Jom ‘Kirei Kirei’ dengan Pembersih Tangan No.1 Jepun

Buih



Buih yang kaya dengan krim, mudaj digunakan tanpa perlu menggosok, membersih dengan efektif, lembut pada tangan


Perancangan untuk memulakan aktiviti pendidikan yang menyeronokkan untuk membantu kanak-kanak memupuk tabiat membersih tangan secara sukarela


Kuala Lumpur, 4 Mei 2021 -- Kirei Kirei, yang bermaksud “Bersih Bersih” dalam Bahasa Jepun, adalah sabun buih pembersih tangan anti bakteria yang telah dilancarkan di Malaysia pada bulan ini.


Sabun buih pembersih tangan ini adalah Jenama Pembersih Tangan No. 1 di Jepun dan boleh didapati di kebanyakan negara Asia seperti Korea, Singapura dan Thailand di mana ia turut menduduki tempat pertama bagi kategori pembersih tangan di pasaran masing-masing.


Dilancarkan pada 1997, Kirei Kirei telah dihasilkan selepas beberapa siri wabak keracunan makanan yang berleluasa di Jepun akibat bakteria patogenik E.coli menjadikannya isu sosial yang besar pada tahun 1996. Selain menghasilkan produk yang menangani penyebaran bakteria, jenama ini turut menjalankan misi sosial untuk memupuk tabiat membersih tangan bagi melindungi kanak-kanak daripada virus. Oleh sebab tabiat ini dapat dipupuk dengan panduan ibu bapa dan guru-guru di rumah dan di sekolah, dan bukan melalui disiplin tegas dan paksaan, Kirei Kirei membuat keputusan untuk menyelitkan elemen keseronokan sewaktu membersih tangan agar kanak-kanak dapat melakukannya dengan gembira bagi menjaga kebersihan setiap masa!


Salah satu keunikan Kirei Kirei ialah busa atau buih halus yang banyak dan berkrim yang disukai oleh kanak-kanak! Oleh sebab buihnya mempunyai 12 kali** lebih isi padu berbanding cecair pembersih tangan yang biasa, ia lebih mudah berbuih tanpa air dan dapat meliputi seluruh bahagian tangan dari tapak tangan hinggalah ke hujung jari. Sabun ini juga mudah dibilas. Secara asasnya, sabun pembersih tangan dengan busa atau buih halus ini mudah digunakan ini memberikan ibu bapa ‘alat’ yang sempurna untuk melatih kanak-kanak membersih tangan. Aktiviti membersih tangan bersama ini dapat mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan dan memupuk tabiat kesihatan yang berguna sepanjang hidup. 


Menurut En. Kazuo Mabuchi, Pengarah Urusan Southern Lion Sdn Bhd, syarikat memutuskan untuk membawa Kirei Kirei ke Malaysia di waktu ibu bapa amat bimbang tentang amalan kebersihan anak-anak mereka. Kajian terkini mengenai tabiat membersih tangan di kalangan pelajar pra sekolah di lembah Klang menunjukkan bahawa ibu bapa mempunyai pengaruh  yang amat besar dalam mengajar dan membimbing anak-anak membersih tangan,1 “Keistimewaan buih yang banyak pada Kirei Kirei terbukti mampu menggalakkan kanak-kanak untuk memupuk tabiat membersih tangan. Formulasi anti bakterianya yang unik dengan ramuan pembersih yang 100% berasal daripada tumbuhan memberikan 99.9% perlindungan anti-bakteria untuk menghapuskan kuman secara berkesan,” katanya. Produk ini diuji secara dermatologi dan didapati lembut dan selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak dan sesuai untuk seisi keluarga.





Terdapat juga beberapa faktor lain untuk ibu bapa memilih Kirei Kirei bagi kegunaan seisi keluarga. Antaranya termasuk: 


  • penjimatan kos – jumlah sabun yang diperlukan berkurangan untuk mencapai kebersihan efektif;

  • mengurangkan penggunaan air – sabun ini tidak memerlukan air yang banyak bagi membersihkan dan membilas; dan

  • tiada lagi bilasan yang comot kerana buihnya melekat di tangan dan tidak menitis seperti sabun cecair pembersih tangan biasa!


En. Mabuchi menambah: “Kirei Kirei mempunyai format busa yang unik, sangat berkesan serta mudah digunakan, menjadikan ia bukan sahaja popular dalam rumah di Jepun, tetapi juga di sekolah, pejabat dan juga restoran. Kirei Kirei telah menjadi Sabun Pembersih Tangan No. 1 di Jepun sejak tahun 2000 selama 20 tahun berturut-turut!”


Kajian mengenai membersih tangan prasekolah di Lembah Klang juga mendapati hanya separuh dari mereka menggunakan sabun dan kurang daripada separuh yang membilas tangan mereka dengan bersih selepas menggunakan sabun.1 Menghuraikan tentang rancangan Kirei Kirei untuk menganjurkan siri aktiviti untuk mendidik kanak-kanak di Malaysia, En. Mabuchi berkata: “Seiring dengan kembalinya kanak-kanak ke sekolah di negeri-negeri PKPB dan PKPP bulan ini, ibu bapa masih bimbang tentang persekitaran anak-anak mereka. Kami kini sedang berbincang dengan beberapa pengendali tadika dan sekolah rendah dan mempertimbangkan untuk menjalankan program pendidikan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak mempelajari cara membersih tangan yang berkesan. Yang paling penting, objektif utama kami adalah untuk membantu mereka memupuk tabiat membersih tangan secara sukarela. Amalan ini perlu dilakukan secara kerap di sekolah, di mana mereka lebih terdedah kepada kuman dan virus yang tersebar melalui sentuhan,”.


