Persediaan yang Perlu Dilakukan Untuk Melindungi Keluarga dari Jangkitan Covid-19

Sekarang ini, musim Covid-19 yang melanda negara kita semakin meningkat dengan angka melebihi lima angka kes harian dan menyebabkan kita rasa risau dan takut lebih-lebih lagi kes semakin meningkat dari hari ke hari. 


Mimi percaya dan yakin, rakyat Malaysia berusaha melakukan pelbagai cara untuk mengelak dari dijangkiti Covid-19, walaupun ada segelintir rakyat yang masih berdegil dan seolah-olah diri itu tidak lut dengan jangkitan. Dalam keadaan sekarang ni kita semua perlu sama sama jaga diri, jalankan tanggungjawab sebagai rakyat dengan mengambil vaksin, sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakkan dan sanitize tangan.


Seram tengok jumlah kes yang tinggi ni. Huhu…


Hingga kini kes semakin meningkat dan banyak daerah di serata negeri bertukar jadi zon merah. Banyak aktiviti yang telah dirancang terpaksa ditunda atau dibatalkan kerana peningkatan kes saban hari. 


Bagi Mimi, ini bukanlah satu berita yang menggembirakan sebaliknya menyedihkan dan merisaukan. Kadang kala kita sendiri berusaha sehabis baik mengikut saranan kerajaan dengan menjaga jarak, memakai pelitup muka dan sanitize tangan. Namun, masih ada yang berdegil dan seolah-olah diri tu kebal dari sebarang jangkitan.


Pengalaman Adik dan Adik Ipar Mimi Dijangkiti Covid-19


Bercerita mengenai penularan Covid-19, adik Mimi sendiri diuji di mana beliau dan suami beliau telah dijangkiti dengan Covid-19. Mula-mula suaminya mengalami simptom demam dan batuk dan diikuti oleh adik Mimi. Dengan kadar segera mereka pergi ke klinik berhampiran rumah untuk buat swab test. 


Keputusan yang diterima ialah kedua-duanya disahkan positif Covid-19. Jadi, mereka mula kuarantinkan diri di rumah. Mujur hanya mereka berdua sahaja jadi mudahkan mereka kuarantin di rumah.


Sepanjang kuarantin tu, mereka hanya membeli makanan dan barang dapur secara atas talian. Adakalanya adik ipar meminta bantuan adiknya untuk hantar barang makanan ke rumah. Mereka juga meninggalkan nota di depan pintu memaklumkan mereka sedang kuarantin diri kerana jangkitan Covid-19. Memang perit bila dijangkiti Covid-19 ni. Hanya yang pernah merasakannya sahaja tahu betapa sakitnya dijangkiti dan segala urusan harian terbatas. Alhamdulillah, kini mereka berdua bebas dari Covid-19. 


Apabila ada ahli keluarga sendiri dijangkiti Covid-19, sedikit sebanyak ia memberi pengajaran dan peringatan kepada Mimi dan sekeluarga untuk lebih berhati-hati. Mimi sendiri mempunyai 4 orang anak yang masih kecil serta bersekolah dan sudah tentunya kena lebih berhati-hati. Sebagai ibu, Mimi perlu lakukan sesuatu untuk mengelakkan diri dan anak anak dari dijangkiti Covid-19.



Persediaan dan Cara Untuk Mengelakkan dari Jangkitan Covid-19



Awal bulan lalu, Mimi sendiri bercuti bersama ahli keluarga yang lain di Lumut, Perak. Dalam keadaan negara yang masih dilanda endemik Covid-19, memang ada rasa takut nak bawa anak-anak keluar berjalan namun, gagahkan diri dan tawakal pada yang Maha Esa. 


Sampai bila nak duduk berkurung di rumah, bosan dan stress jadinya. Jadi, bila nak bawa anak beriadah, bercuti dan sebagainya pastinya Mimi akan buat persediaan dan lakukan pelbagai cara untuk mengelak dari dijangkiti Covid-19, antaranya :


  1. Melengkapkan pengambilan vaksin dan dos penggalak – mengambil vaksin bukanlah bermakna kita bebas 100% dari Covid-19 namun dengan mengambil vaksin ia adalah salah satu langkah untuk melindungi diri daripada mengalami kesan yang teruk daripada jangkitan.


