6 Nutrisi utama Diffenz Junior Yang Baik Untuk Perkembangan dan Tumbesaran Kanak-Kanak


Hai dan Assalamualaikum. Saat anak membesar merupakan perkara yang perlu diberikan perhatian oleh ibu bapa. Mereka amat memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk kekal sihat dan aktif menjalani aktiviti harian. Meskipun tubuh mereka memerlukan khasiat yang sama seperti orang dewasa, namun kuantiti yang diperlukan adalah berbeza.

Kanak-kanak adalah antara golongan yang mudah terdedah dengan jangkitan kuman dan virus kerana mereka masih belum mempunyai antibodi dan sistem imun badan yang mencukupi.



Terdapat banyak faktor dan punca kekurangan nutrisi di kalangan kanak-kanak, di antaranya:

  1. Suka makan makanan segera, junk food dan tak makan sayur & buah
  2. Picky eater atau memilih dalam bab makan
  3. Tidak aktif dan leka dengan gajet

Tahukah korang? Trend masalah tumbesaran dan obesiti melibatkan kanak-kanak di Malaysia sangat membimbangkan ketika ini. 

Malaysia menduduki tangga ketiga teratas di Asia mencatatkan peratusan tertinggi bagi obesiti kanak-kanak dengan nisbah 1:5 kanak-kanak mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Kajian NHMS pada tahun 2015 mendapati sebanyak 11.8 peratus kanak-kanak berusia bawah 18 tahun mengalami obesiti. Berdasarkan data ini, seramai 1.65 juta kanak-kanak di Malaysia yang bersekolah dijangka mengalami obesiti menjelang 2025 sekiranya kita tidak mengambil sebarang tindakan.

Di luar pengetahuan kita, kadar kebantutan dalam kalangan kanak-kanak negara ini berada pada 20.7 peratus iaitu lebih tinggi daripada kadar 7.4 peratus di Tebing Barat dan Gaza yang dibelenggu konflik keganasan.



Keadaan ini menyebabkan daya ketahanan tubuh dan tumbesaran mereka terganggu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah kebantutan bukan semata-mata berkaitan masalah ketinggian, tetapi ia juga satu petanda kesihatan berpunca daripada malnutrisi (kekurangan nutrisi), jangkitan berulang kali dan kurang stimulasi psikososial. 

Dalam jangka masa pendek, kebantutan boleh meningkatkan risiko kematian dan morbiditi (berpenyakit). Daya pertahanan tubuh yang kuat juga sangat penting dan salah satu caranya adalah dengan memastikan anak-anak ini mendapat sumber vitamin dan mineral yang lengkap.

Sebagai seorang ibu, Mimi amat mementingkan apa yang anak-anak makan setiap hari. Mini akan pastikan anak-anak ini mendapat nutrisi yang mencukupi dengan makan makanan yang berkhasiat dan seimbang seperti perbanyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, daging dan masakan yang tidak tinggi gula dan garam. 

Walau bagaimana pun ada juga kadang-kadang kita tidak sedar, makanan yang anak-anak ini ambil tidak memenuhi nutrien yang badan perlukan. Mungkin kerana pelbagai faktor antaranya kualiti makanan berkurangan kerana proses penanaman (racun perosak, baja), pembungkusan, pengangkutan, simpanan atau bahan masakan yang dibasuh secara berlebihan dan sebagainya menjadikan makanan ini kehilangan zat dan khasiatnya. 

Kanak-kanak yang kekurangan nutrisi yang mencukupi tidak mempunyai sistem imun dan antibodi yang sihat dan kuat dan ini akan menyebabkan mereka ini mudah terdedah dengan penyakit. Lagi-lagi ketika ni Covid-19 melanda negara kita dan seluruh dunia. Pentingya sistem imun dan antibodi yang kuat untuk mengelakkan mereka ini terkena jangkitan.

Jadi, sebagai persiapan korang sebagai ibu bapa perlulah sentiasa pastikan anak-anak korang mempunyai

  • Nutrisi yang seimbang dan lengkap
  • Badan sentiasa cergas dan bertenaga
  • Paru-paru yang bersih dan kuat
  • Sistem imun badan yang mantap

Gabungan Kolostrum, Multivitamin dan Mineral, Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-Camu, Vitamin C & D Menyokong Tumbesaran Dan Sistem Imun Anak


Diffenz Junior keluaran Eskayvie merupakan produk suplemen tambahan yang dihasilkan khas untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun untuk menyokong perkembangan dan tumbesaran mereka kerana bahan-bahan yang digunakan mampu meningkatkan sistem Imun dan menyokong tumbesaran kanak-kanak.

Diffenz Junior mengandungi 6 nutrisi penting di dalam 1 tablet berperisa oren yang pasti akan digemari kanak-kanak dengan harga yang berpatutan dan mampu dibeli oleh ibu bapa.

Pengenalan tentang Diffenz Junior oleh Dr Syid


Banyak kajian yang telah membuktikan bahan-bahan di dalam Diffenz Junior mampu membantu meningkatkan sistem imun, melindungi daripada jangkitan penyakit dan menyokong tumbesaran yang sihat untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun.

