Pakar Pemasaran No. 1 Asia Kongsi Perspektif Cabaran Bisnes

 


Tahun 2022 adalah tahun yang cukup mencabar buat para usahawan. Jika sebelum ini, kita sering dengar pelbagai masalah dari sudut ekonomi negara dan sebagainya. Pada tahun 2022 ini, masalah berkaitan harga barang naik pula yang sering menjadi bualan.


Adakala peniaga menaikkan harga sesuka hati? Ataupun peniaga terpaksa mengikut harga pasaran? Tapi kenapa harga barang terlalu asyik naik jer. Itu persoalan atau rungutan? 



Pakar Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan iaitu Datuk Wira Dr Azizan Osman telah membuat satu perkongsian berkaitan hal ini. Jelas sekali, ramai usahawan tidak gembira dengan berita berkaitan kenaikan harga sekaligus merasa terbeban. 




#1  Bisnes Tak Mudah Bila Harga Barang Sudah Naik


“Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.


Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.


Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.”



Benar kata Datuk Wira Dr Azizan Osman, makin berisiko bisnes apabila melibatkan hal-hal pasaran kerana jika usahawan tak cukup ilmu tentang kajian pasaran, sukar untuk menaikkan produk dalam pasaran. Kajian pasaran melibatkan beberapa perkara termasuk kajian pasaran produk, lokasi dan banyak lagi. Ini pula melibatkan harga. Hati-hati usahawan semua!



#2 Tak Nampak Perjalanan Bisnes 



“Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.


Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.”



Bisnes perlu ada matlamat dan jelas. Bukan sahaja orang yang kena ada matlamat dan big why tetapi matlamat untuk bisnes itu sendiri wajib ada. Kes usahawan Cina ini menjadi sukar kerana beliau tidak nampak apa perlu buat seolah tidak tahu apa yang ingin dicapai. 


Mungkin dari bibir dan kehendak, mereka tahu apa yang ingin dicapai, tetapi dari segi pemasaran mereka tidak tahu cara untuk capai matlamat tersebut. Ini adalah cabaran bisnes ramai usahawan alami.


#3  Bisnes Tak Jadi Jika Dilakukan Seperti Biasa


Imej via [Harian Metro]



“Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?


Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.


Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!


Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.


Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.”




Cuba bayangkan jika sekarang jumlah jualan hanya 10 ribu, ditambah dengan cabaran bisnes yang ada termasuk pesaing terlalu ramai, pemasaran tidak dimaksimalkan, maka jumlah jualan tak mungkin akan meningkat. Malah bisnes boleh ‘mati’ atau ‘pupus’ bak kata Datuk Wira.


#4  Manfaatkan Ilmu Dan Mentor Dengan Lebih Agresif


“Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.


Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.


Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.


Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.


Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.”



Richworks sebagai syarikat bimbingan usahawan komited melahirkan usahawan berjaya. Seperti mana komited nya mereka membimbing usahawan, begitulah penting usahawan untuk komited belajar dan bermentor. 


Bagi kumpulan usahawan Titanium yang telah berjaya mencapai jumlah jualan lebih dari 1 juta setahun, mereka masih lagi fokus untuk berbisnes dengan lebih baik. Jika kita yang biasa-biasa ni baru bermula bisnes, takkan kita tak nak belajar dan bermentor?



#5 Jika Malas Dan Lambat, Anda Rugi Dan Ketinggalan




“Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?


Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.


Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.


Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.”



Sudah ada ilmu, terus kena buat tindakan. Jika tak bertindak, kita akan gagal kerana tak mencuba. Biar kita gagal dan belajar dari kesilapan untuk berjaya. Jika kita rasa bisnes kita terlalu lambat berkembang, ada perkara yang tak kena sebenarnya. Takut terlambat dan ketinggalan bak kata Datuk Wira Dr Azizan Osman.



Jangan Risau, Datuk Wira Dr Azizan Osman Buat Program Percuma Untuk Anda



Dengan apa yang dikongsikan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman, terdapat 10 perspektif cabaran bisnes wajib usahawan tahu. Semuanya akan dikongsikan dalam Program Live Session bersama Datuk Wira pada hari Ahad, 8 Pagi.


Peluang ini adalah untuk anda semua yang bergelar usahawan biarpun berniaga dari rumah atau kecil-kecilan sahaja. Inginkan bisnes berkembang dengan berjaya, jom kenali punca dan cara jadikan bisnes anda berjaya.


Klik Dan Sertai Sekarang!


Masa: 8 Pagi

Hari: Ahad

Channel: Telegram Azizan Osman Official

Post a Comment

1 Comments

  1. perkongsian yg bukan calang-calang. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com