  1. Sentiasa memakai pelitup muka dan hand sanitizer – Ke mana sahaja Mimi dan anak anak pergi, Mimi akan pastikan pelitup muka sentiasa dipakai dan juga memakai hand sanitizer.


  1. Menyediakan pil vitamin – Salah satu ikhtiar Mimi ialah mengamalkan makan pil vitamin Eskayvie Diffenz untuk meningkatkan sistem imun badan bagi melindungi diri dan anak anak daripada jangkitan Covid-19.



Kenapa Mimi memilih Eskayvie Diffenz? 


Sudah tentulah kandungan dan khasiat yang terdapat di dalamnya membuatkan Mimi memilih Eskayvie Diffenz sebagai salah satu usaha dan ikhtiar untuk meningkatkan sistem imun badan bagi melindungi diri dan anak-anak. 


Kandungan Utama Eskayvie Diffenz


Kandungan Utama Eskayvie Diffenz ialah Cendawan Susu harimau, buah Camu-Camu, Vitamin C dan Vitamin D.


  1. Cendawan Susu Harimau



Cendawan Susu Harimau merupakan cendawan yang diiktiraf sebagai “Harta Karun Negara” dan amat sukar didapati pada masa kini. Nilai cendawan ini sangat mahal kerana ia dikatakan hanya akan tumbuh daripada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan. 


Cendawan jenis eksotik ini amat berkhasiat bagi menguatkan sistem imun dan melindungi tubuh daripada jangkitan kuman dan virus. Uniknya cendawan susu harimau ini tak tumbuh secara berkelompok atau berjemaah macam cendawan lain tapi sebaliknya ia tumbuh secara sendirian.


Tempoh untuk cendawan ni membesar mengambil masa bertahun lamanya. Ia tumbuh di lereng bukit Hutan Khatulistiwa dan sangat sukar diperolehi. Harganya juga boleh mencecah ribuan ringgit untuk setiap gram! 



Untuk pengetahuan korang, pelbagai kajian telah giat dijalankan pada tahun 2002, apabila mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya selama bertahun-tahun dapat diubati dengan cendawan ini.  


Jadi, untuk memudahkan kita mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah hutan, Eskayvie Diffenz telah diformulasikan untuk memberikan kebaikan yang diperlukan semua.


Kebaikan Eskayvie Diffenz:


  • Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.

  • Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.

  • Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar. 

  • Menguatkan sistem imun badan dari jangkitan kuman dan virus.

  • Digunakan untuk mengurangkan simptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.


  1. Buah Camu - Camu (Myrciaria Dubia)



Camu - Camu yang juga dikenali sebagai Myrciaria dubia, adalah buah yang tipikal di rantau Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas. Banyak kajian mendapati ia mempunyai kandungan Vitamin C hingga 60 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren! Disebabkan khasiatnya yang melimpah ruah, maka buah Camu - Camu mendapat jolokan SUPERFOOD. Rasa kagum kan bila baca kebaikan dan khasiat buah Camu - Camu ni sehingga mendapat jolokan Superfood.


Untuk pengetahuan korang, Camu - Camu atau dikenali dengan jolokan Superfood ini, turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan merokok!


Kebaikan Buah Camu-Camu: 


  • Menguatkan sistem imun

  • Antioksidan dan anti-radang

  • Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak

  • Menstabilkan tekanan darah tinggi

  • Merangsang penghasilan kolagen

  • Mengawal gula darah


  1. Vitamin D



Vitamin D sering diwar-warkan sangat bagus diamalkan untuk fungsi tulang yang kuat. Namun, kini saintis giat mengkaji dan telah menemui 3000 reseptor vitamin D di dalam badan, menyebabkan ia bukan hanya penting untuk tulang tetapi untuk keseluruhan badan. Malah, ia sangat penting di musim pandemik ini kerana ia membantu meningkatkan lapisan saluran pernafasan. Perokok adalah individu yang mudah mendapat keradangan pada bahagian paru-paru, sehingga boleh menyebabkan batuk yang teruk.


Sumber utama vitamin D dalam badan adalah dari matahari, namun beberapa faktor lain boleh mempengaruhi penyerapan vitamin ini seperti:


  • Warna kulit yang lebih gelap menyukarkan penyerapan cahaya matahari.

