McDonald's Malaysia Rasmi Restoran Pandu-Lalu Tampin, Rancakkan Pembangunan Sosio Ekonomi Negeri Sembilan


McDonald's Malaysia Rasmi Restoran Pandu-Lalu Tampin, Rancakkan Pembangunan Sosio Ekonomi Negeri Sembilan | Baru-baru ini, McDonald's Malaysia telah meraikan pembukaan rasmi rangkaian restoran di Tampin, Negeri Sembilan. Selaras dengan inisiatif Kerajaan dalam mentransformasikan Negeri Sembilan ke negeri membangun, McDonald's menyasarkan untuk menyumbang kepada inisiatif Kerajaan negeri ini dengan pembangunan sosio ekonomi negeri dan menawarkan peluang pekerjaan untuk komuniti setempat khususnya di Tampin melalui pembukaan Restoran McDonald's di Tampin.

YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia bersama YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan merasmikan Restoran Pandu Lalu McDonald’s di Tampin pada 8 Mac 2022

Walaupun Tampin merupakan salah satu daerah kecil di Negeri Sembilan, namun pembangunan sosio ekonomi di Tampin amat memberangsangkan. Rasa kagum dan  teruja berganda-ganda apabila datang ke sini dan melihat sendiri kemajuan daerah Tampin. Nak berbelanja dan makan makanan yang sedap semua ada di sini. Sebagai salah seorang pelanggan setia McDonald’s sudah pasti, Mimi berasa teruja dengan pembukaan Restoran Pandu Lalu McDonald’s Tampin. Ia memudahkan pelanggan untuk membuat pesanan dengan mudah dan cepat tanpa perlu beratur panjang di dalam restoran. 

Untuk pengetahuan semua, pembukaan restoran McDonald’s di Tampin ini merupakan salah satu dari perancangan di dalam pelan pembangunan yang terkandung di dalam Visi McDonald’s Malaysia 2026 bagi merancakkan pembangunan ekonomi dan juga penawaran pekerjaan untuk komuniti setempat. 

Memetik kata-kata Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Tempatan McDonald’s Malaysia, Dato’ Azmir Jaafar, “Perasmian Restoran McDonald’s Tampin ini adalah selaras dengan pelan pembangunan McDonald’s Malaysia hasil dari peningkatan prestasi perniagaan McDonald’s Malaysia.  Ia bakal menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi Negeri Sembilan di samping peluang pekerjaan bagi komuniti setempat yang seterusnya dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka,. 

Restoran ini merupakan restoran ke-15 dibuka di Negeri Sembilan, dengan lokasi yang strategik berdekatan dengan sempadan negeri Melaka-Negeri Sembilan membolehkan aksesibiliti yang mudah bagi pelanggan dari pelbagai kawasan.  McDonald’s Malaysia menjangkakan restoran ini bakal menyediakan hidangan saat-saat keriangan kepada pelanggan dari kawasan sekitar.  Sejak dibuka pada penghujung tahun 2020, restoran ini telah berjaya mencapai jualan yang memberangsangkan, satu angka yang amat membanggakan bagi sebuah restoran yg masih muda. 

Majlis Disempurnakan Oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan

Majlis pembukaan rasmi ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.  Bangunan asal Restoran McDonald’s Tampin ini merupakan Rumah Rehat Tampin dan telah diambil alih oleh McDonald’s Malaysia bagi membuka restoran McDonald’s. Restoran ini juga restoran pertama yang mempunyai reka bentuk yang unik berinspirasikan bumbung panjang yang sinonim dengan rumah tradisi Negeri Sembilan.

“Sokongan dan kerjasama syarikat-syarikat korporat seperti McDonald’s, bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negeri tetapi juga dapat merangsang peluang-peluang pembangunan kerjaya kepada golongan muda di negeri ini.  Saya amat berbangga dengan pembukaan restoran baharu McDonald’s ini memandangkan ia adalah salah satu dari usaha Kerajaan untuk meningkatkan sosio-ekonomi dan menuju ke arah transformasi Negeri Sembilan sebagai negeri membangun,” kata YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Perasmian Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald – Yayasan Jaafar Ahmad 

Sejak 1999, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah mula menaja Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) di seluruh negara. Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald ini adalah kemudahan yang disediakan untuk kanak-kanak yang berkeperluan khas dan juga yang mempunyai masalah pembelajaran. 

