Makaroni Goreng Seafood Menu Makan Malam

Assalamualaikum

Malam ni anak anak request nak makan makaroni goreng. Auni request letak cheese dalam makaroni nanti. Dah otak umi dia ni ligat cari idea.

Balik dari kerja, terus mandi dan solat Asar. Selesai semua minta tolong Auni masakkan makaroni. Kakak Aina pula, Mimi suruh rendam sotong dan udang bagi lembut sikit. Dah lembut, minta dia siang dan terus.

Mata Mimi dah mula mengantuk sangat tapi tahan juga sebab nak masak makan malam. Sebelum masak, Mimi solat Maghrib dulu. Selesai solat, mula berkelentang kelentung kat dapur nak goreng makaroni.



Makaroni goreng seafood ni idea Mimi sendiri. Bahan bahan semua main campak campak saja. Apa bahan yang ada, Mimi gunakan. Janji sedap.

Bahan bahan yang Mimi gunakan untuk masak makaroni goreng seafood ialah :

Makaroni yang telah direbus

Sotong dan udang

2 sudu besar cili boh

Sebiji telur

3 keping cheese cheddar

2 sudu makan santan (Mimi guna jenama Ayam Brand)

2 sudu makan sos ikan

Sedikit lada hitam (jenama McCormick)

Sedikit thyme leaves (jenama McCormick)

Garam secukup rasa



Cara nak masak senang saja. Panaskan minyak dan tumiskan cili boh. Biar sampai pecah minyak dan masukkan sotong dan udang. Agak agak sotong dan udang dah masak, masukkan telur. Gaul sebati. Kemudian masukkan makaroni. Gaul hingga rata. Kemudian masukkan santan dan cheese cheddar. Gaul lagi hingga sebati. 

Lepas tu masukkan, sedikit lada hitam, thyme leaves, sos ikan dan garam secukup rasa. Gaul hingga ke semua bahan sebati dan masak. Dah masak, boleh angkat dan hidang. Sedia untuk dimakan.

Bila anak anak makan habis dan puji sedap, kembang semangkuk umi dia. Alhamdulillah anak anak suka.

Post a Comment

13 Comments

  1. alhamdulillah..yg penting anak2 suka & makan. senang kerja kan

    ReplyDelete
  2. Wah boleh cuba nanti resepi Mimi nie..

    ReplyDelete
  3. menarik tak pernah guna santan lagi. Boleh cuba lepas ni

    ReplyDelete
  4. wau sedap ni mimie,akak pun suka juga ni

    ReplyDelete
  5. Eh...Aunty SA tengok pun nampak sedap ni....nak request gak laaaa.....mama..nak satuuuuuuu

    ReplyDelete
  6. sedap tu rasanya. sekali sekala best gak mkn western food....

    ReplyDelete
  7. simple tapi sedap ni kak.. boleh cuba ni. tapi nk kena cari cheese nya dulu..

    ReplyDelete
  8. sedap pulak nampak...boleh jadi idea utk breakfast esoklah. harap2 datang saka R ni malam karang

    ReplyDelete
  9. Parent Cuya tak suka pon nak makan macaroni ke spageti ke..sebab tu kat rumah kami tak pernah masak Hahaha... tapi Cuya nak masak, tapi takkan makan sorang je kan?

    ReplyDelete
  10. dap dap...dinner, makan simple macam ni pun dah kenyang..tak yah nak berketang ketung masak 2-3 jenis lauk...

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com