Review Pelembap Muka Yang Cepat Meresap dan Merawat Kulit Muka Sunburn Dengan Berkesan | Hansaegee Nature


Review Pelembap Muka Yang Cepat Meresap  Dan Merawat Kulit Muka Sunburn Dengan Berkesan | Hansaegee Nature | Hai korang! Mimi nak bebel pasal kulit muka dengan korang ni. Setuju tak Mimi cakap kita orang perempuan ni mengimpikan kulit yang sihat dan cantik. Tapi nak dapatkan kulit yang sihat dan cantik bukan satu perkara yang mudah. Perlu banyak buat research mengenai sesuatu produkn sama ada sesuai ataupun tidak dengan kulit muka kita. Silap pakai rosak jadinya.

Untuk penjagaan kulit muka memang Mimi pakai ikut Langkah yang disarankan dari cleansing oil hinggalah krim mata. Salah satu skincare yang penting ialah pelembap muka. Ada satu produk pelembap muka ni Mimi baca ramai juga kawan Mimi pakai dan semua cakap best sangat. Jadi, Mimi pun nak juga cuba produk ni sendiri. Tertanya tanya juga sejauh mana bagusnya produk ni.



Bila dah pakai, rasa kagum dan jatuh cinta terus. Memang best sangat pelembap muka ni. Pelembap muka yang Mimi maksudkan ialah Aqua Whitening Cream produk dari Hansaegee Nature. Semua produk skincare Hansaegee Nature merupakan produk Malaysia tetapi diperbuat 100% Korea.

Apa kelebihan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature?


Apa bestnya Aqua Whitening Cream ni? Untuk pengetahuan korang Aqua Whitening Cream merupakan sejenis pelembap yang membantu merawat masalah kulit terbakar akibat terdedah dengan sinar UV dan merawat masalah kulit rosak kemerahan dengan berkesan. Krim ini juga melembapkan kulit muka jauh ke dalam dengan titisan air. Ia juga mampu mengawal minyak dan pengeluaran sebum terutamanya buat mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak.



Krim ini berwarna putih dan teksturnya sangat lembut dan ringan. Baunya pun wangi dan sejuk saja rasa krim ini bila di sapu pada kulit muka. Korang boleh Nampak tekstur krim ini yang “watery”. Mimi suka pakai Aqua Whitening Cream ni sebab ia sangat selamat digunakan kerana diperbuat daripada bahan semulajadi, ia tidak mengandungi paraben, tiada alcohol dan tiada sulfat.


Aqua Whitening Cream ini merupakan krim pelembap dengan kesan titisan air apabila memakainya. Bila kita sapu ke kulit muka akan keluar titisan air dalam beberapa saat titisan air. Kemudian ia akan meresap jauh ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak dan rasa melekit. Ia memberi kesan yang sangat menyegarkan dan juga sesuai dipakai walaupun ketika cuaca yang panas.

Memandangkan produk ini mengandungi ekstrak herba, ia melegakan kulit muka dan meningkatkan pelembap menembusi jauh ke dalam kulit. Ia juga mampu mengekalkan kelembapan untuk mengekalkan kulit yang sihat dan tegang.

Krim pelembap dari Hansaegee Nature ini mengandungi “Minyak Biji Japonica Camellia” di mana ia bukan comedogenic, tidak menyekat liang liang kulit dan memelihara kulit daripada jerawat. Ia juga membaiki kulit daripada kekeringan dan kulit yang rosak akibat terdedah dengan cahaya matahari. Krim pelembap ini juga pelembap yang meresap jauh ke dalam kulit lapisan bawah.


Ia juga mengandungi Niacinamide juga dikenali sebagai vitamin B3 di mana ia sangat bermanfaat untuk penuaan kulit sebagai agen pemutihan, memberi kesan tona kulit yang cerah, kawalan minyak, membersihkan dan menegangkan kulit. Yang paling best pelembap ini memberi kesan pencerahan dan kelembapan pada kulit muka jika digunakan dengan konsisten. Ia juga membantu mengurangkan penampilan pori-pori sekaligus membantu mengawal kulit berminyak.

Testimoni Pengguna Aqua Whitening Cream

Banyak testimoni mengenai Aqua Whitening Cream yang Mimi baca sebelum mencuba produk ini sendiri. Apa yang menarik minat Mimi baca testimoni mengenai krim pelembap ini ialah ramai yang beri maklum balas selepas menggunakan krim ini beberapa hari, kulit yang terbakar kerana terdedah kepada cahaya matahari yang menyebabkan masalah kulit kemerahan telah kembali pulih. Ada juga pengguna setia produk ini menyatakan masalah jeragat yang dihadapi mereka semakin pudar selepas penggunaan selama sebulan.

Cara Menggunakan Aqua Whitening Hansaegee Nature


Korang mesti nak tengok dengan lebih jelas bagaimana titisan air daripada krim ini muncul. Korang boleh tengok sendiri langkah demi Langkah titisan air kelihatan pada permukaan kulit.

