Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat

Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat

Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat | Hai korang! Apa khabar? Semoga semua sihat walafiat hendaknya. Tiba tiba hari ni Mimi nak berkongsi dan tukar pandangan dengan korang mengenai snek tambahan yang sihat untuk anak anak. Sebagai ibu, pastinya kita ingin berikan yang terbaik untuk tumbesaran anak anak supaya mereka membesar dengan sihat, kuat dan cergas. Betul tak? Apa yang korang lakukan untuk pastikan anak anak korang membesar dengan sihat dan kuat? 

Mimi sendiri selain daripada memastikan mereka makan makanan sihat dan segar yang dimasak di rumah, Mimi juga akan pastikan anak anak mendapat snek tambahan yang sihat seperti minuman susu kaltur atau yogurt. Anak anak Mimi memang suka makan snek. Keropok, aiskrim, coklat dan sebagainya. Kadang marah juga sebab diorang suka makan snek tambahan macam ni. Bukan elok sangat makan selalu, betul tak? 



Jadi, cara Mimi untuk pastikan anak anak dapat snek yang bagus untuk pembesaran dan kesihatan mereka Mimi akan pastikan stok minuman susu kultur dan yogurt jenama Fernleaf CalciYum sentiasa ada untuk menggantikan snek yang tidak bagus. Pokok pangkal hati kita sebagai ibu bapa. Kuat atau tidak untuk bertegas dengan anak anak mengenai pemakanan mereka. Mimi bersyukur sebab bila ada minuman susu kultur dan yogurt Fernleaf CalciYum di rumah anak anak tak minta snek lain. Lega hati. 

Mimi cukup risau bila anak anak suka makan snek yang tidak bagus, mereka akan menghadapi masalah penghadaman. Sedangkan kita orang dewasa pun tidak tahan sakit bila ada masalah penghadaman inikan pula anak anak yang masih kecil kan. Sebab itu kenapa Fernleaf CalciYum menjadi pilihan Mimi sebab khasiat yang terdapat di dalamnya banyak membantu pembesaran dan penghadaman anak anak Mimi.


Minuman Susu Kultur dan Yogurt Fernleaf CalciYum Bantu Penghadaman Anak-anak 



Seperti yang Mimi beritahu tadi, minuman susu kultur dan yogurt Fernleaf CalciYum menjadi pilihan Mimi untuk anak. Bukan anak saja suka, Mimi pun suka sebab rasanya yang sedap. Sejak dari dulu lagi, Mimi memang akan berikan anak snek yang sihat dan berkhasiat macam Fernleaf CalciYum ini.  


5 Sebab Mengapa Minuman Susu Kultur dan Yogurt Fernleaf CalciYum Menjadi Pilihan 

Mesti korang nak tahu kenapa Mimi lebih memilih minuman susu kultur dan yogurt Fernleaf CalciYum daripada minuman susu kultur lain yang ada di pasaran. Sebagai ibu, Mimi akan selektif dan cerewet untuk berikan yang terbaik untuk anak. Sebelum nak berikan sesuatu kepada anak, Mimi akan pastikan khasiat dan kebaikan yang terdapat dalam sesuatu produk. Ini 5 sebab mengapa minuman susu kultur dan yogurt Fernleaf CalciYum menjadi pilihan utama Mimi. 




1) Mempunyai nutrisi penting Probiotik DR20 ™

Anak Mimi mudah kena masalah penghadaman senang kata sembelit. Jenis makan sahaja apa yang ada tapi bila nak membuang mula bermasalah. Dulu pernah juga merasa masalah sembelit, memang sakit sangat. Jadi, Mimi tak nak anak merasa perkara yang sama. Bila anak anak kena sembelit memang otak terus berfikir cara nak selesaikan masalah penghadaman anak. Sebab itu Mimi memilih minuman susu kultur Fernleaf CalciYum kerana ia mengandungi Probiotik DR20 ™ yang baik untuk perut. Probiotik ini berfungsi menyokong sistem pencernaan yang sihat, dan menjaga daya tahan badan yang kuatJadi, probiotik DR20 ™ adalah bakteria baik yang menjaga perut anak-anak. Yogurt Fernleaf CalciYum juga mempunyai Probiotik DR20 ™ dan baik untuk penghadaman.

