Beli Rumah Ketika Pandemik - Berbaloikah Membeli Rumah Ketika Ini?

Beli Rumah Ketika Pandemik - Berbaloikah Membeli Rumah Ketika Ini? | Semua orang mengimpikan memiliki aset sendiri terutamanya rumah. Macam Mimi sendiri masih belum memiliki rumah sendiri tetapi memang di dalam fasa untuk membeli rumah. Sudah tentunya merata tempat Mimi cari dan survey untuk mencari rumah. nak cari rumah tu mestilah kena ambil kira fasiliti yang berhampiran tempat kediaman. Pastinya rumah yang Mimi cari dalam lingkungan bajet dan kelayakan.

Namun, kini pasaran hartanah berjalan dengan perlahan terkesan daripada krisis ekonomi dunia sejak tahun 2019 dan ditambah pula dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan juga pemaju untuk meningkatkan kelangsungan industri berkenaan.

Ketika ini, masih ramai lagi yang dalam kesusahan, ada yang dipotong gaji dan ada juga yang kehilangan kerja akibat pandemik Covid-19. Dengan pendapatan yang tidak stabil ada yang perlu hidup dalam tahap kewangan yang cukup-cukup makan. dan terpaksa ikat perut demi kelangsungan hidup. Hingga kini, masih ada yang  sedang berusaha  keras mencari kerja demi kelangsungan hidup.  Pastinya ramai orang akan fikir, sekarang ini bukanlah masa yang sesuai untuk membeli rumah atau membuat pelaburan hartanah kerana bimbang mengalami masalah kewangan.

sumber : Google

Berbaloikah Membeli Rumah ketika Ini?

Namun, bagi mereka pengamal hartanah melihat tempoh 'genting' yang negara hadapi ketika ini adalah satu peluang baik buat golongan B40 dan M40 yang mempunyai kewangan yang kukuh untuk  membeli rumah dan melabur dalam hartanah. Sebanyak manfaat yang bakal dinikmati bagi mereka yang membeli rumah dikala pandemik ini.

Antara manfaat yang boleh dinikmati pembeli rumah ialah tiada caj yuran tambahan, tiada yuran guaman bagi urusan dokumentasi rumah mahupun bank, tiada kos menukar pemilikan rumah dan pengecualian deposit mengikut terma dan syarat.

Sebagai seorang penjawat awam, sudah tentu ada yang mengatakan Mimi beruntung kerana penjawat awam dan badan berkanun sangat beruntung jika beli rumah ketika ini kerana Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bertanggungjawab menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam. Ia memudahkan urusan pinjaman membabitkan penjawat awam yang ingin membeli rumah.

Bagi Mimi, memang sekarang ini masa yang sesuai dan berbaloi untuk membeli rumah kerana beberapa manfaat yang bakal diterima jika membeli rumah dalam keadaan sekarang. Mungkin ada yang berpendapat sebaliknya namun terpulang pada pendapat masing-masing.

Sekarang ini pelbagai insentif yang diwujudkan bagi memudahkan warganegara memiliki rumah pertama dan kediaman sendiri. Terdapat pelbagai insentif skim projek  perumahan mampu milik bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah. Pilihan di tangan masing-masing untuk mencari mana yang berkenan.

Pembeli Pertama Kali, Apa Yang Harus Dilakukan?

sumber : mykmu.net


Sekarang ini, memang masa yang sesuai membeli rumah untuk didiami kerana akan memiliki kediaman untuk duduki. Mimi juga ada menerima nasihat berkenaan pembelian rumah. Kata seorang sahabat, sekarang adalah masa yang terbaik untuk membeli hartanah kerana harga permintaan tengah menurun mula berpatah balik dan akan meningkat semula. Dengan kemerosotan dalam industri hartanah, pastinya pemaju akan lakukan apa sahaja yang mereka mampu untuk menambah nilai hartanah mereka yang masih tidak terjual.

