Tahun 2022 Penuh dengan Suka dan Duka

Tahun 2022 Penuh dengan Suka dan Duka | Esok, kita akan melangkah ke tahun 2023. Bertambah lagi setahun usia dan ada beberapa impian yang ingin dicapai.

Alhamdulillah, walaupun tahun 2022 banyak kisah suka dan duka, pahit tawar masin manis tetapi Mimi tetap bersyukur sebab Allah berikan Mimi peluang untuk hadap semua ujian untuk kuatkan seorang Mimi! Ujian yang bukan untuk hancurkan hidup tetapi ujian untuk bagi kita jadi lagi kuat, sabar, tenang dan sentiasa muhasabah diri.

Ahamdulillah kerana satu persatu ujian yang Mimi hadapi, banyak perubahan yang positif berlaku dalam diri. Lebih tenang, sabar, tabah dan dah mampu tersenyum bila berhadapan dengan masalah.

Januari 

Bulan kelahiran. Tanggal 13 Januari adalah hari kelahiran Mimi dan pada hari yang sama juga ada sesuatu perkara besar yang berlaku. Mimi anggap "itu" adalah hadiah "istimewa" sepanjang bernafas di bumi ini. InsyaAllah, hati kuat dan tenang terima hadiah itu. Move forward tak perlu pandang belakang.

Bulan kelahiran kakak Aina juga. Sempat belikan dia kek. Sambut dengan keluarga kecil kami. Sederhana saja. Kakak Aina pun faham, umi dia masih dalam mood sedih walaupun luaran nampak macam tak ada apa apa.

Februari

Mimi dan keluarga plan bercuti ke Lumut. Kira family gathering juga. Kebetulan adik Mimi yang nombor dua memang stay di Lumut. Alhamdulillah semua adik beradik, ipar duai ada kecuali adik yang nombor lima tak dapat join sebab tak dapat cuti. Dah nama pun berkhidmat untuk negara kan, terima je lah.



Percutian ke Lumut ni selama 3 hari 2 malam. Kami stay di Homestay Sarah. Murah dan bersih. Memang berbaloi. Homestay pun dekat sangat dengan base navy. Percutian di Lumut ni kami pusing pusing dalam pengkalan navy , pergi Teluk Batik dan pekan Lumut.

Mac

Bulan yang banyak menguji kuat dan tabahnya seorang Mimi. Cuti kuarantin jaga Adhwa dan Amani positif Covid-19. Alhamdulillah mudah jaga anak anak kecil dua orang ni. Hari pertama dan kedua saja diorang banyak tidur. Masuk hari ketiga dah aktif macam biasa. Tanggal 15 Mac, hari hari terakhir anak anak kuarantin, Mimi terima berita sedih. Sedih yang sukar diungkap. Terima panggilan adik nombor 3 beritahu ayah dah meninggal. Ya, ayah dah meninggal. Tapi Mimi tak percaya, sempat marah adik sebab buat gurau benda macam tu. Tapi sungguh, bukan tak terima tapi terkejut. Call mama nak sahkan, dengar suara mama menangis memang betul.



Terus call officemate yang rapat dengan Mimi, maklum ayah dah meninggal sambil menangis. Sungguh masih tak percaya. Alhamdulillah, dari awal hingga akhir urusan pengebumian arwah ayah berjalan dengan lancar. Yang tahu, kawan kawan pejabat dan bff saja. Kawan kawan blogger pun Mimi tak beritahu, bukan nak berahsia tapi ketika itu Mimi sangat down. Teramat sangat. Rasa dunia ni gelap. Sungguh tak kuat.

April

Sambut hari lahir Auni dalam suasana yang cukup sederhana. Alhamdulillah anak anak memahami, umi dia masih dalam mood sedih. Ringkas tapi cukup bermakna. Tengok Auni senyum malu pun dah happy. 

Bulan yang sama diuji dengan Amani. Pengasuh call beritahu dalam hidung amani ada manik besar yang tak boleh nak keluar. Pengasuh dah cuba banyak keluarkan tapi tak boleh. Tengahari balik kerja terus bawa pergi klinik berdekatan. 



