Patutlah Mahal, Rupanya Ini Kelebihan Kurma Ajwa atau Kurma Nabi
Assalamualaikum dan hai semua! Kurma memang sinonim dengan bulan puasa kerana sunnah makan kurma ketuka bersahur mahupun berbuka.
Kurma ni banyak jenis. Ada kurma Mazafati, kurma Sayer, kurma Mabroom, kurma Piarom, kurma Ajwa dan banyak lagi. Yang paling Mimi suka ialah kurma Ajwa kerana isinya yang tidak manis, padat dan mengenyangkan. Kurma Ajwa dikenali sebagai kurma Nabi. Nak tahu lanjut mengenai kurma Ajwa baca artikel yang Mimi kongsikan ini hingga habis.
Asal Usul Kurma Ajwa atau Kurma Nabi
Salah satu kurma yang Mimi suka makan ialah kurma Ajwa atau lebih dikenali sebagai kurma Nabi. Ia juga merupakan buah kegemaran Nabi Muhammad SAW.
Serba sedikit mengenai kurma Ajwa atau kurma Nabi. Kurma Ajwa merupakan kurma yang berbentuk hampir bulat dengan warna kehitaman. Teksturnya pula tebal dan lembut. Yang paling Mimi suka rasanya tidak terlalu manis seperti kurma lain yang dijual di Malaysia. Kurma Ajwa juga banyak ditanam di Madinah.
Kalau kita baca sendiri serba sedikit sejarah mengenai kurma Ajwa, kurma Ajwa yang pertama ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW di tanah berhampiran Masjid Quba, Madinah.
Kurma Ajwa merupakan kurma yang mahal antara kurma yang ada kerana kini hanya terdapat sekitar 100 pokok kurma Ajwa sahaja di Madinah. Oleh kerana itu harganya agak mahal berbanding kurma yang ada.
Kelebihan Mengamalkan Kurma Ajwa Kurma Paling Mahal
Banyak kelebihan sebenarnya apabila mengamalkan kurma Ajwa kurma paling mahal ini. Harganya boleh cecah RM80 - RM160 sekilo di Malaysia tau. Kalau di Arab Saudi cecah 60-80 riyal sekilo.
Apa kelebihan mengamalkan kurma Ajwa ni? Antara kelebihannya ialah :
1) Kurma yang disebut dalam hadis
Tahukah korang bahawa antara 1400 jenis kurma yang ada, kurma Ajwa merupakan kurma yang disebut dengan jelas di dalam hadis akan kelebihan mengamalkannya.
Ù…َÙ†ْ تَصَبَّØَ بِسَبْعِ تَÙ…َرَاتٍ عَجْÙˆَØ©ً، Ù„َÙ…ْ ÙŠَضُرَّÙ‡ُ ذَÙ„ِÙƒَ الْÙŠَÙˆْÙ…َ سُÙ…ٌّ، ÙˆَÙ„َا سِØْرٌ
Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]
2. Cirinya Yang Unik
Buah kurma Ajwa merupakan kurma yang berwarna gelap dan kehitaman, berbentuk hampir bulat dan kecil. Tidak manis dan isinya yang lembut. Ia juga mempunyai khasiat yang unik dibandingkan kurma lain.
3. Melindungi daripada jangkitan
Kurma Ajwa merupakan kurma yang mampu mengelakkan diri dari sebarang jangkitan, meningkatkan kesihatan jantung kita serta bersifat anti kanser.
Ia juga kaya dengan zat magnesium iaiti mineral di mana ia amat penting sebagai anti radang.
4. Sumber antioksidan
Kurma Ajwa juga merupakan sumber antioksidan di mana ia mengandungi flavonoid glycosides yang membekalkan antioksidan kepada tubuh setanding produk antioksidan yang ada di pasaran.
5. Berkhasiat buat ibu mengandung dan menyusukan bayi
Selain sinonim dengan bulan puasa, kurma juga sinonim dengan ibu ibu mengandung dan menyusukan bayi kerana ia mampu memberi tenaga yang berterusan. Kurma Ajwa juga mampu meningkatkan susu badan untuk ibu yang menyusukan bayi selain daripada melindungi daripada sebarang jangkitan dan penyakit.
Sebab itu, Mimi mengamalkan kurma Ajwa kerana setiap kali amalkan kurma Ajwa alhamdulillah susu badan Mimi banyak dan pekat.
6. Melancarkan sistem penghadaman
Bila berpuasa, badan kita kekurangan air. Jadi agak mudah terkena sembelit. Mengamalkan makan kurma Ajwa mampu menghindarkan dari sembelit dan pembuangan jadi lawas. Kandungan serat yang terdapat di dalamnya melancarkan sistem percernaan.
Kurma Ajwa Asli Madinah Keluaran Rihura Herbs
Tak kisahlah, harga kurma Ajwa ni mahal dari kurma yang lain ia tetap jadi pilihan Mimi kerana kelebihan dan keistimewaan yang ada pada kurma Ajwa ni.
