6 Cara Pilih Mentor Perniagaan Untuk Berjaya

6 Cara Pilih Mentor Perniagaan Untuk Berjaya

 



Enam cara pilih mentor perniagaan untuk berjaya | Dewasa ini, memulakan perniagaan adalah mudah tetapi mengembangkan perniagaan memerlukan bantuan dan kekuatan mental dan fizikal. 


Untuk mengembangkan perniagaan juga adalah sukar sekiranya kita tidak tahu apa yang terbaik untuk dilakukan. Penting bagi kita mempunyai mentor peniagaan.  Mentor adalah sebagai rujukan, penasihat dan guru yang boleh membimbing serta memberitahu kita apa yang perlu kita lakukan dan bagaimana kita perlu selesaikan sesuatu perkara dalam perniagaan.


Sekiranya anda usahawan yang belum mempunyai mentor perniagaan, jom lihat 6 cara pilih Mentor perniagaan berjaya yang berkesan.

6 Tips Pilih Mentor Bisnes | Usahawan Perlu Ada Mentor


1. Selidik latar belakang Mentor tersebut dahulu 

2. Pastikan Mentor atau guru perniagaan tersebut dikenali dan diyakini ramai

3. Mentor mempunyai pengalaman membimbing usahawan sehingga berjaya

4.Mentor mempunyai rangkaian perniagaan yang besar dan boleh membantu mengembangkan perniagaan anda

5. Mentor mempunyai ilmu yang luas untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia dan juga luar negara secara global

6. Mentor mendapat pengiktirafan sebagai pakar dalam pemasaran kepimpinan dan lain-lain lagi


Berikut adalah ciri-ciri Mentor yang berjaya usahawan boleh pilih. Dengan ciri-ciri yang dinyatakan, sebenarnya terdapat seorang Mentor perniagaan usahawan yang dikenali ramai. Mungkin dia orangnya!


Datuk Wira Dr Azizan Osman merupakan pakar pemasaran nombor 1 di Asia dan Mentor usahawan Malaysia yang sangat berkaliber. RichWorks International Sdn Bhd adalah syarikat keusahawanan yang menganjurkan kelas aktiviti dan program keusahawanan secara percuma dan juga premium. 


Nilai yang mereka berikan sangat tinggi kerana mereka telah berjaya menghasilkan ratusan usahawan jutawan dalam masa enam bulan sehingga tiga tahun berniaga sahaja. Sangat berbaloi dan berjaya jika kita komited untuk belajar dalam program Mentoring RichWorks.



Kisah Datuk K Mendedahkan Perubahan Asyraf 



Telah mencapai 15 ribu penonton dalam masa beberapa jam sahaja, video ucapan Datuk K itu telah menjadi bualan hangat. Ucapan yang dibuat pada majlis hari jadinya sewaktu makan malam diadakan adalah ditujukan kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman yang turut dijemput pada malam itu.




Jom lihat antara petikan yang di ucapkan oleh Datuk K berkaitan anaknya Ashraf dan juga Datuk Wira Azizan Osman.


“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. 


“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya. 


“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan.”



Perubahan Asyraf Kerana Dibimbing Azizan Osman


Dengan perubahan yang berlaku kepada Asyraf, Datuk K sendiri menyedari dan meluahkannya dalam ucapan beliau. Beliau juga berterima kasih kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman kerana telah membimbing anaknya Asyraf dalam perniagaan dan kehidupan. 


Kata Asyraf pula, Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah Mentor terbaik pilihannya kerana bukan sahaja beliau dapat belajar tentang bisnes, tetapi juga berkaitan hal kehidupan. Pengalaman mentor ini sangat mahal. 



Asyraf juga berkongsi beliau menjadikan perubahan yang lebih berjaya ini untuk membanggakan ayahnya. Bak kata Datuk K sendiri, dahulu Asyraf nakal dan tidak berjaya, sukar dibentuk untuk mengorak langkah kerjaya. Kini, Asyraf telah buktikan kejayaan dalam perniagaan dan kehidupan. Ujar Asyraf pada malam itu,


"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.” 


"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik.”


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”


"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini.”



Asyraf Puji Bimbingan Azizan Osman Terhadap Kumpulan Usahawan


Tonton Video di sini:






Seperti kita semua tahu, Datuk Wira Dr Azizan Osman membimbing ramai usahawan. Salah satu kumpulan adalah Titanium RichWorks. Ahli Titanium RichWorks berjaya membuat jualan jutaan ringgit, tetapi nilai mereka sangat baik. 


"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujar Asyraf memandangkan beliau berpengalaman bersama-sama dengan kumpulan Titanium sehinggalah sekarang. 


Amat rugi jika sudah ada mentor yang berjaya, tetapi kita tidak ikut dan belajar dengan mentor perniagaan tersebut.


Pesanan Dari Datuk K Buat Usahawan 



Penutup daripada Video yang penuh inspirasi dari Datuk K, Asyraf dan Azizan Osman itu, Datuk K turut memesan kepada usahawan untuk terus saling bantu mencapai kejayaan.



“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” Ujar Datuk K.


Jom dapatkan info lanjut berkaitan Datuk Wira Dr Azizan Osman di www.richworks.com. Anda juga boleh sertai telegram Azizan Osman Official untuk info dan ilmu percuma, jom lihat sendiri ratusan usahawan jutawan hasil didikan Azizan Osman di https://t.me/AzizanOsmanOfficial .



1 Comments

  1. kagum dgn nilai dan value yang diajar or Dr Azizan ni. patutlah ramai yg berjaya. tahniah asyraf

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
Mimie