Berbaloi atau tidak Makan di Nasi Kukus Sotong Besar

Hari ni Mimi ada urusan kerja di Bukit Aman. Pergi bertiga dengan bos dan seorang lagi, encik Aziz. Bertolak dari tempat kerja pukul 9.30 pagi. Sempat bancuh air coklat buat alas perut. Dah nama pun nak masuk jalan ke KL, memang hadap jammed jela. 

Sampai di Bukit Aman, cepat cepat uruskan hal kerja. Selesai urus hal kerja, bos ajak makan. Kebetulan dia ada urusan di Klang, so dia suruh Mimi google tempat makan best di Klang. Macam biasa kita gunakan khidmat pakcik google cari tempat makan best. Dah jumpa, baca satu persatu tempat makan best, bos decide makan di Nasi Kukus Sotong Besar.

Bangunan merah restoren Nasi Kukus Sotong Besar dari tepi jalan dah nampak ya. Merah mak ngah gitu. Dari jauh pun boleh nampak warna merah yang begitu menarik perhatian orang ramai.

Guna khidmat Maps cari lokasi Nasi Kukus Sotong Besar. Tak susah pun nak cari. Restoran Nasi Kukus Sotong Besar ni terletak di tengah tengah bandar Klang. Dari tepi jalan dah boleh nampak restoran berwarna merah Nasi Kukus Sotong Besar. Nampak tak berapa kali Mimi highlight warna merah dan boleh nampak tu.


Pesanan boleh dibuat dengan menggunakan sistem scan dan bayaran dibuat melalui sistem online. Tapi dekat sini pun boleh buat pesanan di kaunter juga. Memandangkan kami bertiga pertama kali makan di sini, so order di kaunter dan terus bayar. Duduk dan tunggu saja pesanan sampai.

Mimi pesan Nasi Kukus Sotong Besar dan air Laici. Encik Aziz pesan makanan yang sama dengan Mimi cuma air dia pesan teh ais. Bos pula makan Nasi Kukus Talapia Sisik Goreng dan Air Asam Kedondong. Selain set nasi kukus, ada juga set nasi lemak dan nasi kerabu tau. 

Ada beberapa menu yang Mimi ingat ada disediakan di restoren Nasi Kukus Sotong Besar iaitu :-

- Nasi Kukus Kambing Bakar

- Nasi Kukus Sotong Besar

- Nasi Kukus Ayam Berempah

- Nasi Kukus Bawal Gesek

- Nasi Kukus Talapia Sisik Goreng

- Nasi Kukus Sup Kambing

- Nasi Lemak Sotong Besar

- Nasi Lemak Ayam Bakar

- Nasi Kerabu Kambing Bakar

- Nasi Kerabu Ayam Bakar

- Nasi Kerabu Bawal Gesek

- Sup Daging

- Nasi Air

dan pelbagai lagi menu pilihan yang ada di sini. Cuma pilih saja nak set yang mana ikut selera masing masing.



Pesanan kami, waiter robot yang hantar tau. Siap ada lagu lagi. Happening je rasa waiter robot hantar pesanan siap ada lagu. Yang Mimi geli hati, encik Aziz dan bos Mimi boleh jakun tengok waiter robot tu. Macam Mimi dah biasa nampak, diorang tak pernah tu yang jakun sekejap. Dah ambil pesanan, kena touch dekat skrin waiter robot done. 

Berbaloi atau tidak makan di Nasi Kukus Sotong Besar ni? 


Nampak tak sotong yang besar tu. Okay first impression walaupun nampak macam ringkas saja kan tapi lauk macam ini yang Mimi suka makan. Tak banyak jenis lauk tapi kenyang.


Untuk set nasi kukus ni, dalam pinggan ada secawan nasi, semangkuk plastik kecil kuah kari yang sangat pekat, sambal cili yang pedas dan hirisan timun. Nasi yang lembut tu digaul sekali dengan kuah kari dan sambal cili yang pedas tu memang umpphh. Yang jenis tak tahan pedas, ambil cuit sikit sikit jela sambal cili tu ya. Mimi jangan diikut, memang sejenis kuat pedas. Redah je makan. Tapi memang sedap sangat gabungan kuah kari dan sambal cili yang pedas ni. Kena sangat. Hirisan timun tu, Mimi tak makan so letak kat tepi pinggan. Yang tukang habiskan encik Aziz 


Hah ni sotong besar yang disalut tepung dan digoreng. Memang rangup tau korang. Pinggan untuk sotong ni unik bentuknya. Bentuk kepala cangkul. Sotong besar goreng ni didatangkan sekali dengan sos cili. Mimi tak cicah pun sotong tu dengan sos cili. Tapi makan sekali dengan nasi kukus. Kuah kari dan sambal cili yang ada pun dah cukup. Kombinasi nasi kukus, kuah kari yang pekat, sambal cili yang pedas dan sotong goreng yang besar dah cukup sempurna. Bila makan memang tak pandang kiri kanan dah.


Kasi zoom sikit gambar sotong besar goreng ni. Saja dengki dengan korang, hahaha.. Nampak besar dan tepung tu memang rangup kan? Untuk tiga set makanan dan minuman jumlah semua RM70.10. Agak agak berbaloi ke tak makan di restoran Nasi Kukus Sotong Besar ni? Sudah tentulah berbaloi baloi makan di sini. Bagi Mimi tidak timbul pun isu harga mahal sebab portion makanan yang banyak dan rasanya yang sedap. Sangat berpatutan dengan harga yang ditetapkan.

Kami bertiga memang sepakat cakap boleh repeat makan lagi kat sini sebab sedap. Air pun sedap dan kaw. Air laici yang Mimi order tu puas hati minum sebab buah laicinya banyak. Eh puas hatilah. Kenyang nasi tambah kenyang buah laici, kembung perut terus. Habislah tambah lemak lagi badan ni. Cuma itulah, bab air laici tu Mimi terlupa nak beritahu kurangkan manis sebab memang tak suka air manis manis. Tapi salah sendiri kan, minum sajalah. Janji hilang dahaga.

Korang yang nak singgah sini dan nak cuba makan Nasi Kukus Sotong Besar boleh saja cari di maps lokasi "Nasi Kukus Sotong Besar (Branch Klang)".

Lokasi : No.1 Tingkat Bawah, Jalan Harmoni 1B/KU3, Kristal Klang Commercial Centre, Kampung Batu Belah, 41050 Klang, Selangor

Waktu operasi : 11.30 am - 10.30 pm (setiap hari tutup pada hari Selasa)

Post a Comment

3 Comments

  1. wowowo...sotong...sedapnya... gtap kena sotong fresh lah. kalau sotong frozen tak suka.

    ReplyDelete
  2. Aduhai...kita tengah diet ni la dia tayang lauk sedap...makan sedap...eh..eh....jom dating makan2 jom...hahaha

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com