Bulan puasa yang lepas, Mimi tak melepaskan peluang beli kurma Ajwa ni untuk dijadikan makanan pembuka sahur dan berbuka. Bulan lepas datang lagi stok kurma Ajwa. Kali ni sekilo kurma Ajwa pula. Mimi jadikan kurma Ajwa sebagai kudapan tak kira masa.
Rasa teragak nak makan, memang Mimi makan saja. Siap standby satu bekas kecil berisi kurma Ajwa dalam beg. Mana mana pergi memang bawa. Teragak nak makan, ambil saja. Senang. Kurma Ajwa Asli Madinah yang Mimi beli dan makan tentulah keluaran Rihura Herbs.
Kurma Ajwa dari Rihura Herbs jadi pilihan kerana gred kurma Ajwa ni merupakan gred 1 di mana ia merupakan kurma berkualiti tinggi, paling segar dan elok.
Walaupun harga kurma Ajwa ni mahal tapi tidak kira peringkat apa pun korang juga mampu beli kurma Ajwa keluaran Rihura Herbs ni kerana harganya yang mampu milik. Kini, semua orang mampu membeli dan merasa keenakkan dan kesedapan kurma Ajwa.
Bagusnya kurma Ajwa keluaran rihura Herbs ini ialah selain dari harga yang berpatutan, kualiti kurmanya juga terbaik. Setiap produk merupakan stok terbaru bukan stok lama.
Kurma Ajwa Asli Madinah dari Rihura Herbs ini mempunyai 5 jenis bungkusan dan berat yang berbeza. Setiap bungkusan mempunyai harga yang berbeza mengikut berat iaitu :
[100g] RM 15
[200g] RM 28
[300g] RM 40
[500g] RM 60
[1kg] RM 110
Untuk maklumat lanjut dan pembelian, boleh hubungi Rihura Herbs :
Whastapp : +60 10-501 2717
24 Comments
yea betul..akak pun suka kurma ajwa ni..sedap. tak manis macam kurma lain.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletejarang2 sekali abe beli la kurma nabi...mmg sedap. padan la harganya mahal.
ReplyDeleteDah makan kurma ni. Memang sedap. Sekali hadap boleh makan sampai 7/8biji
ReplyDeleteKurma ni mmg sedap...susah nk dpt n harga pn berbaloi...done follow...jemput follow di www.bondachanted.com n www.dakwatpena.com..
ReplyDeleteRawlins suka campurkan kurma bila buat overnight oats. Alhamdulilah, kenyang dan mudah lawas bila membuang. Memang banyak kelebihan kurma nie kan
ReplyDeleteKurma Ajwa mmg mahal berbanding kurma yang lain tapi kurma ajwa ni byk kelebihannya ..
ReplyDeleteYep, kurma ajwa is special and good for health. I love eating it too. Thank you for sharing.
ReplyDeleteSedap kurma Ajwa ni. Isinya lembut. Yaya letak dalam bekas kecil letak kat ofis. Tak sempat breakfast makan kurma je..
ReplyDeletekadang kadang bila kita beli kurma mahal, pelik jugak kenapa la mahal sgt. bila dah makan, macam " oh sedap rupanya, patutla mahal"
ReplyDeletemesti manis rasa kan. tengok pun sedapnya kalu boleh kunyah 2 3 biji sebelum breakfast
ReplyDeletePernah makan dan sedap sangat. Lembut dia tu lain daripada kurma lain.
ReplyDeletekurma mmg ada keistimewaanya tersendiri. :) makanan sunnah kan
ReplyDeleteTak pernh makan lagi.. Ramai dh cuba dan kata sedp.. Nanti nak try juga la.. Harag pun boleh tahan
ReplyDeleteMemang sedap kurma ni, makan setiap masa tak payah tunggu ulan puasa jer.. suka buat susu kurma sendiri
ReplyDeleteWah.. Kurma gred 1 tentu sedap kak pun suka mkn kurma tp xsemua kurma yg rasanya sama jd kak jenis memilih skt
ReplyDeletekurma ajwa ni mmg kaya dengan khasiat..memang sedap dan boleh makan dengan pelbagai cara
ReplyDeleteKalau ada duit lebih memang beli kurma yang berkualiti macam kurma ajwa tu
ReplyDeleteKurma ajwa mmg mahal sikit. Tapi sedap. Iza pun kalau nk beli kurma cari yg jenis ajwa.
ReplyDeleteDah rasa! memang sedapppp.... mcm ni upanya rasa kurma ajwa.. mmg berbeza sgt2,.. so special.
ReplyDeleteMemang betul, mahal pun tapi banyak khasiatnya, Sis sampai sekarang masih makan kurma Ajwa ni ..
ReplyDeleteNi favourite ena. Patutla masa mertua pegi umrah dia ckp beli sikit je orang tertentu dia bagi sebab mahal. Memang sedap lahh. Boleh pekatkan susu badan ye. Tak penah cuba sepanjang nyusu kan safiyyah. Boleh la ena try kan
ReplyDeleteRamai berpesan, kalau nak beli kurma nabi ni kna btol2 cari yang boleh dipercayai. yela sbb harga dia boleh tahan. takut dapat yang fake kan.
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com