Macam macam cara doktor buat nak keluarkan tapi tak boleh. Sampai darah keluar dari hidung tak berhenti. Banyak kali doktor dan staf minta maaf sebab Amani meronta kuat. Mimi time tu dah menangis tengok darah keluar tambah pula dengar suara Amani meraung. Mimi ni luaran nampak kuat tapi hakikatnya yang kenal je tahu. Terus doktor buat surat refer ke hospital. 



Sampai hospital terus pergi Unit Kecemasan. . Lepas daftar semua, terus pergi ke Bahagian Kanak Kanak. Jenuh lah nurse dan doktor kat situ usaha keluarkan manik tapi tak berjaya. Last last, refer ke jabatan ENT. Tak tunggu lama terus kena panggil masuk. Sekali masuk, tu dia ramai doktor lelaki kau. Mimi stay dalam tu tapi pandang dinding tak sanggup tengok proses keluarkan manik tu. Amani? Menangis meraung lah. Tu yang buat umi dia tak kuat nak tengok. Beberapa minit lepas tu, alhamdulillah one of the doctor datang tunjuk manik yang tersumbat dalam hidung amani. Siap dia tanya, "Mommy tak nak snap gambar manik ke?". Terus jawab, "It's okay doctor. I tak nak." Terus ambil Amani pujuk dia dan ucap terima kasih pada doktor. Doktor siap pesan, "Mommy, jangan risau ya. Baby okay. Just mommy kena lap darah yang keluar dari hidung baby sampai bersih. Mommy jangan nangis dah." Hahaha...pesanan doktor kemain kan! 

Mei

Sambut Hari Raya dengan sederhana. Tak lupa singgah ke rumah baru arwah ayah. Mimi pun tak banyak berjalan raya. Singgah duduk di rumah nenek. Bergambar dengan adik beradik dan sepupu sepapat.



Raya ke 6, adik nombor 5 bertunang. Bab hantaran serah pada adik nombor 2 buat sebab tangan berseni. Kalau kakak sulung dia ni buat memang tak ada rupa hantaran dah..hahaha.. Alhamdulillah majlis pertunangan berjalan dengan lancar walaupun hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak.



Ada sambutan hari raya di pejabat pula. Kami yang bahagian pentadbiran, sepakat nak pakai baju tema maroon. Sambutan meriah tapi sederhana.

Diuji lagi dengan Adhwa dan Amani. Mula mula Adhwa kena chicken pox berjangkit dari sekolah Adhwa dah elok, giliran Amani pula kena chicken pox. Maka cuti kuarantin jaga anak lagi lah umi dia. Walaupun kena chicken pox, hari pertama saja dia meragam. Masuk hari kedua aktif macam biasa.



Penutup bulan Mei, ada sambutan Hari Raya IPK NS pula. Jabatan Mimi macam tahun sebelum sebelum ni, gerai sediakan mi goreng, bihun goreng dan kuey teow goreng. Sempat lah singgah ke gerai jabatan lain juga. Meriah dan cantik gerai masing masing. Dapat jugalah bertemu empat mata dengan MB Negeri Sembilan.

Jun

Bulan kelahiran Adhwa. Sempat tempah kek dua benua untuk Adhwa sambut di sekolah dan bagi hadiah untuk semua kawan kawan di prasekolah dna cikgu. Untuk anak anak yang lain, Mimi bawa makan di Pizza Hut S2 sempena birthday Adhwa. Kek tak sempat beli. Belanja makan pizza pun diorang dah cukup happy.

Julai

Sambut Raya Haji dengan sederhana saja. Balik kampung, ronda ronda kampung dengan basikal mama.

Ada pula tournament badminton peringkat Jabatan Mimi bekerja. Mimi tak join hanya sekadar urusetia pendaftaran saja. Tak berani nak aktif badminton sayang lutut. Nak main badminton kena pakai knee guard.

Then, Mimi terlibat sebagai urusetia hadiah untuk Majlis Hi Tea Perkep yang diadakan di D'Tempat Sendayan. Tema pakaian tradisional. Mimi pakai baju kurung songket berwarna baby blue.



