Jalan Jalan di Seremban Centre Point

Assalamualaikum..

Hari ni Mimi dan anak anak pergi Sermeban Centre Point. Teman Auni nak jalan jalan dengan kawan kelas dia. Auni dan kawan dia nak pergi Family Mart. Mimi dan kakak Aina nak pergi CU. So, berpecahlah kami. Sebelum tu, sebab Mimi bagi macam macam pesanan pada Auni. Walaupun bagi dia green light tapi pesanan penaja berjela okey!


Sebelum tu, kita bergambar di depan pintu masuk Centre Point. Sampai di CU, Mimi beli K-Rispy Chikin, Hot Chocolate with Marshmallow dan Berry Pop Yogurt Soft Serve. Kakak Aina beli K-Cheezy Corndog, Buldak Mayo Mac & Cheese Spicy dan Marigold Orange. 


Makan simple macam ni pun dah kenyang. Mimi suka Berry Pop Yogurt tu. Bila makan, rasa meletup letup manja dalam mulut.


Lepak santai dalam CU. Minum Hot Chocolate with Marshmallow sambil tengok kereta yang drive thru McD. 


Di CU lagi banyak pilihan makanan Korea kalau compare dengan Family Mart. Tapi masing masing ada kelebihannya kan. Kakak Aina rambang mata tengok itu dia nak ini dia nak. 

Selesai makan di CU, pergi semula Centre Point. Naik lif pergi tingkat 2. Bawa Amani naik kereta di Lollipop Playland, pusing pusing mall. 


Lepas tu pergi Jalan Jalan Japan pula. Si kakak Aina sempat juga grab 3 helai baju hoodie. Amani pula ambil drawing board. Dah settle di JJJ, kakak Aina nak pergi dekat Auni yang katanya ada di kedai Eco. Mimi lepak di ground floor tengok budak budak main ice skating. Bosan agaknya, duduk saja tengok orang main ice skating. Amani ajak pergi llaollao.

Mimi pilih tubs small topping strawberry, kit kat bited dan ovomaltine sauce untuk Amani. Untuk tubs tu setiap topping tambahan kena caj RM2.50. Mimi pilih topping ikut apa yang Amani tunjuk. Mimi pula pilih Smoothie with Yogurt Cheesecake. 




Lebih kurang pukul 3.45 petang, kami balik. Mimi letih, Amani pun dah letih. Bukan letih apa, letih layan karenah Amani yang aktif. Suka hati dia kalau merajuk lari keluar dari llaollao. Penat nak kejar...hahaha...Itu sajalah aktiviti Mimi dan anak anak hari ni.

Post a Comment

5 Comments

  1. Lama Kak Sue tak ke CU, teringin pulak tengok Mimi makan..

    ReplyDelete
  2. jarang gi centre point...more ke sban prima je.

    ReplyDelete
  3. Nama je dekat ngan rumah akak..tapinya x pernah lepak sini...nanti la ajak dania lepak sini

    ReplyDelete
  4. tgk mimie lepak2 mcm ni terasa mcm nak join aje hihi

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com