Angin dalam Perut? Ini 7 Cara Mudah Buang Angin Dalam Perut

Angin dalam Perut? Ini 7 Cara Mudah Buang Angin Dalam Perut | Hai semua! Angin dalam perut? Siapa je yang tak pernah alami angin dalam perut, betul tak? Dari baby sampai ke orang dewasa pasti pernah alami angin dalam perut. 

Punca utama kepada angin adalah cara pemakanan yang tidak sihat dan cara hidup yang tidak sihat. Pengumpulan gas dalam tubuh adakalanya boleh menyebabkan perut kembung dan sakit. 

Bila ada angin dalam perut nak buat apa pun tak jadi sebab rasa tidak selesa dan sakit pada perut. 

Selagi angin dalam perut tu tak keluar selagi tu lah rasa sakit takkan berkurang. Angin dalam perut ni tak boleh bawa bincang sakitnya. Mencucuk cucuk dan bisa rasanya kan. 

Baca ini : 

6 Nutrisi Utama Diffenz Junior Yang Baik Untuk Perkembangan dan Tumbesaran Kanak-Kanak

Petua atau Cara Menghilangkan Kesan Turun Warna Pada Baju Berwarna

Anjalkan Kulit dan Kurangkan Dagu Berlapis dengan Rangkaian Baharu Antipenuaan dan Menganjal Safi Youth Gold


Bila alami angin dalam perut apa perlu kita lakukan? Jom ikuti 7 cara mudah buang angin dalam perut. 


Angin Dalam Perut? Ikuti 7 Cara Mudah Buang Angin Dalam Perut


1. Yoga 

- Yoga berasal daripada sanskrit kuno "yuj" yang membawa maksud memyatukan, menyambungkan dan menggabungkan. Ini kerana yoga merupakan aktiviti yang menyatukan keseimbangan di antara kesihatan tubuh badan dalam aspek fizikal dan mental. Ada 6 teknik yoga yang boleh membantu melancarkan proses buang angin iaitu Child Pose, Lututke Dada, Happy Baby Pose, Membongkok ke Hadapan, Squat dan Memusingkan Perut. 


2. Cuba bergerak atau berjalan lebih banyak - Cara ini sangat praktikal dilakukan jika mengalami angin dalam perut. Jangan hanya duduk sahaja kerana ia akan menambahkan sakit di dalam perut. Cuba cari kawasan atau tempat yang tiada orang dan bergerak atau berjalan banyak kali. Kalau angin terkeluar sekurang kurangnya kita tak rasa segan dan malu. 


3. Sapu minyak angin atau pati pada perut - Kaedah ini memang menjadi kebiasaan kita semua akan lakukan. Ada banyak jemis minyak angin yang digunakan untuk melegakan rasa sakit perut akibat angin. Tak kisahlah apa pun jenis minyak angin yang digunakan, asalkan membanyu melegakan angin dalam perut. 


4. Pengambilan probiotik - Probiotik digelar bakteria 'baik' kerana memberi faedah kesihatan yang positif apabola diambil dalam jumlah yang mencukupi. Sekarang ni ada banyak jenis suplimen probiotik yang dijual dan boleh korang dapatkan di farmasi berdekatan. Pengambilan probiotik membantu mengekalkan keseimbangan mikrobiota usus yang mebambahbaik kesihatan oenghadaman dan kesihatan secara menyeluruh. 


5. Urut perlahan perut dan abdomen - Salah satu cara yang sangat membantu untuk membuang angin dalam perut. Urut perlahan perut dan abdomen dengan minyak angin untuk keluarkan angin dalam perut dan juga badan. Cara yang praktikal dilakukan untuk semua leringkat umur. 


6. Mandi dengan air suam atau air panas - Mandi dengan air suam atau air panas juga dapat membantu membuang angin di dalam perut. 


7. Elakkan tabiat mengunyah gula gula getah - Makan gula gula getah atau chewing gum ni memang best tapi ia boleh menyebabkan korang mengalami angin dalam perut. Ini kerana tabiat mengunyah gula gula getah menyebabkan udara teelalu banyak ditelan dan sekaligus menyebabkan angin dalam perut. 


Sumber : Telegram Dr Samhan (Official) dan Metro

Post a Comment

16 Comments

  1. Good sharing mimi.. Blh praktikkan kat mr hubby akak..dia selalu kena masalah angin dlm perut ni...

    ReplyDelete
  2. bila byk angin dlm perut terus rasa x selesa. kalau di rumah buleh gak baring2. jika d sek memang tahan je la...

    ReplyDelete
  3. kita lah selalu sangat masuk angin.nak-nak kat perut ni hah.Kemain berbunyi macam kena gendang dah..Nanti nak la cuba tips kat atas ni..tq sharing tau

    ReplyDelete
  4. Bila angin banyak dalam perut menyebabkan tak selesa. Biasa sapu minyak angin, tak tahu pula ada benda lain boleh kurangkan juga. thanks for sharing the info.

    ReplyDelete
  5. Memang tak jadi kerja kalau kena angin dalam perut ni. Moody sepanjang hari jadinya.

    ReplyDelete
  6. dah lama tak mengunyah chewing gum...

    ReplyDelete
  7. Suami kerap mengalami angin dalam badan hingga susah nak bernafas nnt boleh cuba cara mengatasi diatas

    ReplyDelete
  8. Tak selesa bila perut berangin. Pernah kena perut kembung, kentut atau sendawa tak keluar masa tu. Memang berguling je la jawabnya...

    ReplyDelete
  9. cik en skrg yg mana makanan berangin mmg xleh makan dah.. even dah buatt tips keluarkan angin.. huhu.. so mmg kena elakkan.. tp tips ini bagus.. untuk mereka yg ada masalah angin

    ReplyDelete
  10. Thank you share tips ni. Selalu sapu unat je kalau perut masuk angin

    ReplyDelete
  11. Akak selalu angin. Boleh cuba tips mimi ni

    ReplyDelete
  12. bila perut tak selesa, nak buat kerja pun tak senang

    ReplyDelete
  13. Tips yang menarik.. dalam banyak² tu minum minuman kultur boleh redakan angin dalam perut...

    ReplyDelete
  14. Thank for ur tips mimi..memang berguna sgt ni…sakit kalau angin dalam perut ni..nak buat apa pun serba taknkena

    ReplyDelete
  15. Selalu sangat kena angin sampai terpaksa makan ubat dari klinik. Kadang tu, anginnya jenis yang mencucuk-cucuk tangkap ulu hati. Memang perit kalau kena.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com