukan nak cerita mengenai majlis pun, lebih nak kongsi tema pakaian masa majlis tu. Mula mula tu buntu juga nak pakai macam mana. Mula mula rasa nak pakai skirt denim. Tapi last minute tukar idea nak pakai seluar pula. Jenuh juga cari idea nak dress up ikut tema. 


Bergambar dengan Timbalan Ketua Jabatan, Puan Intan. Untuk majlis Hi Tea ni beliau bertindak sebagai pengerusi. Mimi sebagai bendahari dan urusetia jamuan saja.

Percaya atau tak pakaian yang Mimi pakai masa majlis hi tea semua harga murah tau korang. Ada yang Mimi beli di tik tok shop ada yang beli di shopee.

Tudung bawal Fareha tu Mimi beli di tik tok shop. Tengah sale kan, tak lepas peluang grab tudung Fareha. Sehelai RM10.

Seluar jeans boot cut tu pun sama Mimi beli di tik tok shop, RM20.29 termasuk postage.

Kemeja putih tu pula beli di shopee, harga RM14.50 termasuk postage.

Jaket denim tu baju Mimi sendiri yang Mimi beli lama dah masa bujang dulu. Kasut Vincci tu pula beli di butik Vincci di Aeon S2. Masa tu tengah sale harga RM49.00. Beli dah lama nak pakai pergi kerja.

Kira yang Mimi beli baru hanya tudung, kemeja dan seluar jeans. Jumlah ketiga tiga pakaian ni RM24.79. Tak sampai RM25 pun kan. Nak cantik ikut tema tak payah beli mahal mahal. Tak kisah murah atau mahal asalkan selesa.


Barisan urusetia wanita. Yang lelaki meja berasingan. 


Bergambar dengan pemenang kategori pakaian terbaik perempuan dan pengacara majlis. Petang tu, semua tetamu yang hadir berpakaian ikut tema. Happening sangat bila semua datang ikut tema yang ditetapkan. Alhamdulillah majlis selesai pukul 5.30 petang. Syukur majlis berjalan dengan lancar dan teratur.

Post a Comment

8 Comments

  1. Sesekali event ada tema ni memang seronok. Apa pun berbaloi masih boleh bergaya dengan kos yang murah je

    ReplyDelete
  2. amboi bergaya semua, lawo berjaket denim gitu

    ReplyDelete
  3. bukan senang nak gayakan denim! ahaha haii kak mimi!

    ReplyDelete
  4. Menarik juga tema begini ya, casual!

    ReplyDelete
  5. kagumnya mimi masih mampu sarung baju masa bujang..

    ReplyDelete
  6. Seronok bila event ada theme ni...bukan main lagi mimi bergaya sekarang, harga x kisah la..janji affordable dan worth it...

    ReplyDelete
  7. manisnya mimi ku sayang.. mcm anak dara u

    ReplyDelete
  8. akak pun suka ikut tema kalau attend apa2 event/majlis yang ada ber tema..kalau tema macam ni lagi senang nak cari outfit dia..kita geng mimi, skrg shopping semua kat Tik Tok shop je..murah & cepat penghantaran dia..Betul, nak bergaya tak semestinya kena cari yang mahal..Harga murah pun boleh bila kita pandai mix & match ikut kesesuaian...

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com