Percutian Ke Grand Lexis Port Dickson Pengalaman yang Menyeronokkan


Percutian Ke Grand Lexis Port Dickson Pengalaman yang Menyeronokkan | Hai korang! Sejak rentas negeri dibenarkan, Mimi belum berkesempatan lagi nak vacation kat mana mana. Ada juga plan dengan kawan sepejabat nak bercuti ke Langkawi tapi terpaksa cancel atas kekangan masa dengan kesibukan masing masing dengan tugas. 

 

Mimi ni sejenis kalau nak bercuti kena plan tak pandai nak main terjah macam tu saja tau. Tapi bila tengok kawan kawan bercuti ke sana sini cemburu pula hahaha. Tapi itulah belum berkesempatan nak plan bercuti. 

 

Bercuti bukan saja nak berseronok sampai tak ingat dunia tapi bercuti juga sangat membantu kita release tension bila terlalu penat bekerja, belajar mensyukuri nikmat yang diberikan Tuhan selain daripada berkongsi pengalaman dan tips dengan kawan kawan. 




 

Bila tengok kawan kawan seronok bercuti dengan kawan kawan tiba tiba teringat pengalaman percutian ke Grand Lexis Port Dickson tahun lepas. Satu pengalaman yang menyeronokkan terutama sekali anak-anak. Masa tu baru lepas PKP, jadi bila pelbagai sektor dibuka untuk jana ekonomi, masing masing memang takkan lepaskan peluang untuk bercuti.

 

Dah lama berkurung dalam rumah siapa je tak bosan. Bila dah tamat PKP terus Mimi plan nak bawa anak-anak bercuti. Anak-anak memang seronok tak terkata lah dapat bercuti. Nak nak bila dapat tahu dalam bilik tu ada private pool lagi lah anak- anak teruja. 

 

Kebetulan Grand Lexis ada buat tawaran pakej murah apa lagi grab cepat-cepatlah. Terus Mimi plan tarikh bila nak bawa anak-anak bercuti. Dah pilih tarikh terus booking. 

 

Tiba hari nak bercuti tu, anak-anak memang excited sangat. Sampai saja Grand Lexis waktu nak check in kena tunggu giliran dan kena jaga penjarakkan sosial. Taklah lama sangat nak tunggu turn check in walaupun ramai orang. Dah selesai check in tu terus keluar beli pelampung anak anak dan cari makan.




 

Selesai makan terus check in bilik. Anak-anak bila masuk je bilik terus teruja bila tengok pool dalam bilik. Apalagi masing masing tak sabar nak terjun pool dengan pelampung. Nampak anak-anak happy dan seronok percutian di Grand Lexis Port Dickson. 




 

Bila terimbau kenangan dan kegembiraan anak anak mandi manda di pool terus rasa nak plan short vacation. Erm kali ni nak plan bawa anak-anak pergi Kuala Lumpur pula. Diorang sibuk nak pergi Aquaria. 

 

Memandangkan sekarang ni banyak hotel promo  yang ditawarkan. Rugi kalau tak grab hotel promo, boleh dapat harga bilik murah dengan percutian yang mewah. Dari situ dah jimat banyak, betul tak? 

 

Anak-anak dah asyik berzikir nak pergi Aquaria, sambil layan Instagram Mimi cari hotel-hotel yang menarik di Kuala Lumpur. Jadi rambang sekejap cari hotel in Kuala Lumpur ni. Banyak hotel yang menawarkan promosi dan kemudahan yang disediakan juga bagus. Walaupun banyak hotel yang terdapat di Kuala Lumpur, Mimi kena ambil kira faktor keselamatan dan keselesaan. 

 

Ada beberapa hotel in Kuala Lumpur  yang Mimi suka tapi sebelum pilih mana yang betul betul berkenaan kena baca review daripada orang lain yang pernah menginap di hotel yang Mimi pilih tu. Kenalah pilih hotel terbaik antara yang terbaik. Dah plan nak bercuti kena all out kan. Pastikan semua plan menjadi dan berjalan dengan lancar. 

 

Korang yang masih belum bercuti lagi dan ada plan nak bercuti sekarang ini masa yang sesuai nak bercuti. Anak anak cuti sekolah kan, dah boleh plan nak bawa diorang bercuti. Seronok, seronok juga tapi jangan sampai lupa jaga kesihatan dan keselamatan. Yang penting jaga penjarakkan, handsanitizer dan mask jangan di lupa! 


Post a Comment

3 Comments

  1. mesti seronok dan enjoy sangat kat sini.

    ReplyDelete
  2. aww comey baby.. seronok nya kat lexis. pool tu privacy sgt

    ReplyDelete
  3. Syoknya mandi kolam. Tak pernah lagi ke Grand Lexis. Hari tu cuba Lexis Hibiscus.

    Next year bolehlah masuk dalam list

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com