Istilah 'Masakan Barat' Berasal Dari Mana? Ini Sejarahnya!

Istilah 'Masakan Barat' sudah lama kita dengar. Tapi masakan dan makanan barat ini dari mana ia berasal sebenarnya? Banyak negara barat tu, yang mana satu sejarah dan asal usulnya hingga makanan ini disebut sebagai masakan barat.


Hasil dari pembacaan, sejarah masakan Eropah Barat telah wujud sejak berabad-abad lamanya dan evolusi telah menyebabkannya semakin berkembang selari dengan proses budaya yang berbeza untuk setiap negara. Masing-masing ada adat yang mereka pegang. Sejak abad ke-20, transformasi sistem kuliner telah meningkat dari hari ke hari. 



Berkenaan dengan warisan, identiti dan tradisi, perkembangan pusat budaya makanan dari zaman Rom kuno telah berjaya dikesan dalam menjelaskan asal usul budaya makanan Barat ini. 


Bila diteruskan pembacaan, nampaknya isu-isu utama yang berkaitan, seperti proses standardisasi awal di Rom kuno, profesionalisasi pengeluaran makanan pada Zaman Pertengahan, pengenalan barang makanan baru dari luar negara semasa Era Moden Awal dan perindustrian, percambahan politik identiti nasional melalui apa yang dianggap sebagai masakan kebangsaan dan juga kecenderungan peningkatan segmen sosial semasa. 


Pada dasarnya, masakan Barat berasal dari masakan Perancis. Pemodenan teknik memasak Perancis klasik oleh Auguste Escoffier berfungsi sebagai asas dunia masakan hari ini.


Terdapat sebanyak 5 Mother Sauces (sos asas utama) untuk masakan barat ini secara khususnya iaitu sos béchamel, espagnole, velouté, hollandaise dan tomate. Semua mother sos (sos utama) ini perlu dipelajari teknik dan kaedahnya oleh setiap tukang masak. Kebanyakan sos moden hari ini juga berasal dari variasi sos asas ini. 


Walaupun semakin beredar dengan permintaan dan kehendak yang lebih moden, menu masakan barat tetap memegang dan mempunyai peraturan tertentu yang perlu diikuti. Ini dinamakan sebagai menu klasik. 


Misalnya, menu yang dibuat itu, jika diolah kepada moden hendaklah tidak terlalu berubah terlalu drastik dengan menu yang asal. Gaya pemakanan juga sama, sup dan salad masih disajikan sebagai permulaan, kemudian diikuti dengan makanan utama dan akhir sekali ditutup dengan menu pencuci mulut pada hujungnya. Ini barulah set makanan barat yang tepat. 



Gaya penggunaan sudu, garfu, pisau, piring, pinggan dan sebagainya juga sama. Setiap peralatan untuk makan ada fungsi-fungsinya yang tertentu. Ini dinamakan sebagai adab ketika makan makanan barat dengan cara yang penuh tertib. 


Hari  ini, tumpuan telah beralih ke negara-negara Nordik seperti Denmark, Norway, Sweden dan Finland. Orang muda kelihatan lebih tertarik dan berminat dengan menu makanan mereka. Trend Nordik ini mempengaruhi masakan barat di seluruh dunia dengan ideologi masakan dan teknik memasaknya yang tersendiri. 


Pelbagai kaedah masakan di bawa. Dari hasil penapaian, pengawetan hinggalah kepada teknik masakan yang lain demi untuk memberi rasa masakan barat yang unik dan sedap. Disebabkan ini, definisi masakan barat sekali lagi mengalami perubahan dan muncul dengan pelbagai bahan, gaya dan teknik yang lebih luas daripada sebelumnya. 


Di Malaysia, kita tidak terikut dengan semua itu. Apa yang kita pentingkan adalah kualiti makanan, gaya persembahan dan juga rasa. Sebagai penduduk negara Asia, kita masih boleh belajar teknik dan tata tertib cara menikmati masakan barat, tetapi tidak dinafikan ada yang tidak suka terikat dengan semua peraturan itu. 


Rakyat Malaysia jarang memilih salad dan sup untuk menu awal sebelum menu utama. Sebaliknya terus nikmati makanan utama dengan melangkaui semua tata tertib tadi. 


Tambahan pula, sekarang ini sudah tiba trend pesanan makanan online dengan boleh mengetahui lokasi western food near me yang terdekat. Salah satu pihak yang sering digunakan adalah Foodpanda



Di Foodpanda, ada banyak pilihan untuk menu masakan barat. Ada burger, pasta, steak, pencuci mulut, pizza dan banyak lagi. Apa yang rasa mahu dimakan, boleh dipilih dari laman web Foodpanda dan makanan yang dipesan akan terus dihantar sehingga ke depan pintu rumah pelanggan. Sangat mudah! Sangat cepat! Sangat pantas! 


Antara jenis menu masakan barat yang ada di dalam website Foodpanda itu adalah seperti di bawah ini. Boleh lihat antara menu-menunya yang sangat pelbagai dengan keistimewaannya yang tersendiri. 



Post a Comment

1 Comments

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com