Genting Highlands Lokasi Pilihan Untuk Staycation


Rasanya dah lama tak jalan-jalan makan angin sejak wabak pandemik Covid-19 memular di negara kita. Sesekali nak juga jalan makan angin ke negeri lain kan. Boleh menikmati keindaham, mencuba makanan yang sedap, membeli belah dan macam macam ajtuviti boleh dilakukan. Asyik buat aktiviti yang sama setiap hari bisan juga kan. Pergi kerja, balik kerja duduk je dalam rumah. Paling jauh pergi pun ke mall saja sebab nak beli barang keperluan.

Mimi ni bukanlah jenis kaki berjalan ke sana sini tapi sesekali pergi bercuti seronok juga lepaskan penat lelah bekerja dan urus rumahtangga. Sesekali kenalah jalan jalan makan angin kan. Rehatkan badan dan minda. Bukan kita saja yang seronok, anak anak apa entah lagi kan. Bertambah seronok diorang dapat berjalan jalan. Diorang pun ada juga menyuarakan keinginan nak bercuti. 



Lepas tu, mula lah terimbau semula kenangan semasa bercuti di Cameron Highland dan Genting Highlands dengan keluarga 2 tahun yang lepas. Seronok je staycation kat sana. Anak anak yang paling seronok sebab dapat jalan jalan ke tempat orang. Dah puas jalan jalan di Cameron Highland sambung pula jalan jalan di Genting Highlands. Macam macam aktiviti kami buat. Aktiviti wajib sudah tentulah ambil gambar kenangan. Anak anak pula tak lepaskan peluang beli cenderahati untuk kawan kawan sebagai tanda kenang kenangan.



Bila imbas semula kenangan berjalan jalan di sana keinginan nak jalan jalan makan angin tu ada. Tapi memandangkan rentas negeri masih tidak dibolehkan, maka bertabahlah duduk diam-diam di rumah. Buat sajalah rutin harian seperti biasa.

Tetapi kalau rentas negeri dibenarkan dan keadaan kembali normal seperti sebelum ni, Mimi memang dah ada perancangan nak staycation sekali lagi ke Genting Highlands dengan keluarga. Dah lama tak makan angin, rasa tepu dah otak ni. Sesekali kena makan angin sedut udara di tempat orang. Betul tak? Kali ni, Mimi rancang nak stay beberapa hari di sana, mungkin 3 hari 2 malam. Perjalanan dari rumah Mimi ke Genting Highlands pun tak ambil masa yang lama pun, lebih kurang 2 jam 10 minit saja perjalanan.  Banyak pilihan hotel yang ada di Genting Highlands tapi Mimi dah decide nak stay di First World Hotel untuk staycation kali ini.

First World Hotel ni paling dekat dengan theme park, jadi mudah lah nak bawa anak anak. Tak lah penat sangat nak jalan kaki pergi theme park. Tak hairanlah First World Hotel ni jadi pilihan pengunjung untuk stay sebab mudahkan pengunjung juga nak ke theme park. 



Sebelum nak staycation, Mimi dah rancang apa yang perlu dibawa sepanjang 3 hari berada di sana. Bawa roti, air kotak, air mineral serta beberapa makanan kering yang lain sebab anak-anak Mimi memang jenis kuat makan tau bila bercuti ke mana-mana. Yang paling penting sebelum bercuti di sana, Mimi kena sediakan stoking dan sweater untuk anak anak serta beberapa helai baju yang tebal supaya anak anak tidak kesejukan. 

Mimi pun siap draf itinerary selama 3 hari stay di sana nanti. Perancangan itu perlu supaya apa yang dirancang akan mudahkan pergerakan Mimi sekeluarga juga supaya perancangan kami berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Yalah, nak staycation mestilah kita nak seronok  dan tak nak sesuatu yang buruk berlaku, betul tak? 

Sebenarnya tak banyak tempat di Genting Highlands yang Mimi explore sebelum ni. Jadi, bila stay lama di sini memang banyaklah tempat yang ada Mimi sekeluarga nak kunjungi. Antara tempat yang Mimi nak kunjungi nanti sudah tentu Genting Highlands Premium Outlet, boleh window shopping sekali. Kalau ada yang berkenan beli. Lagipun barang-barang yang dijual di sini boleh dikatakan harganya berpatutan. Rugi kalau lepaskan peluang shopping di sini. Belum pun bercuti lagi dah mula bayang keseronokan berada di sana nanti. Berangan dulu tak salahkan sebelum tiba harinya nanti.

Hopefully, perancangan Mimi sekeluarga nak staycation di Genting Highlands selama 3 hari nanti dipermudahkan selepas kebenaran rentas negeri dibuka. Tak sabar nak tunggu pengumuman daripada Perdana Menteri nanti. Pasti staycation di Genting kali ini lebih seronok dari pengalaman yang sama sebelum ni. Apa pula perancangan staycation korang? Atau pun kongsi pengalaman staycation korang di Genting dengan Mimi.

Post a Comment

13 Comments

  1. seronoknya bercuti dengan family...

    ReplyDelete
  2. Genting memang terbaik, plus lokasi dia paling dekat dengan KL kan...jadi macam tak ralat sangat kalau pi sana. Yang penting sejukkkkkkkk

    ReplyDelete
  3. hari tu plan nak pi cameron highland time boleh rentas negeri..tp tulah bukan main jem kat CH tu..harap2 lepas ni boleh rentas negeri..wajib terjah..rindu CH..last pi tahun 2013 kut haha

    ReplyDelete
  4. Menarik juga kan kalau datang ke CH nie.. Kak Sue pun plan juga nak staycation, tapi mungkin nak cari pantai kut..

    ReplyDelete
  5. Lama betul tak jejak genting ni. Last masa anak sulung kecik lagi..huhu.. Kalau boleh pergi nanti nak bercuti dekat sini

    ReplyDelete
  6. Tunggu genting berwajah baru nie.. lagi best

    ReplyDelete
  7. Rindunya nak gi genting. Habis segala covid nnt nk gi la

    ReplyDelete
  8. Tak sabar tunggu dapat rentas negeri 😍

    ReplyDelete
  9. Lamanya dah xjalan2 kat sini.. Dapat je rentas ni nak ke sini laa

    ReplyDelete
  10. Yeah! i like Genting Highlands too, the weather is very soothing and many activities to explore.

    ReplyDelete
  11. Seronoknya! Bila la boleh rentas negeri lagi ni

    ReplyDelete
  12. Wah.. Bedtnya stay kat cameron highlands, rindu nak travel cuti2 malaysia dah lama tak gi cameton

    ReplyDelete
  13. dah lama tak dapat bercuti kan.cemuih dah duduk di rumah.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com