Disini Mimi senaraikan 6 bahan yang ada dalam Diffenz Junior.

Kolostrum

Kolostrum adalah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia turut dikenali sebagai cecair emas dan amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor). Selain itu, ia juga membantu 

  • meningkatkan sistem imun badan 
  • melindungi daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan 
  • kesan anti-mikrob dan anti-virus
  • melindungi daripada jangkitan sistem pernafasan dan cirit birit 
  • menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat

Multivitamin dan mineral (highlight)



Multivitamin dan mineral adalah nutrisi yang mengandungi banyak vitamin dan mineral tertentu. Ia bertindak untuk memenuhi jurang pemakanan (kekurangan vitamin atau mineral yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum). Masalah kekurangan nutrisi ini biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang memilih makan atau picky eater. Multivitamin dan mineral ini dapat membantu,

  • melengkapkan keperluan nutrisi
  • menyokong penglihatan 
  • merangsang sistem imun badan (immunomodulatory) 
  • melindungi diri daripada jangkitan 
  • membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak
  • membantu dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf 

Cendawan Susu Harimau (Lignosus Rhinocerus)


Cendawan ini diiktiraf sebagai Harta Karun Negara dan amat sukar didapati pada masa kini. Menurut cerita orang-orang tua dahulu, nilai cendawan ini sangat mahal kerana ia hanya akan tumbuh daripada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan.Cendawan jenis eksotik ini amat berkhasiat bagi menguatkan sistem imun daripada jangkitan kuman dan virus. Uniknya cendawan susu harimau ni adalah ia tak tumbuh secara berjemaah macam cendawan yang lain, sebaliknya ia tumbuh secara sendirian.

Tempoh masa untuk cendawan ni membesar memakan masa bertahun lamanya, menjadikan cendawan yang tumbuh di lereng bukit Hutan Khatulistiwa ini sangat ‘rare’ dan susah diperolehi. Harganya juga boleh mencecah sehingga ribuan ringgit! Cendawan Susu Harimau mula giat dikaji apabila pada tahun 2002, Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia, mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya bertahun-tahun dapat diubati dengan cendawan ini. 

Cendawan Susu Harimau ini adalah khazanah negara yang sukar didapati dan sangat mahal harganya ya. Jadi, Eskayvie Diffenz Junior ini telah diformulasikan untuk memudahkan anda mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah hutan. 

Kebaikan:

  • Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.
  • Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.
  • Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar. 
  • Menguatkan sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.
  • Digunakan secara tradisional untuk merawat symptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, alergi sinus dan asma.

Buah Camu - Camu (Myrciaria Dubia)


“Digunakan bagi tujuan perubatan oleh penduduk asli Amazon sejak lebih 700 tahun dahulu”

Camu-camu, yang juga dikenali sebagai Myrciaria dubia, adalah buah yang tipikal di rantau Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas. Banyak kajian mendapati ia mempunyai kandungan Vitamin C hingga 60 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren! Disebabkan khasiatnya yang melimpah ruah inilah maka buah camu-camu ini mendapat jolokan SUPERFOOD.

Superfood ini turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan merokok! Bukan hanya mengandungi Vitamin C, superfood ini mengandungi banyak mineral yang mampu menguatkan sistem imun badan seperti Zinc, Magnesium dan Manganese.

Kebaikan: 

  • Menguatkan sistem imun
  • Antioksidan dan anti-radang
  • Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak
  • Menstabilkan tekanan darah tinggi
  • Merangsang penghasilan kolagen
  • Mengawal gula darah

Vitamin D

Jika dulu vitamin D sering diwar-warkan untuk fungsi tulang yang kuat. Namun, kini saintis giat mengkaji dan telah menemui 3000 reseptor vitamin D di dalam badan, menyebabkan ia bukan hanya penting untuk tulang tetapi untuk keseluruhan badan. Malah, ia sangat penting di musim pandemik ini kerana ia membantu meningkatkan lapisan saluran pernafasan. Perokok adalah individu yang mudah mendapat keradangan pada bahagian paru-paru, sehingga boleh menyebabkan batuk yang teruk.

Malah, ada golongan tertentu yang berisiko kekurangan vitamin ini seperti wanita berhijab, individu yang mempunyai penyakit kronik, kanak-kanak, wanita hamil dan menyusu serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas. 

Walaupun Malaysia merupakan negara yang mempunyai sinar matahari mencukupi, namun, 67.4% rakyat Malaysia mempunyai masalah kekurangan vitamin ni. Walhal, ia sangat penting untuk mengawal selia sistem imun, membantu kawalan gula darah, kekuatan tulang dan banyak lagi. Sumber utama vitamin D dalam badan adalah daripada matahari, namun ada beberapa faktor lain yang boleh mempengaruhi penyerapan vitamin ini seperti,

Warna kulit yang lebih gelap menyukarkan penyerapan cahaya matahari.

Cahaya matahari perlu kena terus kepada kulit tanpa halangan sunblock, pakaian, kaca, awan mendung, topi, etc. 

