Bantuan Menyelamatkan Rumah Bakti Nur Syaheera Dari Dijual

 

Bantuan Menyelamatkan Rumah Bakti Nur Syaheera Dari DijualAssalamualaikum semua, di musim yang serba sukar sekarang ini memang tak dinafikan semua pihak merasa kesusahan dan keperitan. Namun begitu kita kena sentiasa ingat, Mungkin kita merasa hidup kita susah namum begitu lebih ramai lagi yang diuji kesusahan lebih dari kita. Justeru itu, kat sini Mimi nak ajak korang semua untuk Bantu Rumah Bakti Nur Syaheera.



Latar Belakang Rumah Bakti Nur Syaheera 

RUMAH BAKTI NUR SYAHEERA adalah sebuah rumah yang menempatkan anak-anak yatim dan miskin. Rumah ini adalah di bawah pengurusan dan naungan 𝙿𝙴𝚁𝚃𝚄𝙱𝚄𝙷𝙰𝙽 𝙺𝙴𝙱𝙰𝙹𝙸𝙺𝙰𝙽 𝙽𝚄𝚁 S𝚈𝙰𝙷𝙴𝙴𝚁𝙰 𝙺𝚄𝙰𝙻𝙰 𝙻𝚄𝙼𝙿𝚄𝚁 dengan 𝘕𝘰. 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘢𝘧𝘵𝘢𝘳𝘢𝘯 1379-09-𝘞𝘒𝘓.



Pada ketika ini ,bilangan anak-anak yatim dan miskin yang tinggal disini adalah seramai 30 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 dan bilangan ini akan ditambahkan dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kemampuan. Segala pengurusan, pentadbiran dan perbelanjaan anak-anak yatim ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pihak Jawatankuasa 𝙿𝙴𝚁𝚃𝚄𝙱𝚄𝙷𝙰𝙽 𝙺𝙴𝙱𝙰𝙹𝙸𝙺𝙰𝙽 𝙽𝚄𝚁 𝚂𝚈𝙰𝙷𝙴𝙴𝚁𝙰 𝙺𝚄𝙰𝙻𝙰 𝙻𝚄𝙼𝙿𝚄𝚁.

Buat masa ini, sumber kewangan hanyalah bergantung semata-mata dari derma yang diterima daripada dermawan-dermawan yang budiman.






Bantuan Menyelamatkan Rumah Bakti Nur Syaheera Dari Dijual 




Baru-baru ini, Tuan Rumah telah menyuarakan hasrat untuk menjual salah sebuah rumah daripada tiga buah rumah yang telah disewa daripada beliau iaitu rumah tengah yang 𝐛𝐞𝐫𝐧𝐨𝐦𝐛𝐨𝐫 𝟐𝟓, manakala rumah 𝘣𝘦𝘳𝘯𝘰𝘮𝘣𝘰𝘳 23 & 27 kekal dalam sewaan selepas hampir 11 tahun anak-anak mendiami rumah berkenaan.

Bagi Tujuan Pembelian Rumah yang beralamat 𝐍𝐨 𝟐𝟓, 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐲𝐚 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝟑, 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐲𝐚 𝐁𝐚𝐫𝐮, 𝟓𝟔𝟎𝟎𝟎, 𝐂𝐡𝐞𝐫𝐚𝐬, 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫.

Kos Pembelian : 𝐑𝐌𝟔𝟕𝟎,𝟎𝟎𝟎.𝟎𝟎
(Ringgit Malaysia Enam Ratus Tujuh Puluh Ribu Sahaja)

Status Terkini : 𝐒𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧

Justeru itu, Pihak Jawatankuasa amat mengalu-alukan dan mengharap akan dana sumbangan para dermawan mulia yang prihatin bagi menjayakan hasrat pembelian rumah ini. Semoga Allah SWT memberi taufik dan hidayahNya kepada para dermawan sekalian.


