Resipi Sup Ayam Dato' Rizalman

Resipi Sup Ayam Dato' Rizalman | Assalamualaikum. Hai semua. Semoga semua sihat hendaknya di musim Covid-19 ni. Yang negeri terlibat dengan PKPB pula sama samalah kita jaga kita. Patuh arahan dan ikut SOP.

Start minggu depan, Mimi dah mula Bekerja Dari Rumah (BDR) secara bergilir gilir. Bila dah duduk di rumah ni, memang banyak bendalah nak buat kan. Contohnya deko rumah, buat content untuk media sosial ataupun cuba resipi baru.



Bercerita pasal resipi Mimi nak kongsi dengan semua satu resipi sup yang sedap iaitu Resipi Sup Ayam Dato' Rizalman. Siapa je yang tak kenal Dato' Rizalman kan? Ikon Malaysia yang berjaya menempa nama dalam bidnag fesyen suatu ketika dahulu dan kini telah bersara dari dunia fesyen. Kini, beliau sibuk dengan perniagaan beliau. Respect dengan Dato' Rizalman ni sebab idea beliau tu sangat brilliant dan banyak membantu rakyat marhein. Selain daripada, berniaga beliau todak lokek kongsi tazkirah dan juga resipi. 

Mimi dah cuba salah satu resipi yang beliau kongsikan iaitu Sup Ayam versi Dato' Rizalman. Sedap sangat dan tahan sampai esok pagi. Tak basi walaupun tak simpan dalam peti sejuk (gara gara terlupa simpan)

Jom cuba resipi Sup Ayam Dato' Rizalman. Sekali cuba mesti nak buat lagi dan lagi. 

Bahan bahan :

Ayam (potong kecil) 

2 bungkus sup bunjut

1 biji bawang besar (belah 4)

10 biji Bawang merah dihiris halus (separuh untuk tumis dan separuh lagi untuk goreng)

Kulit kayu manis

Bunga lawang

Halia dihiris

2 biji lemon (diambil jus)

Daun bawang 

Daun sup


Cara cara masak

1. Tumis separuh daripada hirisan bawang merah. Hirisan halia, kulit kayu manis dna bunga lawang. Tumis hingga bawang garing.



2. Masukkan ayam. Gaul dan masak hingga keluar air ayam. Kemudian masukkan air. Kalau suka hirup sup, bubuhlah air tu banyak. Ikut pada selera masing masing. 

3. Kemudian masukkan bawang besar yang dibelah 4, sup bunjut dan jus lemon. Kacau kacau. Nanti perasalah dengan garam dan gula sikit. 




4. Kemudian masukkan separuh bawang merah yang digoreng (bersama minyak) ke dalam sup tadi.

5. Akhir sekali tabur daun sup dan daun bawang atas sup tadi. Siap. 

Hirup macam tu saja pun dah sedap tau korang. Cicah dengan roti lagilah bertambah sedap. 

Selalunya nak makan sup ayam ni Mimi akan sediakan sambal kicap sekali. Memnag marvellous rasanya. Mimi tak makan dengan nasi tapi cicah roti. Memang sedaplah. Rasanya unik dan tahan lama. 



Kalau masak sup sebelum ni kalau terlupa simpan dalam fridge memang akan basi. Tapi sup ayam Dato' Rizalman ni memang tak basi tau korang. Korang pun jangan luoa cuba resipi Sup Ayam Dato' Rizalman ni tau. In sya Allah sekali buat mesti nak buat lagi dan lagi. 

Post a Comment

16 Comments

  1. Nampak sedap la...simple jer kan....nanti akak nak cuba

    ReplyDelete
  2. Liez pun dah pernah masak.. tp durhaka la sbb letak kentang dan carrot..nak bagi anak² makan mmg liez jenis suka masak makanan yg ada sayur sekali.. so masak sejenis je..suka dgn rs sup tu sbb masam lemon ada

    ReplyDelete
  3. simple sahaja resepinya.
    best cicah roti time panas2 sup tu kan.

    ReplyDelete
  4. hehehe DR tu kemain dia kalo mai bab bab masak..
    resepi2 dia blh tahan.. lama pulak x dngr dia membebel..

    ReplyDelete
  5. Hujan sejuk ni sedap betul pekena sup ayam kan. Hirup kuah dia tu ya allah nikmatnya!!!

    ReplyDelete
  6. Wah unik juga ya resepi ni sebab pakai lemon. Nanti nak cuba la. Dlm fridge tu mmg sentiasa ada lemon.

    ReplyDelete
  7. Ok akak baca sambil telan air liur. Esok nak buat lah cuba resepi ni. Dato Rizalman memang pandai masak kan mimi.

    ReplyDelete
  8. oooh macam ni rupanya masak dia. simple jer! lepas ni boleh lah beli dan masak sendri kat uman

    ReplyDelete
  9. Haritu nampak juga kawan buatm katanya sedap, mudah dan ringkas.. Ni Mimi pun cuba juga, next Sis nak try jugalah...

    ReplyDelete
  10. ooohhhh sup dia letak lemon! Okay nanti nak try resipi ni pulak. Bahan dia pun lebih kurang sama je dengan sup biasa hihi

    ReplyDelete
  11. Sedapnya sup ayam ni... lama sgt dah tak masak sup macam ni.. nak try recipe ni pulak la, preparation pun senang kan..

    ReplyDelete
  12. Terima kasih mimie share resipi Sup Ayam Dato' Rizalman ni. Mouse mommy pun gemar masak bersama dengan anak-anak masa hujung minggu.

    ReplyDelete
  13. Senang je masak sup ayam haa.. Thanks share resepi. Lpasni buat sendiri je time sejuk2 makan sup ayam panas

    ReplyDelete
  14. byk dia letak bawang merah.. boleh try la mesti sedap ni kalau dah resepi dato rizalman

    ReplyDelete
  15. wow meat lovers sure love this Sup Ayam Dato' Rizalman. Thanks for sharing the recipe. nak buat when senang

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com