Selain dari reka bentuk yang unik, Restoran McDonald’s Tampin ini juga digandingkan dengan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald – Yayasan Jaafar Ahmad.  Bilik terapi sensori ini disediakan khas untuk kanak-kanak istimewa khususnya dari keluarga golongan B40 bagi meningkatkan kemahiran kognitif dan keyakinan diri mereka. 

Untuk pengetahuan semua,Ronald McDonald House Charities sangat komited dalam memberi sokongan padu kepada keperluan kanak-kanak berkeperluan khas dan  masalah pembelajaran. Maka, wujudlah Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald - Yayasan Jaafar Ahmad.


Restoran Pandu Lalu McDonald’s di Tampin merupakan satu-satunya cawangan McDonald’s yang dilengkapi dengan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald, tajaan bersama Ronald McDonald House Charities dan Yayasan Jaafar Ahmad

Sehingga kini, RMHC telah membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia, rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia, dengan kos tajaan lebih dari RM4 juta dan telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak. 


Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald dilengkapi dengan peralatan untuk meningkatkan kemahiran kognitif dan keyakinan kanak-kanak yang berkeperluan khas dan masalah pembelajaran

Sebagai salah seorang pelanggan setia McDonald’s sudah semestinya Mimi turut berasa bangga di atas pencapaian yang ditunjukkan McDonald’s. Siapa sangka satu jenama restoran makanan segera di Malaysia mempunyai inisiatif untuk membantu kanak-kanak istimewa. 

Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan komitmen yang ditunjukkan RMHC wajar dijadikan sebagai contoh dan ikon buat organisasi lain untuk membantu golongan yang memerlukan. Ia juga merupakan satu langkah yang positif dalam mewujudkan lebih ramai masyarakat yang prihatin dan  penyayang akan nasib golongan yang memerlukan. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan usaha murni yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia.

Majlis Penyampaian Bayaran Zakat Korporat McDonald’s Peringkat Negeri Sembilan

McDonald’s Malaysia merupakan satu organisasi yang sentiasa prihatin terhadap nasib golongan asnaf dan yang memerlukan serta sentiasa berusaha menyumbang kepada masyarakat setempat.

Di samping majlis perasmian bilik sensori ini, McDonald’s Malaysia juga telah menyerahkan bayaran zakat korporat bernilai RM 180 ribu kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINs) bagi diedarkan kepada golongan asnaf dan golongan yang memerlukan di seluruh Negeri Sembilan.  MAINs telah diwakili oleh Dato’ Dr Abd Aziz Bin Sheikh Ab. Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat korporat McDonald’s Malaysia kepada YBhg. Dato’ Dr. Abd Aziz Bin Sheikh Ab. Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

McDonald’s Malaysia Merancang Pembukaan Cawangan Baru di Negeri Sembilan

Seperti sedia maklum, McDonald’s Malaysia mempunyai lebih dari 300 cawangan di seluruh Malaysia dan tetap menjadi pilihan rakyat walau telah bertapak sejak 1982 di negara kita. Oleh yang demikian, McDonald’s Malaysia telah merancang untuk membuka beberapa lagi cawangan baharu di Rembau, Senawang dan Rasah, Negeri Sembilan. 

Sebagai anak jati Negeri Sembilan, sudah tentu Mimi berasa teruja dengan perancangan dibuat oleh McDonald’s yang ingin membuka beberapa cawangan lagi di Negeri Sembilan kerana ia akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada komuniti setempat khususnya dan anak jati Negeri Sembilan secara amnya. 

Diharapkan segala perancangan dan urusan McDonald’s Malaysia untuk membuka lebih banyak cawangan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Tahniah McDonald’s Malaysia di atas kejayaan demi kejayaan serta keprihatinan yang ditunjukkan. Semoga usaha murni yang dilakukan menjadi contoh teladan dan kebanggaan rakyat Malaysia!

Post a Comment

1 Comments

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com