  1. Sapukan krim  pada tangan.

  2. Urut perlahan lahan krim pada tangan.

  3. Titisan air kelihatan pada kulit tangan dengan cepat.

  4. Krim meresap ke dalam kulit sepenuhnya dengan cepat tanpa meninggalkan sebarang berminyak atau melekit pada kulit.

Tak susahkan cara nak guna krim ni? Cara nak menggunakan krim ini pada kulit muka. Bersihkan muka terlebih dahulu dengan pencuci muka. Kemudian lap muka kering dengan tuala. Sapu Aqua Whitening Cream pada kulit muka, sapu rata ke seluruh kulit muka dan tepuk tepuk lembut kulit muka dengan tangan. Jadi titisan air akan timbul dalam beberapa saat. Ia sangat lembap dan mudah menyerap ke dalam kulit.


Pendapat Mimi Mengenai Aqua Whitening Cream

Selama seminggu menggunakan Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni terus jatuh cinta pandang pertama gitu. Masa mula mula pakai krim ni, memang krim ni sangat lembut, ringan dan sejuk saja. Bila sapu pada kulit muka memang kulit muka rasa berair dan lembap tau. Memang krim ni cepat meresap ke dalam kulit.


Mimi selalu guna krim pelembap ni sebelum tidur dan sebelum nak mekap. Yang paling ketara sekali, selepas pakai pelembap Hansaegee Nature ni, nak apply foundation sangat senang tau. Mekap pun jadi tak bercapuk. Ada juga kawan yang tegur kulit muka nampak flawless. Memang Mimi perasan setiap kali selepas pakai krim pelembap ni dan pakai mekap, hasilnya sangat best. Mekap kelihatan lebih glowing pada muka dan tahan lebih lama. Selalunya Mimi akan mekap seawal 6.30 pagi dan sehingga pukul 1.00 tengahari mekap masih kekal di muka apabila hendak pergi kerja.

 


Kalau jalan jalan memang Mimi takkan lupa apply Aqua Whitening Cream sebelaum pakai mekap sebab Mimi nak pastikan mekap tahan lama dan penampilan Mimi terjaga. Bila bersiar siar dengan keluarga takkan nak selekeh saja kan kenalah sentiasa kelihatan cantik. Walaupun seharian lakukan aktiviti luar dengan anak anak, kulit muka masih kelihatan cantik dan mekap juga masih kekal pada muka. 



Kulit muka Mimi jenis berminyak tau korang. Jadi, Mimi perasan sejak gunakan krim pelembap ni, kulit muka sentiasa lembap dan tak berminyak tau. Memang suka sangat dengan kesan selepas gunakan produk ni. Lepas ni memang Mimi akan setia dengan Aqua Whitening Cream jela sebab memang sesuai dan serasi dengan kulit muka Mimi.

Aqua Whitening Cream Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Mimi sarankan korang yang mempunyai masalah kulit sensitif, kulit kering, kulit berminyak dan sebagainya, pakai Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni. Memang best sangat. Sesuai untuk semua jenis kulit tidak kira lelaki mahupun perempuan. 

Kalau korang jenis yang aktif melancong atau kerja terdedah dengan cahaya matahari memang sangat digalakkan menggunakan Aqua Whitening Cream ni untuk melindungi dan merawat kulit muka.


Untuk maklumat lanjut mengenai Aqua Whitening Cream dan skincare yang lian boleh layari :

🍁Brand: Hansaegee Nature 

🍁Website: www.hansaegee.com/shop

🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

Post a Comment

11 Comments

  1. hansaegee mmg produk dia best2.. akak suka pakai

    ReplyDelete
  2. Pernah guna cream ni..sapu lama2 kuar mcm air kan..skg zaza guna cc cream dia tu

    ReplyDelete
  3. cik en pun guna elembab ni. mmg suka.. sejuk giler muka.. tips cik en, ck en letak dalam peti ais.. nk guna baru kuarkan dan apply pd muka.. terasa segar

    ReplyDelete
  4. Iza tak pernah try pelembab muka dia. Nampak macam best.

    ReplyDelete
  5. Nad guna ni juga, memang bagus sangt. Suka sebab muka lembab je selalu. Pastu elak kemerahan, elak maslaah kulit

    ReplyDelete
  6. Pelembab hansaegee ni ramai kata bagus nnt nak cubalah

    ReplyDelete
  7. Mmg bagus pakai pelembab utk elak kulit kering. Nanti boleh try brand ni pulak

    ReplyDelete
  8. Produk hansaegee ni semua best2 kan. Bagus utk kulit terutama kulit kering.

    ReplyDelete
  9. Pelembap Hansaegee Nature bagus coz my friend also using this.

    ReplyDelete
  10. Mmg best pelembab dia.. kita pakai hari2, kulit wajah jd smooth je.. skrg dah habis.. nk kne beli lg nampaknya

    ReplyDelete
  11. Ramai dh guna produk ni sampai adik fatin pun trjebak

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com