Hanya 10-20% sumber Vitamin D mampu dicapai daripada sumber makanan mendedahkan ramai individu kepada kekurangan Vitamin D. 

Vitamin C


Vitamin ini dapat memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik. Sudah tentu pengambilan vitamin C ini boleh bantu elak jangkitan virus ini dan mengurangkan kesan virus terhadap mereka yang dijangkiti.

Namun, badan tak mampu menghasilkan Vitamin C atau menyimpannya secara efisien kerana ia adalah vitamin larut air. Ia boleh didapati daripada pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayuran ataupun melalui makanan tambahan yang berasaskan vitamin C. 

Walaupun pengambilan makanan telah seimbang, tetapi penyerapan vitamin dan nutrisi masih bergantung kepada kadar penyerapan nutrisi tersebut yang mana bukan semua vitamin C daripada dalam makanan akan diserap ke dalam badan. Pengambilan vitamin C yang mencukupi daripada makanan boleh didapati melalui sekurang-kurangnya 5 hidangan buah segar dan sayuran, dengan syarat, 2 hidangan daripada makanan tadi adalah tinggi dengan vitamin C dan perkara ini agak mustahil untuk sesetengah individu. Situasi ini menjadikan pengambilan suplemen vitamin C amat diperlukan masa kini.

Bukan itu sahaja, cara masakan juga menyebabkan vitamin C di dalam sayuran berkurangan sekitar 13-60% menyebabkan semakin ramai yang tidak mendapat bekalan vitamin C yang cukup. Jika kita tidak mengambil vitamin C dengan cukup, anda akan berhadapan dengan masalah kekurangan vitamin C seperti gusi berdarah atau skurvi, kulit kering, sakit sendi, mudah dijangkiti penyakit dan luka lambat sembuh.

Bagi memastikan sistem imun sentiasa kuat, pengambilan vitamin ini mestilah dalam jumlah yang mencukupi. Vitamin C juga penting untuk merangsang pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan penyerapan zat besi.

Dapatkan Diffenz Junior Untuk Perlindungan Terbaik Anak-Anak



Sebagai ibu bapa yang nak anak-anak membesar dengan sihat dan aktif setiap hari, Mimi memang sarankan untuk korang dapatkan Diffenz Junior ni untuk anak-anak korang. Lagi-lagi waktu sekarang ni anak-anak dah mula dihantar ke tadika atau taska. Mereka ni memang sangat mudah terdedah dengan jangkitan penyakit. Dengan Diffenz Junior ni sedikit sebanyak kita dah bekalkan mereka dengan perlindungan tambahan. Sebagai ibu bapa kita ikhtiar yang terbaik untuk anak-anak kita.

Korang boleh dapatkan Diffenz Junior ni dengan harga RM66 sebotol sahaja. Tapi kalau korang beli sekarang, korang boleh dapatkannya dengan harga RM60 sahaja dan RM100 untuk combo 2 botol. 1 Botol Diffenz Junior boleh digunakan untuk 60 hari bagi seorang anak.

Bagaimana cara nak dapatkan Diffenz Junior? Korang boleh layari laman web dan media sosial Eskayvie melalui pautan dibawah ni.

Website: https://diffenzjunior.com 

FB Page: Eskayvie Malaysia -  https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official 

Instagram: Eskayvie Malaysia - https://www.instagram.com/eskayviemalaysia

Post a Comment

12 Comments

  1. bagus diambil especially zaman covid ni

    ReplyDelete
  2. produk eskyvie ini ingtkan tuk org dewasa je.. rupanya ada untuk booster kanak kanak..

    ReplyDelete
  3. good sharing mimi. anak2 sekarang mmg digalakkan ambil makanan tambahan macam diffenz junior ni untuk kuatkan sistem imun badan & cukupkan nutrisi harian..

    ReplyDelete
  4. akak pun dah jadikan suplimen ni satu keperluan untuk anak-anak mimie.. musim covid risau tau..

    ReplyDelete
  5. Marina memang bagi anak Marina makan diffenz junior ni

    ReplyDelete
  6. ooo.. ari tu keluar yang warna ungu tu untuk dewasa.. ni untuk anak-anak erk..baguslah..boleh beli sekali

    ReplyDelete
  7. Baguskan diffenz junior nih , hari tu ramai juga kawan-kawan dok bertanya dan ada juga yang membeli... nak start sekolah kena standby siap-siap

    ReplyDelete
  8. Betul tu, kesihatan anak kena maintain supaya dapat membesar dengan cergas dan cerdas.

    ReplyDelete
  9. Banyak dah reveiw diffenz junior ni. Akak macam nak grab untuk anak-anak akak. Mesti dorang suka.

    ReplyDelete
  10. Dok ingat nak beli juga ni sebab ada kawan bekas pesakit Covid dia bagitau ni bagus untuk imun...

    ReplyDelete
  11. Diffenz ni memang bagus untuk tambah imunasasi anak kan.

    ReplyDelete
  12. baru tahu produk ni, nampak macam bagus je

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com