Probiotik DR20 ™ juga membantu menyokong sistem imun anak-anak. Jadi, anak-anak tidak akan mudah jatuh sakit kerana adanya Probiotik DR20 ™ yang menjadi perisai untuk kesihatan anak-anak yang aktif. Selain daripada itu, usus anak-anak juga akan menyerap semaksimum mungkin zat nutrien dari makanan kerana usus sihat.



2) Tinggi Kalsium dan Vitamin D serta Kandungan Gula Yang Rendah



Untuk tumbesaran anak-anak, khasiat dari Kalsium dan Vitamin D sangat penting. Kalau korang nak tahu, Kalsium diperlukan untuk tumbesaran tulang dan gigi yang sihat dan kuat manakala Vitamin D pula tidak boleh dihasilkan dalam badan dan kita kena ambil melalui makanan ataupun suplimen. Jadi untuk menghasilkan Vitamin D dalam tubuh badan anak, Mimi berikan minuman susu kultur dan yogurt Fernleaf CalciYum. 

Yang paling best, produk Fernleaf CalciYum mengandungi 2 kali ganda kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat berbanding susu segar biasa 100 ml tau. Kedua-dua minuman susu kultur dan yogurt CalciYum mempunyai logo 'Healthier Choice' dari Kementerian Kesihatan Malaysia kerana kandungan gulanya rendah. 

Jadi, pilihan Mimi ini tepat dan tak salah kan untuk tumbesaran dan kesihatan anak. 


3) Mempunyai 4 perisa yang berkhasiat dan sedap



Untuk pengetahuan korang, minuman susu kultur Fernleaf CalciYum mempunyai 4 variasi perisa yang sedap iaitu Asli, Oren, Anggur dan Epal. Setiap botol minuman susu kultur kandungan 100ml dan Mimi akan beli kesemua perisa. Semua perisa merasa kan. Bukan sahaja berhasiat malahan sedap juga. 

Untuk yogurt juga ada 4 perisa iaitu Chocoberry, Strawberi Anggur, Strawberi Mangga dan Vanilla Anggur. Kesemua perisa sedap. Yang bagusya, Yogurt Fernleaf CalciYum juga mengandungi Phoculipids™ nutrien yang sangat baik untuk tumbesaran anak-anak. 




Setiap kali nak hantar anak ke rumah pengasuh, Mimi akan bekalkan dia sebotol minuman susu kultur dan juga yogurt Fernleaf CalciYum. 

4) Harga yang murah dan berpatutan

Bagi minuman susu kultur Fernleaf CalciYum ini, kita boleh dapatkan satu set 5 botol serendah tidak sampai RM5. Macam Mimi beli di Giant harga 2 set RM4.20. Tempat lain Mimi tak pasti. Cuma yang Mimi sedar, harga minuman ini memang tidak akan melebihi dari RM5. Manakala bagi Yogurt Fernleaf CalciYum pula untuk 2 set (4 jennis perisa) boleh didapati dengan harga kurang dari RM10. Bagi Mimi harga kedua duanya masih murah dan berpatutan untuk kita semua beli. 




Sebelum Mimi terlupa, Mimi nak kongsi dengan korang semua. Sekarang ni dengan setiap pembelian minuman susu kultur Fernleaf CalciYum, akan dapat  percuma DIY mainan kereta lumba Boboiboy tau! Boleh juga luangkan masa dengan anak DIY kereta lumba Boboiboy. Adhwa memang suka setiap kali beli minuman susu kultur Fernleaf CalciYum, dia akan dapat koleksi yang berbeza. Semua koleksi dia ada dah itu pun tak pernah jemu suruh beli lagi sebab nak kumpul kereta mainan Boboiboy banyak. 

