CulinarySchools.Org Game Online Uji Kemahiran Dalam Bidang Kulinari

CulinarySchools.Org Game Online Uji Kemahiran Dalam Bidang Kulinari | Hai korang! Siapa kat sini suka main game online masak masak? Angkat tangan! Mimi salah seorang peminat culinary game tau. Kalau tengok kat handphone memang penuh game jenis masak masak. Jadi ralit bila bermain permainan masak masak ni.



Kalau korang kaki game masak masak boleh cuba pelbagai jenis game masak masak di Culinary Schools. Game di Culinary Schools ni bukan sahaja untuk anak anak, kita yang mak mak ni pun boleh join main sekali tau. Yang seronoknya main game di sini tiada satu iklan pun yang ganggu konsentrasi semasa bermain game. Jadi, memang akan jadi seronoklah main game tanpa gangguan.

Ada lebih 150 pilihan game yang korang boleh cuba main dan dibahagikan dengan beberapa kategori. Semua game yang disediakan sangat sesuai untuk semua golongan umur.

Paling best, semua game di Culinary Schools ni sangat mesra pengguna di mana ia boleh dilayari menggunakan handphone dan juga laptop. Setiap game akan dibuka dalam tab baharu. Jadi, bertambah  seronoklah main game yang berbeza dalam masa yang sama.

Banyak kategori game yang boleh korang main bersama anak anak iaitu :

Cooking and Kitchen Work - track multiple tasks in the kitchen and learn how to follow a basic recipe

Food Education Games - learn about healthy foods versus unhealthy foods & recycle waste

Serving Eaters - make sandwiches or play a waiter

Farming - familiarizes players with farms, farm animals and farming.

Antara game yang Mimi dan anak dah cuba main ialah :

1) The Boiled Eggs


The Boiled Eggs ini merupakan game paling mudah untuk bermain dengan anak anak. Korang kena rebus telur dalam beberapa periuk yang berbeza pada masa yang sama perlu kawal suhu periuk dan selaras mengikut keperluan. Permainan ini agak mudah tetapi ia menunjukkan bagaimana seseorang yang bekerja di dapur perlu mengawal dan memantau suhu ketika bekerja dalam waktu yang sibuk. Tahap kesukaran permainan ini meningkat daripada satu periuk keapda enam periuk yang perlu dikawal suhunya. Permainan ini sangat menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur.

2) The Amazing World of Gumball Water Sons


The Amazing World of Gumball Water Sons ialah permainan teka teki yang mempunyai 30 peringkat dinmana Gumball dan Darwin bekerjasama untuk membantu menghidratkan rakan mereka. Tekan suis dengan hatununtuk mengosongkan laluan bagi membolehkan belon air sampai kepada kawan kawan yang dahaga. Permainan ini sangat bagus dalam mendidik anak anak akan kepentingan menggalakkan anak anak kekal terhidrat dan kepentingan minum air.  

3) Burger Time


Burger Time permainan yang memerlukan pemain menyediakan burger pada satu masa dengan bahan bahan yang perlu diletakkan mengikut susunan seperti di dalam gambar. Kalau salah buat boleh buang pesanan ke dalam tong sampah dan klik tanda semak untuk beri pesanan burger kepada pelanggan. Setiap pelanggan yang berpuas hati dengan layanan akan memberi tip. Jika tidak, pelanggan akan meninggalkan pesanan sekiranya pesanan dibuat salah dan terlalu ambil masa yang lama. Ada juga versi permainan lain yang boleh korang kain iaitu Crazy Cooking Chef dinmana permainan ini agak pantas dan sangat bagus untuk anak anak korang darjah lima dan enam.

4) Bugs Bunny Carrot Chase


Bugs Bunny Carrot Chase ialah permainan menuai lobak dimana pemain perlu membantu Bugs Bunny mengambil seberapa banyak lobak yang boleh tanpa dikesan oleh Yosemite Sam. Klik kiri dan seret tetikus untuk bergerak ke kiri atau kanan. Leret ke atas untuk menarik lobak merah dan leret ke bawah untuk bersembunyi di dalam lubang. Yosemite Sam bergerak ke sana ke mari dan secara berkala merenung lobak merah. Apabila dia melihat petak tepat di bawahnya bersama-sama dengan petak di kedua-dua belahnya. Bahagian atas skrin mempunyai dua meter yang menunjukkan berapa banyak matlamat penuaian hari ini yang telah dicapai dan sejauh mana pemain berada pada hari semasa.

Other Fun Food-themed Games - described by category below.

Setiap game yang ada di website ini mengikut kategori berbeza sesuai dengan umur anak anak korang. Boleh pilih game yang paling mudah hingga yang paling mencabar tau.

Ini antara game yang boleh anak anak korang boleh cuba untuk uji minda dan kecekapan mereka ketika bermain :


Paling best di Culinary Schools ni bukan sahaja ada game online tapi website ini juga ada infomasi lain  yang sangat berguna dan bermanfaat. Memandangkan sekarang ni Mimi sibuk jaga kesihatan dan dalam usaha turunkan berat badan, jadi website ini sangat membantu Mimi sebab ada Weight Loss Calculator, Body Fat Calculator dan juga Workout Calculator.



Teruja pula Mimi sekejap dibuatnya. Memudahkan kerja sungguh nak kira dan pantau sejauh mana Mimi jaga kesihatan dan workout yang dilakukan. Nak capai size S bukan mudah ya! Jadi, website ini sangat membantu seorang Mimi.

Selain daripada itu, jika ada di kalangan ahli keluarga korang yang mempunyai minat dalam bidang kulinari, website ini juga disediakan career information yang berkaitan dengan dunia kulinari seperti Type of Chefs, Chef Careers, Kitchen Staff, Job Market dan sebagainya. banyak informasi yang berguna dan sangat membantu untuk mengenali lebih mendalam bidang kulinari ini.

Tunggu apa lagi? Jom, main masak masak percuma di culinaryschools.org sekurang kurang terisi masa lapang korang dengan bermain pelbagai game online yang mencabar dan menyeronokkan!

Post a Comment

0 Comments