5 Perkhidmatan Penghantaran Makanan yang Anda Boleh Pesan secara dalam talian di KL

5 Perkhidmatan Penghantaran Makanan yang Anda Boleh Pesan secara dalam talian di KL

5 Perkhidmatan Penghantaran Makanan yang Anda Boleh Pesan secara dalam talian di KL | Assalamualaikum dan hai semua! Apabila PKP 3.0 sambung lagi 2 minggu ramai juga mengeluh. Banyak perniagaan yang perlu ditutup untuk mengekang wabak Covid-19 yang kes semakin meningkat naik saban hari.

Walaupun banyak operasi perniagaan yang tidak dapat beroperasi seperti biasa namun masih ada lagi yang beroperasi dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan sehingga ke rumah mahupun pejabat. 

Sekarang ni banyak pilihan makanan yang disediakan di restoran secara dalam talian. Pesan sahaja menu yang diingini dan tunggu sahaja rider penghantar makanan sampai. 

Yang tinggal di area KL, jom tengok 5 perkhidmatan penghantaran makanan yang anda boleh pesan secara dalam talian! 


1. Dahmakan



Ketika tinggal bersendirian di rumah, kebanyakan rakyat Malaysia hanya akan makan bungkusan mi segera untuk makan dan bukannya menyiapkan makanan yang lebih elok di dapur. Pada hari dimana mi segera tidak dapat memuaskan hati lagi, apa kata cuba aplikasi Dahmakan. 


Dahmakan menawarkan banyak jenis makanan yang seimbang. Makanan sihat yang mereka tawarkan tidak terhad kepada salad sahaja. Mereka juga turut menawarkan makanan tempatan yang digemari ramai dan menjadikannya makanan yang lebih sihat seperti Nasi Kunyit Ayam Berempah, Nasi Kerabu Ayam Berempah dan juga Rendang Daging yang sihat. 



2. Epic Food Hall



Pernah dikenali sebagai Epic Fit Meals Co, jenama ini telah diubah menjadi Epic Food Hall dengan rangkaian dewan makan dalam talian yang terdiri daripada Epic Fit Meals Co., Patty & Toast New York, Nasi Lemak Pak Adam dan Warung Panda. 


Anda dan keluarga akan mempunyai pelbagai jenis pilihan makanan untuk dipesan. Bermula dengan makanan tempatan sehingga makanan seperti burger dan juga pizza, dan semuanya boleh dibuat dalam satu pesanan. 


Sekarang, dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kedai-kedai dan ruang makan mereka ditutup tetapi perkhidmatan penghantaran makanan mereka masih berjalan hampir seperti biasa.



3. The Naked Lunchbox



The Naked Lunchbox merupakan salah satu syarikat penghantaran makanan bebas yang sudah lama beroperasi untuk orang lain di luar sana dan mereka fokus kepada makanan sihat yang diletakkan dalam kotak bekal makanan.


Pada masa yang agak merisaukan ini, perniagaan The Naked Lunchbox masih berjalan seperti biasa dengan resipi hidangan mereka telah diubah agar sesuai dengan masa sekarang dengan memasukkan lebih banyak bahan yang dapat meningkatkan imuniti badan. Jika anda melanggan pakej lima hari makanan bersih, anda akan mendapat makan tengah hari selama lima hari tanpa perlu memikirkan apa yang perlu dimasak atau sebagainya. Senang kan. 



4. Grab Food



Semua rakyat Malaysia dan datuk nenek mesti tahu apa itu Grab Food, jika anda tidak pernah menggunakannya, sekarang adalah masa yang sesuai untuk mencubanya. 


Terdapat banyak restoran dan gerai makan yang tersenarai di Grab Food dan ianya bergantung kepada lokasi anda. Bermula dari makanan ringan seperti tau foo fah dan teh buih sehingga hidangan restoran yang sesuai termasuk Madam Kwans, Din Tau Fung dan ramai lagi. 




5. Cooking Good



Cooking Good merupakan sebuah syarikat yang masih baru dalam bidang ini. Fokus mereka adalah makanan yang siap untuk dimakan dan juga sihat.  Ketepikan saja mi segera yang banyak di rumah tu.


Anda tidak perlu lagi untuk berkompromi dengan diet walaupun anda dikuarantin di rumah. Buat masa sekarang ini, Cooking Good telah mengadakan promosi di mana anda boleh membuat pra-pesanan 10 makanan dengan hanya RM140. Ianya adalah makanan untuk 5 hari tanpa perlu memikirkan apa yang ingin dimakan. 


Selain dari cadangan di atas, boleh juga buat pesanan online food delivery menggunakan servis Foodpanda. 



Dengan adanya servis Foodpanda, sesiapa saja boleh buat pesanan. Harga yang ditawarkan masih tahap masuk akal dan paling penting, tak perlu lagi keluar dari rumah hanya kerana terasa ingin nak makan sesuatu. 


Dari perlu perjudikan keselamatan sendiri, ada baiknya kekal berada di rumah supaya boleh saling menjaga diri untuk memutuskan rangkaian Covid-19 ini.  


1 Comments

  1. Best jugal . Banyak apps makanan . So xpayah risau of kehabisan barang dapur . Oder je

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
Mimie