Sumbangan Untuk Rumah Bakti Nur Syaheera 



Sumbangan boleh disalurkan ke :
𝙈𝙖𝙮𝙗𝙖𝙣𝙠 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢𝙞𝙘 ¦ 564856111166





Maklumat Untuk Dihubungi:

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 
Pengasas / 𝙿𝚎𝚗𝚐𝚎𝚛𝚞𝚜𝚒 𝚁𝚞𝚖𝚊𝚑 𝙱𝚊𝚔𝚝𝚒 𝙽𝚞𝚛 𝚂𝚢𝚊𝚑𝚎𝚎𝚛𝚊,
𝙅𝙤𝙝𝙖𝙧𝙞 𝘽𝙞𝙣 𝙃𝙖𝙟𝙞 𝘽𝙖𝙨𝙧𝙞 (012-2922542) dan
Pengasas / 𝙿𝚎𝚗𝚐𝚎𝚛𝚞𝚜𝚒 𝙱𝚎𝚛𝚜𝚊𝚖𝚊, 𝙎𝙪𝙯𝙖𝙣𝙖 𝘽𝙞𝙣𝙩𝙞 𝙅𝙖𝙛𝙖𝙧 (012-2002542) 


Jemput War-warkan



Diharap kengkawan kat sini dapat war-warkan tentang perkara ini. Jika tak dapat bantu dengan wang ringgit, bantu share perkara ini pun amat dihargai. Semoga usaha membantu mereka walaupun dengan share saja serba sedikit akan memberi peluang kepada mereka dan juga peluang amal kebajikan buat kita sendiri. Sebarang sumbangan amat digalakkan.



Post a Comment

20 Comments

  1. Semoga urusan mereka dipermudahkan. tersentuh hati tengok muka anak2 yg polos tu

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan anak-anak nih..

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan buat anak-anak ini semua...

    ReplyDelete
  4. Allahu... Semoga rumah tersebut tidak dijual. Sama-samalah kita menyelamatkannya demi keselesaan anak-anak yatim Rumah Bakti Nursyaheera

    ReplyDelete
  5. moga ada insan mulia yang sudi membantu..insyaAllah..aamiin

    ReplyDelete
  6. insyallah sama-sama kita bantu

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan buat anak- anak yatim ini...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Terima kasih kepada Blogger Mimi Azirah yang prihatin dan sudi berkongsi maklumat mengenai permohonan pihak kami untuk menerima sumbangan bagi pembelian rumah untuk perlindungan anak-anak Rumah Bakti Nur Syaheera

    Semoga dengan perkongsian ini, Allah mempermudahkan segala urusan rumah bakti kami terutama berkaitan pembelian ini, dan semoga Allah memberkati & merahmati Blogger Mimi Azirah sekeluarga di dunia serta akhirat sana yang ringan membantu insan-insan yang memerlukan..
    Aminnn.. inshaAllah..

    ReplyDelete
  9. Good sharing Mimi.. semoga lebih bantuan yang datang untuk mereka kan..

    ReplyDelete
  10. Semoga dipermudahkan urusan untuk rumah bakti nur syaheera.

    ReplyDelete
  11. Insyaallah sesama la kita membantu.. seronok dpt tgk muka adik2 ni happy 🌺

    ReplyDelete
  12. Kesian bila tengok anak2 yatim ni.. Kita bnatu sikit2.. Semoga dpt ringankan beban mereka. Kita share tau

    ReplyDelete
  13. Ramai2 kne share perkara nie.. kesiannya.. jgn la jual, mana dorg semua nk duduk.. harap ramai pihak tampil untuk bantu..

    ReplyDelete
  14. Usaha menyelamatkan 𝚁𝚞𝚖𝚊𝚑 𝙱𝚊𝚔𝚝𝚒 𝙽𝚞𝚛 𝚂𝚢𝚊𝚑𝚎𝚎𝚛𝚊,adalah satu usaha yg murni utk membantu mereka, in sha allah semoga tercapai

    ReplyDelete
  15. Moga dipermudahkan urusan pengurus Rumah Bakti ni, Aamiin.

    ReplyDelete
  16. Thanks for the sharing and awareness, hopefully more people can help them so that this charity home can be maintained.

    ReplyDelete
  17. Jom sama2 bantu rumah bakti ni utk terus beroperasi. Semoga dipermudahkan urusan mereka.

    ReplyDelete
  18. moga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  19. Moga usaha ini dapat menyelamatkan rumah bakti ini dari dijual...Aaamin

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com