  • Cahaya matahari perlu kena terus kepada kulit tanpa halangan sunblock, pakaian, kaca, awan mendung, topi, etc. 

  • Hanya 10-20% sumber Vitamin D mampu dicapai dari sumber makanan mendedahkan ramai individu kepada kekurangan Vitamin D. 


Yang paling penting, ia menurunkan risiko kematian COVID19 sebanyak 700%! (Irish Journal of Medical Science, 2020).





  1. Vitamin C



Semua orang tahu akan kebaikan dan kelebihan mengamalkan vitamin C. Selain daripada untuk tujuan kesihatan, Vitamin C juga digunakan untuk kecantikan juga.

Mengikut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia, 57% pesakit COVID19 yang berada di ICU telahpun pulih dan dibenarkan discaj (tanpa komplikasi) setelah diberi dos vitamin C yang tinggi. Hanya 14% kematian dilaporkan di kalangan mereka yang diberi Vitamin C, yang nyata lebih rendah berbanding 71% kematian di kalangan mereka yang tak diberi Vitamin C.


Bukan sahaja di Malaysia, malah menurut Nutrition Journal (2021), lebih 82% pesakit COVID19 yang kritikal mempunyai paras Vitamin C yang rendah.  Vitamin ini dapat memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik. Sudah tentu pengambilan vitamin C ini boleh bantu elak jangkitan virus ini dan mengurangkan kesan virus terhadap mereka yang dijangkiti.


Bagi memastikan sistem imun sentiasa kuat, pengambilan vitamin ini mestilah dalam jumlah yang mencukupi. Vitamin C juga penting untuk merangsang pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan penyerapan zat besi.


Testimoni dari Pengguna Mengenai Eskayvie Diffenz


Korang boleh tonton sendiri video testimoni dari salah seorang pengguna Eskayvie Diffenz iaitu Encik Suhaimi Ismail.




SUHAIMI ISMAIL (49 TAHUN) – 75% Paru-Paru Rosak


Dari video testimoni di atas kita dapat lihat sendiri Encik Suhami yang berasal dari Terengganu berkongsi pengalaman beliau dijangkiti Covid-19 di mana jangkitan itu menyebabkan 75% paru-paru beliau rosak. Encik Suhaimi ikhtiar untuk kembali pulih dan sihat dengan mencuba produk Eskayvie Diffenz. Atas asbab mengamalkan produk Eskayvie Diffenz ini sangat membantu beliau kuat dan bertenaga.



Lindungi Diri dan Keluarga dengan Eskayvie Diffenz


Kesimpulannya, dalam musim Covid-19 yang masih menyelubungi negara kita, seharusnya kita mengambil langkah berjaga jaga untuk mengelakkan diri daripada jangkitan Covid-19. 


Selain daripada menjaga penjarakkan social, memakai pelitup muka dan memakai hand sanitizer, kita juga perlu melindungi tubuh badan kita agar sentiasa kuat dan sihat dengan mengambil vitamin tambahan untuk meningkat sistem imun badan kita. 


Antara produk yang diyakini boleh membantu tubuh badan sihat ialah dengan mengamalkan Eskayvie Diffenz untuk meningkatkan sistem imun badan dan melindungi diri serta seisi keluarga.



Oh ya, Eskayvie Diffenz bukan sahaja untuk orang dewasa malahan untuk kanak-kanak juga. Eskayvie Diffenz Junior diformulasikan khas untuk melindungi anak-anak dibawah 5 tahun yang masih belum menerima vaksin. 


Buat korang di luar sana yang mempunyai anak di bawah usia 5 tahun yang masih belum vaksin, disyorkan untuk cuba Eskayvie Diffenz Junior. Jangan lupa dapatkan set keluarga Eskayvie Diffenz bersama Eskayvie Diffenz Junior untuk melindungi paru-paru serta meningkat sistem imunisasi badan untuk diri sendiri dan keluarga tersayang.


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Eskayvie Diffenz boleh layari laman web dan media sosial di bawah:


Website: www.eskayvie.com

FB Page: Eskayvie Malaysia – https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official

Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/


Post a Comment

0 Comments