Dekat mana nak dapatkan minuman susu kultur dan yogurt Fernleaf CalciYum ni? Hah kalau korang nak beli untuk anak-anak, bolehlah ke kedai serbaneka, hypermarket berhampiran dengan rumah korang untuk dapatkan Fernleaf CalciYum yang menjadi kegemaran kanak-kanak ni.

24 Comments

  1. MEnarik.. Bagus idea memberikan yogurt calciyum

    ReplyDelete
  2. Fav anak- anak buah akak gak ni...memang tiap kali pi Zemart..kna pau calciyum ni la...

    ReplyDelete
  3. Akak tag awak kat entry ni..komen ni tak yah publish erk
    http://www.suriaamanda.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    ReplyDelete
  4. Bukan anak akak je suka kak, Sally sendiri pun kadang-kadang beli jugak...hahahaha...

    ReplyDelete
  5. calciyum drink ni sedap. kalau anak sedara suka sangat. mesti beli banyak sebab depa suka. sekali minum 2 botol haha

    ReplyDelete
  6. jangan kata budak-budak, yang dewasa ni pun suka minum Calciyum sebab sedap hehehe best la beli calciyum boleh dapat mainan percuma!

    ReplyDelete
  7. Bagus air minuman yogurt Calciyum nie kan..

    ReplyDelete
  8. Ada bbayak peeisa.. Ada bnayak khasiat.. Minuman ni bukan anak2 je suka.. Mak2 ni pun suka. Ehhee.. Boleh buat aiskrim ni

    ReplyDelete
  9. Fernleaf drink ni mmg sedap.. Kita pun yg dewasa minum juga hehe

    ReplyDelete
  10. wahhhhh.. ini kalau kat rumah atie ni, berebut nak kasik perabis semua.. pantang ada dalam peti sejuk, laju je habis.. hee~ bagus sesekali bagi anak-anak minum susu kultur ni untuk cuci usus dan tingkatkan antibodi badan anak..

    ReplyDelete
  11. Elok bagi anak-anak calciyum ni kan. Bagus untuk tumbesaran diorang

    ReplyDelete
  12. Murahnya rm4.20 utk 2 set. Nanti sy pergi tengok kat Giant. Haritu beli kat T**** rm3.35 satu set.

    ReplyDelete
  13. snek sihat untuk anak2 kat rumah.. kalau g beli barang dapur, wajib beli calciyum nie..

    ReplyDelete
  14. This looks like such a great drink. Can’t wait to buy a few of these for my young little nephews nnt, i am sure they will love them!

    ReplyDelete
  15. macam mana rasa nya ini? pernah pun nampak banyak mommy mommy yang share pasal fern leaf ni. tapi saya tak pernah pun try. mungkin tunggu anak besar nanti, saya akan cuba bagi dia.

    ReplyDelete
  16. Rawlins pun suka beli dan minum nie. Tak pe kan? Bukan untuk tumbesaran tapi sebab perut rasa much better jika minum nie hehe

    ReplyDelete
  17. i dah beli berpeket peket sejak tahu probiotik tu dipatenkan, heee... paling best yogurt tu boleh buat jadi ais krim hahahah sedap sangat bila makan santai santai waktu petang

    ReplyDelete
  18. pernah beli jugak tapi anak-anak saya tak minat sangat minuman mcm ni.. dorang tak minat.. saya yang minum lah..haha

    ReplyDelete
  19. memang ramai ibu bapa di luar sana akan beri susu calciyum utk anak2 sebab banyak kahsiatnya. tak tahu pulak fernleaf pon dh ada susu calciyum sendiri

    ReplyDelete
  20. Selalu kalau ke pasaraya memang akan restock minuman dan yogurt ni. Senang ada dalam satu shelves yang sama. Ambil 2 terus. Haha.

    ReplyDelete
  21. Waaaaa sedapnya calcium. Anak2 suka makan. Banyak juga khasiat dia kan.

    ReplyDelete
  22. Favorite healthy drink ni.. kalau pergi supermarket sure akan beli ni juga.. glad to see the kids love it so much..

    ReplyDelete
  23. Baru je beli calcium restock stock anak dalam fridge. Memang setiap hari makan satu bekas untuk sumber kalsium

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
Mimie