Carrie Bacbuster Antibacterial Hand and Bath Wash with Ejen Ali Diformulasi untuk Kulit Kanak Kanak

Carrie Bacbuster Antibacterial Hand and Bath Wash with  Ejen Ali Diformulasi untuk Kulit Kanak Kanak | Hai korang! Memandangkan pandemik Covid-19 masih melanda negara kita, perlunya kita mengambil langkah berjaga-jaga menjaga kesihatan dan kebersihan diri sendiri dan juga keluarga. Jaga diri masing masing dan duduk sahaja di rumah jika tiada urusan penting.

Tapi bila terperap di rumah lebih kasihan pada anak anak sebab mereka tidak bebas nak buat aktiviti bersama dengan kawan kawan di luar. Inisiatif yang Mimi buat ialah hanya benarkan mereka mandi kolam atau bermain sesama adik beradik di ruang parking kereta. Bila dah seronok main badan mestilah berpeluh peluh kan. Sudah tentu banyak bakteria yang ada pada badan mereka tanpa kita mampu melihat dengan mata kasar. 

Sebagai seorang ibu, Mimi menitikberatkan kebersihan diri anak anak dengan menyediakan mandian dan pencuci tangan untuk anak anak. Yang paling penting sekali serasi dengan kulit mereka dan kandungan bahan tersebut tidak mempunyai bahan alkali. Sejak dari anak yang sulung sehingga yang bongsu, Mimi memang setia dengan jenama kanak kanak yang sangat dikenali di kalangan ibu bapa iaitu Carrie. 



Kali ini Mimi mencuba produk baru dari Carrie iaitu Carrie Bacbuster Antibacterial Hand and Bath Wash with Ejen Ali. Carrie Bacbuster merupakan mandian cecair antibakteria yang pertama diformulasikan untuk kulit kanak kanak. 5 kali lebih lembut pada kulit kanak kanak jika dibandingkan dengan mandian orang dewasa.

Jenama bersama Carrie Bacbuster bergabung dengan Ejen Ali di mana ia merupakan salah satu watak kartun kanak-kanak yang paling terkenal di Malaysia. Ia bagi memastikan produk ini dapat memberi manfaatkan kepada peminat setia Ejen Ali. 



Kelebihan Carrie Bacbuster Bath Wash with Ejen Ali

Sebelum membeli sesuatu produk untuk kegunaan anak anak sebagai ibu bapa kita pasti akan menitikberatkan kandungan sesuatu produk tersebut supaya ia tidak mendatangkan mudarat kepada kulit anak anak. Mimi syorkan korang untuk mencuba Carrie Bacbuster Bath Wash with Ejen Ali sebab ia mempunyai kelebihan seperti berikut:

a) diformulasikan untuk kulit kanak kanak. ia 5 kali lebih lembut pada kulit kanak kanak dibandingkan dengan mandian dewasa

b) lembut pada kulit dan dan melindungi kulit dari bakteria dengan kuat

c) 99.99% antibakteria

d) PH seimbang dibuktikan dengan kertas litmus

PH seimbang? Betul ke? Mesti ada yang tertanya tanya betul atau tidak carrie Bacbuster ini mempunyai tahap PH yang seimbang. Jangan risau, Mimi sertakan sekali video demo di mana Mimi menguji tahap keseimbangan PH Carrie Bacbuster dengan mandian Mimi. Korang boleh lihat sendiri video di bawah dan nilai sendiri tahap PH Carrie Bacbuster dibandingkan dengan mandian dewasa.







Dah lihat sendirikan hasil ujian tahap keseimbangan PH Carrie Bacbuster. Jadi, apa yang dapat disimpulkan, Carrie Bacbuster Body Wash with Ejen Ali mempunyai PH yang seimbang jika dibandingkan mandian dewasa. 

Kertas litmus yang direndam dalam cecair mandian Carrie Bacbuster tidak bertukar warna manakala kertas litmus yang direndam dengan mandian dewasa telah bertukar warna hijau di mana ia bersifat alkali. 

Ingat tau, mandian orang dewasa tidak sesuai dengan kulit kanak kanak kerana bersifat alkali.  Lepas ni dah boleh mula cari produk Carrie Bacbuster with Ejen Ali untuk anak anak.

Carrie Bacbuster ini sangat sesuai digunakan terutamanya anak anak yang berusia 6 tahun dan ke atas. Sesuai digunakan untuk anak anak di usia begini yang sedang meningkat naik dan lasak, betul tak? Lebih lebih lagi mereka mudah terdedah dengan bakteria apabila sama ada di rumah mahupun di sekolah. Mereka juga lebih terdedah dengan bakteria apabila melakukan aktiviti luar seperti bermain di taman permainan dan sebagainya.

Produk Carrie Bacbuster with Ejen Ali


Untuk pengetahuan korang produk Carrie Bacbuster with Ejen Ali akan dipasarkan pada bulan Ogos nanti. Antara produk Carrie Bacbuster yang korang boleh dapati nanti ialah :

Carrie Bacbuster Body Wash with Ejen Ali 280g (Trial Pack) 

* RM9.90 (WM)/ RM10.4 (EM) / BN $3.50 (Brunei)

Carrie Bacbuster Body Wash with Ejen Ali 700g 

* RM18.90 (WM) / RM19.80 (EM) / BN $6.75 (Brunei) (First Time User)

* Carrie Bacbuster Body Wash with Ejen Ali 600g Refill Pouch 

RM10.90 (WM) / RM11.40 (EM) / BN $3.90 (Brunei) (Best Value for Money)

* Carrie Bacbuster with Ejen Ali Antibacterial Hand Sanitiser Spray 50ml 

RM5.90 (WM) / RM6.20 (EM) /BN $2.20 (Brunei)




Untuk pengetahuan semua Carrie Bacbuster with Ejen Ali didatangkan dengan 2 varian iaitu Blasting Blueberry dan Smashing Strawberry. 

Produk Carrie Bacbuster akan dilancarkan pada bulan Ogos di semua pasaraya berhampiran dengan korang. Jangan lupa dapatkan produk Carrie Bacbuster untuk kegunaan anak anak di rumah tau.

Untuk maklumat lanjut atau pembelian boleh dapatkan di sini https://shopee.com.my/shop/35308287/search/?shopCollection=19133649

Post a Comment

3 Comments

  1. Wah..Carrie ada produck baru..ni kalau anak buah akak si Opick dapat ni mesti x lekang di tangan ni...

    ReplyDelete
  2. Salam, bagus produk Carrie pun ph seimbang, sesuai untuk kulit kanak-kanak hingga dewasa, Good sharing, thank you.

    ReplyDelete
  3. Wahhh... Carrie ada produk baru. Anak-anak pun lebih seronok bermain buih lebih-lebih lagi waktu pandemik yang tak boleh nak keluar ni

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com