Andaikan anda membeli rumah ketika ini, apa yang perlu dihadapi ialah ansuranan bulanan selama 30 tahun yang akan datang di mana kini mengalami pengurangan. Perkara ini berlaku kerana tahap faedah yang diturunkan berikutan pemotongan Kadar Dasar Semalaman (OPR) BNM di mana ia berada pada tahap yang sangat rendah iaitu 1.75%. Sudah tentu bayaran balik menjadi lebih rendah setiap bulan kerana adanya penurunan kadar faedah pinjaman.

Sebagai pembeli untuk pertama kali, ambillah langkah yang bijak dengan membeli rumah ketika ini kerana banyak manfaat dan keuntungan bakal anda kecapi. Sekarang bukan masa yang merugikan untuk memiliki rumah malahan ia suatu tindakan yang sangat berbaloi.

Namun sebelum membeli rumah imipian, pastinya kita perlu ambil kira perbelanjaan yang lain seperti tanggungan anak-anak, tanggungan ibu bapa di kampung, komitmen seperti kad kredit, kereta dan sebagainya. Semua itu kita perlu ambil kira berapa peratus perbelanjaan kita. Sama ada kita layak atau tidak membeli rumah impian kita. Jadi, untuk memudahkan untuk membuat pengiraan, boleh cuba buat pengiraan secara atas talian.

5 Sebab Perlu Membeli Rumah Secepat Mungkin


Sekarang ni memang Mimi sedang giat mencari dan survey rumah yang Mimi ingin beli. Sebelum beli sesebuah rumah itu btsaanyak faktor yang perlu dititikberatkan. Mungkin ada yang bertanya kenapa nak beli rumah lain? Jawapan Mimi mudah sahaja. Rumah itu ialah aset dan harta untuk Mimi. Ia sebagai 'reward' diri sendiri yang sudah berbelas tahun bekerja dalam sektor awam.

5 sebab Mimi perlu membeli rumah secepat mungkin ialah kerana :

  • Faktor usia yang semakin meningkat - usia Mimi pun dah hujung 30-an sepatutnya dari dulu Mimi sudah membeli rumah namun kesilapan sebagai manusia yang biasa dilakukan. Suka tangguh dan tangguh.
  • Harga rumah semakin meningkat - harga rumah memang akan meningkat dari semassa ke semasa. Bayangkan kadar harga rumah di kawasan perumahan yang Mimi duduki sekarang dahulunya bernilai RM 90k sahaja dan kini telah meningkat sehingga RM 230k.
  • Rumah adalah aset - tidak rugi membeli rumah kerana rumah merupakan aset yang sangat menguntungkan. Sekarang adalah masa untuk mengumppul aset setelah berbelas tahun bekerja dan tidak mendatangkan kerugian melabur untuk aset sendiri.
  • Perlindungan untuk keluarga - sudah tentu rumah yang dibeli untuk diduduki oleh ahli keluarga berlindung.
  • Pelaburan jangka masa panjang - membeli rumah merupakan pelaburan jangka masa panjang ini kerana jika kita beli rumah sekarang pada harga RM 200k tidak mustahil 10 tahun yang akan datanag harga rumah akan meningkat 3 kali ganda. Di situ kita telah untung  dua kali ganda dari harga asal.
Jadi, keputusan untuk membeli rumah ketika ini berbaloi atau tidak, pilihan di tangan masing-masing. Anda sudah boleh mula menganggar pendapatan masing-masing untuk memiliki rumah impian secara atas talian. Kalau tanya Mimi, Mimi sendiri rasa berbaloi beli sekarang. Mimi sendiri telah letak target akan memiliki rumah sendiri selewat-lewatnya ketika umur 40 tahun dan berharap sangat impian memiliki rumah sendiri tercapai.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan membantu anda di luar sana membuat keputusan sama ada perlu atau tidak membeli rumah ketika pandemik. Berbaloikah? Fikir-fikirkanlah.

Post a Comment

0 Comments