Bajet Rendah? Realisasikan Reka Bentuk Dalaman Rumah Impian Dengan IDW Design & Build

Bajet Rendah? Realisasikan Reka Bentuk Dalaman Rumah Impian Dengan IDW Design & Build | Setiap orang mempunyai impian untuk memiliki rumah idaman sendiri dengan reka bentuk dalaman yang cantik. Ada yang suka rumah jenis kondominium, rumah teres bertingkat, banglo dan sebagainya. Mimi juga ada rumah impian sendiri tau. Mimi suka rumah banglo dengan reka bentuk dalaman yang tak sarat dengan perabot. Lebih suka konsep minimalis.

Sebelum ni, Mimi suka mencari idea untuk hias rumah di Pinterest. Siap download aplikasi Pinterest tau untuk mencari idea menghias rumah. Banyak idea dan konsep yang diketengahkan dalam Pinterest cuma bajet terlalu tinggi untuk sesuatu design yang diminati. Keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu pasti kita impikan reka bentuk dalaman rumah impian dengan yang bajet rendah, betul tak?

Bajet rendah? Realisasikan reka bentuk dalaman rumah impian dengan IDW Design & Build. Kini, korang tak perlu pening kepala fikir bajet yang tidak mencukupi kerana dengan adanya buku IDW Design & Build, boleh dijadikan panduan dan memberi korang idea untuk menghias reka bentuk dalaman rumah sendiri. Buku ini banyak membantu Mimi memberi idea untuk konsep reka dalaman yang diimpikan selama ini.


Buku IDW Design &Build merupakan hasil daripada pengasas IDW Design & Build Sdn Bhd. Nak tahu lebih lanjut mengenai IDW Design & Build Sdn Bhd? Jom baca latar belakang dan kejayaan pengasas IDW Design & Build Sdn Bhd.

Cabaran Membina IDW



Pada tahun 2007 pemilik IDW Design & Build memulakan syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman, ketika masing-masing berusia 21 tahun. Ketika itu masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Penubuhan syarikat mereka didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.7 juta. Pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70k ketika pasangan ini berusia 24 tahun. Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan.

Pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang disebabkan kurang pengalaman dan faktor usia yang masih muda. Walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi, itu bukanlah alasan untuk tidak mengecapi kejayaan. Tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat bagi pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Dalam pada masa yang sama mereka tetap menguruskan perniagaan IDW.

Yang paling menyedihkan, akibat kurang memberikan komitmen Ketika dalam pembelajaran, Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana. Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian. 

Setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012. Mereka meneruskan tekad untuk membina empayar IDW walaupun terus berdepan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.

Tragedi Kebakaran

Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api. 

Bertitik tolak dari tragedi itu, menjadi ‘push factor’ untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW. Pengalaman ngeri yang dialami telah membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW. Tekad mereka untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna.

Fenomena COVID

Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya seluruh negara berhadapan ‘total lock down’ dan semua individu hanya duduk di rumah.

Bersikap sentiasa bersedia menghadapi apa juga cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan. Sasaran utama untuk lebih fokus, mengkaji kembali kemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik.

Disebabkan arahan kawalan pergerakan menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan. Kesannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga.

Disebabkan ‘New Normal’ mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.

Servis Eksklusif dan Harga Yang Perlu Dibayar

Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan. Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi.

Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti. Servis reka bentuk di IDW bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik. 

Ruang dapur yang cantik dengan rekaan moden dari IDW

Ruang tamu yang cantik juga hasil dari IDW


Dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik. Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi.

Pendapat Mimi Mengenai Buku IDW Design Collection

Setelah membelek dan meneliti setiap helaian muka surat buku IDW Design Collection ini, Mimi berpendapat buku ini harus dimiliki oleh setiap orang yang suka menghias reka bentuk dalaman rumah sendiri. Buku berkulit tebal ini mengandungi 423 muka surat  menawarkan 200 rekaan dalaman pelbagai konsep rumah eksklusif dari 'Modern Classic' hinggalah 'Modern Comtemporary'. Buku ini sarat dengan 'Detail Drawing' dan 'Layout Plan' dari setiap sudut rumah seperti ruang tamu, ruang makan, bilik tidur, dapur dan sebagainya. Setiap halaman muka surat buku ini juga berwarna dan kertas yang digunakan dari material yang sangat berkualiti. Memang tidak keterlaluan jika Mimi katakan sangat berbaloi untuk memiliki buku ini. 



Guideline 'Detail Drawing' dan 'Layout Plan' yang diberikan sangat teliti dari segi ukuran keluasan sesuatu ruang dan juga lebar, tinggi dan panjang sesuatu perabot idaman. Mimi sendiri tertarik dengan beberapa konsep reka bentuk dalaman yang ada di dalam buku IDW Design Collection ni terutama sekali di ruang dapur. Dengan idea dan konsep yang diketengahkan memberi Mimi idea dan inspirasi untuk memiliki dapur idaman Mimi berkonsepkan minimalis. 

Mimi juga tertarik dengan konsep buku ini di mana turut menyediakan QR Code untuk memberi kita kepuasan meneliti satu persatu design dan maklumat sesuatu design secara jelas serta terperinci. Hanya scan QR Code yang disertakan menggunakan handphone  korang dan korang boleh lihat lukisan dengan lebih jelas. 

Dapatkan Buku IDW Design Collection Ini Segera Dengan Harga Promosi Raya

Sempena Ulang Tahun Ke-15 dan Dengan Situasi ‘Normal Baru’ mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.



Dengan adanya Design Collction, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik. Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi.

DAPATKAN "PLUG & PLAY" INTERIOR DESIGN BOOK PERTAMA DI MALAYSIA SEKARANG!

RAYA PROMO RM 397 (HARGA ASAL: RM2897)

Maklumat lanjut layari : 

Web : https://idw.design/idw-collection-design/

Instagram : @idw.design



Post a Comment

10 Comments

  1. suka tengok design dalam buku nih lengkap dan sangat menarik dan mudah nak dilaksanakan nanti

    ReplyDelete
  2. Banyak cabaran yang dah dilalui, pengalaman mengajar erti dewasa. Atudia.. Alhamdulillah, dah sukses and menariknya lahai buku tuu.. Serious kena dapatkan satu..

    ReplyDelete
  3. Banyak liku2 kehidupan pasngan dua ni ye..Akhirnya berjaya juga. Cantik hasil IDW ni..lagi ada buku ni lagi suka nak mendeko

    ReplyDelete
  4. Suka tgk design2 dlm book ni... Best juga dh de idea nk design cmne

    ReplyDelete
  5. Bila ada buku mcm ni, senang nak rujuk design mana suka..rekaan pun mmg lawoo

    ReplyDelete
  6. I pun suka this IDW Design Collection book, banyak details and rujukan.

    ReplyDelete
  7. mmg terpesona tgk rekaan dorg nie.. mmg cantik sungguh

    ReplyDelete
  8. Bagus ada buku ni. Senang nak rujuk and cari idea bila nak deko rumah.

    ReplyDelete
  9. Menarik, nk kena ada 1 utk rujukan kemas dan deco rumah ni

    ReplyDelete
  10. Buku IDW byk dedign2 ug menarik dan cantik2 blhlah nti refer kat IDW

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com