“Kirei Kirei telah menganjurkan program-program pendidikan dengan jayanya di peringkat prasekolah dan sekolah rendah di Jepun. Kami yakin dapat melakukannya di sini untuk memupuk elemen keseronokan semasa membersih tangan di kalangan kanak-kanak”, tambahnya dengan penuh semangat.


Kirei Kirei sesuai digunakan dengan botolnya dengan ciri pam yang unik. Pam ini direka khas untuk menghasilkan buih yang halus dan berkrim untuk menghilangkan kotoran dari tangan dengan mudah. En. Mabuchi mengingatkan pengguna untuk menggunakan botol ini semula semasa menggunakan pek isian semula. “Langkah mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan penggunaan plastik, malah memainkan peranan dalam menghasilkan persekitaran yang lebih bersih dan mesra alam” katanya.


“Sejak pelancaran laman media sosial Kirei Kirei Malaysia, kami telah menerima maklum balas yang menggalakkan daripada pengguna sedia ada yang telah membeli produk ini dari negara jiran. Mereka teruja Kirei Kirei kini boleh didapati di Malaysia. Mereka juga sering menyatakan Kirei Kirei membersih dengan efektif dan ini menunjukkan bagaimana pelanggan setia kami suka dan yakin dengan produk kami,” katanya.



Rabiatul Adawiyah Zakaria dan anak lelakinya yang berusia 7 tahun, Adam mencuba Kirei Kirei buat pertama kali mendapati tekstur buih lembut dan halus. Kini, membersih tangan menjadi satu amalan yang amat mudah buat Adam! "Pam sedikit dan ratakan ke seluruh tapak tangan anda dan nikmati haruman yang menyegarkan untuk 20 saat berikutnya. Ia juga mudah dibilas!" katanya.





Sabun buih pembersih tangan anti bakteria Kirei Kirei datang dalam dua varian: Moisturizing Peach dan Nourishing Berries. Setiap varian tersedia dalam format botol 250 ml dan pek isi semula 200 ml. Setiap botol dijual pada harga yang disyorkan iaitu RM12.50; dan setiap pek  isian semula pada harga RM8.50. Beli produk Kirei Kirei dari AEON dan AEON Wellness yang terpilih, Don Don Donki di Lot 10 atau dapatkannya melalui penghantaran ke rumah dengan memesannya di Lazada atau Shopee hari ini!


Untuk maklumat lebih lanjut tentang Kirei Kirei, sila layari laman rasmi Facebook Malaysia di http://www.facebook.com/kireikireimalaysia atau laman web Kirei Kirei di https://www.kireikirei.com.my/.


*    Siri Sabun Tangan No. 1 Jepun INTAGE SRI, Nilai Jualan Sabun Tangan, CY2019

**    Berdasarkan ujian makmal dijalankan di Jepun


Rujukan: 1 Assessment on Hand Hygiene Knowledge and Practices Among Pre-school Children in Klang Valley Tengku Zetty Maztura Tengku Jamaluddin, PhD1, Nurul Azmawati Mohamed, MPath2 , Mohd Dzulkhairi Mohd Rani, MPH2, Zarini Ismail, PhD2, Shalinawati Ramli, MSc2, Habibah Faroque, MSc2, Farishah Nur Abd Samad, BDS2, Abdul Rasyid Ariffien, MBBS2, Aisyah Ar Redha Che Amir Farid, MBBS2, and Ilina Isahak, MSc2, Global Pediatric Health Volume 7: 1–8


Tentang Kirei Kirei

Kirei Kirei diperkenalkan buat pertama kalinya sebagai sabun pembersih tangan pada tahun 1997 di Jepun. Produk ini telah dihasilkan berikutan beberapa siri penularan keracunan makanan besar-besaran di Jepun, disebabkan oleh bakteria patogenik E. coli O157 menjadikannya isu sosial yang besar pada tahun 1996. Ini menyebabkan syarikat ini menjalankan misi sosial untuk memupuk “tabiat membersih tangan” untuk melindungi kanak-kanak daripada bakteria dan virus, dengan mencipta sejenis produk yang dapat membantu mereka memupuk tabiat ini.


Untuk memupuk tabiat membersih tangan di kalangan kanak-kanak, seluruh keluarga perlu mengamalkan tabiat ini. Tabiat ini tidak boleh dipupuk melalui disiplin tegas dan paksaan, dan kanak-kanak perlu merasa seronok sewaktu membersih tangan dan melakukannya secara gembira. Kami percaya amalan kerap membersih tangan harus dijadikan tabiat yang boleh dinikmati bersama seisi keluarga dan ini merupakan konsep sabun pembersih tangan Kirei Kirei.


Selepas beberapa tahun Kirei Kirei diperkenalkan di Jepun, ia menjadi Sabun Pembersih Tangan No. 1 negara tersebut pada tahun 2000. Sabun ini menduduki kedudukan tersebut selama 20 tahun berturut-turut, yang berubah menjadi Sabun Pembersih Tangan No. 1 pada tahun-tahun kebelakangan ini. 


Post a Comment

7 Comments

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com