Tingkatkan Kemahiran Mengira dengan Permainan Dalam Talian Mortgage Calculator

Tingkatkan Kemahiran Mengira dengan Permainan Dalam Talian Mortgage Calculator | Siapa kata permainan dalam talian itu melekakan? Ada juga permainan dalam talian yang memberi kebaikan kepada kita sebagai contoh permainan yang melibatkan kira-kira duit dan kewangan. Permainan dalam talian jenis macam ini memang menjadi pilihan dan kesukaan Mimi bermain di waktu lapang. Boleh juga lepaskan penat dan tekanan bekerja sekejap dengan layan permainan dalam talian.

Baru-baru ni memang banyak sangat kerja Mimi kena buat, jadi memang agak stress. Otak dah tepu sangat, jadi waktu rehat Mimi cari permainan dalam talian yang best untuk dilayan. Cari punya cari terjumpa permainan dalam talian di https://www.mortgagecalculator.org/money-games/. Banyak pilihan permainan dalam talian yang ada di sini.



Permainan dalam talian yang ada di website ini seperti :-

1) Money Games : Permainan mengira dan membuat perubahan. Ada juga permainan yang menampilkan konsep wang palsu yang baharu seperti Bitcoin dan bunga tulip zaman moden - NFT.

2) Real Estate Games :  Permainan beli dan jual hartanah, jadikan bandar LEGO yang ebrkembang maju dan bersihkan kuman. Boleh juga membina struktur stabil atau menggunakan dinamit untuk memusnahkan struktur.

3) Food Business Simulation Games : Permainan yang menjalankan perniagaan kedai kopi, kedai runcit, ladang atau restoran.

4) Business SImulation Games : Permainan membina perniagaan perlombongan, menjalankan kedai barang kemas, menjadi penjual bunga atau menjadi ahli korporat.

5) Software Development Games : Permainan STEM mengajar kanak-kanak tentang logik pengekodan bersama-sama dengan cara perisian dibuat dan diuji, bersama-sama dengan permainan klik terbiar yang memfokuskan pada membina perniagaan permulaan yang berjaya

6) Office Politics Games : Permainan Clicker Ragdoll yang aneh boleh digunakan untuk menerangkan persaingan dalaman, penyelesaian konflik dan pembinaan pasukan dan pelari tanpa henti

7) Other Fun Games : Permainan yang melibatkan kitar semula, tenaga hijau dan beberapa permainan berkaitan makanan.

Banyakkan pilihan permainan dalam talian yang ada. Pilih saja yang mana korang. Disebabkan Mimi memang minat dengan kira-kira jadi pilihan permainan yang ada memang sesuai sangat dengan Mimi. 



Waktu rehat baru ni Mimi cuba main permainan dalam talian LEGO, Build and Protect. Sambil bina bangunan dan kutip hasil, kena lindung bangunan yang dibina daripada perompak. Kalau kita leka, habislah hasil yang kita kumpulkan. Memang seronok main permainan ni. Hilang semua masalah kerja. Langsung tak ingat dah kerja yang menyerabutkan otak tadi.


Bila dah mula bina bangunan satu persatu dan kutip hasil makin seronok pula main permainan LEGO ni. Perompak nak rompak hasil saja cepat cepat kena selamatkan bangunan tu daripada musnah. Hilang terus tekanan kerja. Jadi leka main permainan waktu rehat. Bangunan yang dah siap dibina memang tak boleh tinggalkan macam tu tau, leka sikit nanti perompak rompak duit hasil korang. Geram pula rasa kan, leka sekejap dah kena samun..hahaha..


Muka serius gila main permainan ni. Kena fokus kalau tak duit kena rompak hahaha. Rehat satu jam pun tak terasa bila main permainan LEGO ni tau korang. Memang betul betul leka main permainan ni. HHabis waktu rehat, berhenti main. Sambung dekat rumah pula.


 
Balik rumah sambung main permainan pula. Mimi cuba main permainan Real Estate Tycoon. Best juga main permainan ni main kutip kutip duit juga. Hah bab bab kutip duit memang Mimi suka. Terasa diri macam orang kaya sekejap sebab kerja asyik kutip duit saja. Bertambah seronok tengok duit bertambah tambah.

Setiap bangunan yang ada tu korang kena klik beli pada harga yang murah dan jual pada harga yang lebih dari harga belian. Dekat situ korang dapat untung. Tapi kena cepatlah kalau tak a=nanti harga jatuh korang rugi.



Dulu kalau nak main permainan kena download, sekarang ni tak perlu download. Boleh main terus saja secara atas talian. Tak payah download dan penuhkan memori handphone atau laptop korang. Macam yang Mimi beritahu sebelum ni, tidak semua permainan secara atas talian tu melekakan dan tak memberi manfaat. Di website ni korang boleh cari banyak permainan dalam talian yang best dan menguji minda korang. Sangat sesuai untuk kanak - kanak. 

Waktu cuti sekolah ni takkan anak anak asyik nak belajar saja kan. Diorang pun kena rehatkan minda dan lepaskan penat dan tekanan belajar tu. Boleh ajak anak anak korang main permainan dalam talian Mortgage Calculator.  Sambil bermain diorang boleh belajar sesuatu yang bermanfaat dari permainan dalam talian ni. Yang penting percuma tak perlu bayar apa apa. Jangan lupa cuba main permainan dalam talian ni tau korang!

Post a Comment

1 Comments

  1. ilmu yang bagus tapi susah nak dalami bagi akak. kena ada minat kot

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com