Ogos

Majlis Persaraan Ketua Jabatan yang sangat kami sayangi. Kami di pejabat panggil 'Abah' sebab sikapnya yang cool dan perwatakan seorang bapa tu memang menyerlah lah. Kalau ada staf yang ada masalah, dia nasihat sebagai seorang bapa bukan ketua. Terasa sedih dan betul betul terasa kehilangan. Ada dua majlis kami anjurkan sempena persaraan Ketua Jabatan. Formal majlis diadakan di Royal Sungei Ujong Club dan informal majlis di pejabat saja. Hari terakhir abah bersara, kami terima Ketua Jabatan yang baru.




Alhamdulillah rezeki tahun 2022, Mimi terima Anugerah Pekerja Cemerlang 2021. Rezeki anak anak. Terima sijil semasa majlis persaraan "abah" dan pertukaran staf jabatan.

September

Cuti sekolah, happy kan anak anak bawa jalan jalan di G2G Animal Garden, Putrajaya dan main bowling di Aeon S2. Walaupun penat tapi rasa berbaloi bila tengok anak anak seronok.



Oktober

Again. Bawa anak anak makan di luar dan ajak diorang main bowling. Makan Pizza Hut di Centre Point Seremban, teman kakak Aina ada group discussion. Lepas tu, pergi Mydin S2 pula main bowling.

Selang dua minggu, main bowling lagi Mydin S2. Anak anak minat main bowling, Mimi support saja. Lepas main bowling, anak anak request nak naik kereta mainan yang boleh ronda ronda kat mall tu. Apa nama entah lupa.




Selang seminggu balik kampung, bawa anak anak jalan jalan kat pantai nelayan. 

November

Bulan ni terlibat sebagai Kerani Pengundian (KP 1) PRU ke 15. Mimi bertugas di SK Pei Hua, Seremban. Keluar rumah tak nampak matahari, balik pun tak nampak matahari. Penat, letih tapi seronok. 



Bawa anak anak makan di MyViets, Seremban Gateaway. Ada rezeki lebih, bawa anak anak makan di luar. Sibuk sangat kerja, jadi kena cari masa spend time dengan anak anak.


Disember

Majlis bacaan tahlil dan doa selamat dan sambutan hari lahir staf dari bulan Julai hingga Disember. Perancangan asal sambut hari lahir utnuk staf tiga bulan sekali tapi sibuk sangat dengan macam macam program tu yang hujung tahun baru dapat buat. 

Terima jemputan pertunangan daripada blogger kak SA dan majlis aqiqah anak buah kawan rapat (bekas officemate).

Last but not least, breakfast date dengan bff sejak di UiTM. Alhamdulillah dah 20 tahun persahabatan kami. Walaupun jarang jumpa tapi still keep in touch. 



Fuhh, habis dah cerita ringkas suka duka sepanjang tahun 2022. Yang berlalu biar berlalu, takkan pandang ke belakang. Tinggalkan yang negatif kekalkan yang positif. Semoga tahun 2023 beri 1001 keceriaan dan segala impian Mimi tercapai.

Post a Comment

6 Comments

  1. Ya Allah.. semoga Allah permudahkan hidup mimi akan datang nanti ya.. akak yang baca pun boleh rasa berat yang mimi tanggung. Salam takziah buat kehilangan orang tersayang. Semoga mimi terus kuat.

    ReplyDelete
  2. Allahu. Macam-macam jadi. Takziah atas pemergian arwah Ayah kak Mimi. Saspen baca kisah manik masuk hidung anak tu. Hepi new year! Semoga 2023 lebih kuat, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik

    ReplyDelete
  3. 2022 semuanya dah jadi sejarah.
    Selamat tahun baharu 2023

    ReplyDelete
  4. allahu mcm2 dugaan mimiku sayang.. salam takziah buat mimi atas pemergian ayah. huhu

    ReplyDelete
  5. Setiap hari adalah ujian buat kita. Selamat tahun naru 2023. Moga tahun ini membawa seribu rahmat.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com