Happy Birthday to Me!

Alhamdulillah bertambah lagi setahun usia Mimi hari ni. Syukur Allah hadirkan insan yang baik baik di sekeliling Mimi. Yang ada negative vibes Mimi abaikan. Dah berazam tahun 2023 Mimi nak lebih jadi manusia yang positif.

Terharu dengan semua ucapan dan doa daripada keluarga, kawan rapat, kawan pejabat dan kawan kawan di media sosial dan kawan blogger. Semoga doa yang baik itu berbalik kepada kalian semua.

Tahun ni sambut hari lahir dengan sederhana saja. Tak perlu hadiah yang mahal, cukup sekadar ucapan, doa dan ingatan yang ikhlas dari semua.


Terima kejutan pagi tadi di pejabat. Kekda, ex rakan sepejabat yang rapat paling dengan Mimi. Tukar jabatan sebab reshuffle besar besaran dalam PDRM. Masih di bangunan dan tingkat yang sama.

Dia cakap nak minta tolong tapi tak sangka dia nak bagi surprise kek. Comel je kek dia bagi tu sayang pula nak makan. 


Comel kan kek ni. Balik rumah, potong kek ni makan dengan anak anak. Memang sedap dan tak manis. Memang kena dengan tekak. Memang sedap!

Alhamdulillah sambutan sederhana itu cukup membahagiakan. Sempena hari lahir tahun ni Mimi tak minta banyak. Mimi cuma harap setiap impian dan cita cita Mimi akan tercapai. Tahun ni memang dah janji dengan diri sendiri nak sentiasa positif dan tak mahu di kelilingi dengan perkara perkara negatif.


Post a Comment

8 Comments

  1. Happy birthday Mimi.
    Moga sihat selalu, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  2. Happy birthdayy may all wishes come true :)

    ReplyDelete
  3. Allah selamatkan kamu..selamat hari lahir. .semoga yg indah2 ye. .

    ReplyDelete
  4. happy belated birthday Mimi..

    ReplyDelete
  5. happy belated bday Mimi..moga sentiasa dirahmati Allah... Mimi keja ipkns jugak ke..mcm ada ternampak ari tu...

    ReplyDelete
  6. Hbb Mimi
    Sama tarikh dengan seorang cucu wak

    ReplyDelete
  7. Happy Belated Birthday Mimi..Moga yang baik2 je untuk mimi & keluarga..Hat -ve vibes tu, tu abaikan..Jangan layan...

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com