Ibu Hamil dan Berpantang Wajib Ada Coco No. 1 Skin Tightening Cream | Setiap ibu ibu di luar sana pasti akan mengalami masalah perut buncit atau selulit sewaktu hamil atau ketika berpantang. Berani menyuarakan benda ni sebab diri sendiri sedang mengalami dua masalah ni. Rasa stress juga bila tengok perut buncit dan ada selulit di peha ni kan. Rasa macam nak gosok dengan kertas pasir saja.
Nak dapatkan perut kempis dan bebas daripada selulit memang macam macam cara dilakukan untuk atasi masalah tersebut. Dak Mimi sendiri dah guna pelbagai produk dan cara untuk dapatkan perut kempis dan hilangkan selulit tapi kesannya agak tidak memuaskan. Jadi, misi mencari produk yang sesuai diteruskan. Cari punya cari terjumpa produk Coco No. 1 Skin Tightening Cream yang membantu mengatasi masalah perut buncit dan selulit. Nampak menarik untuk dicuba. Nak tahu apa keistimewaan produk ini baca artikel sehingga habis.
Manfaat Coco No. 1 Skin Tightening Cream kepada Ibu Hamil dan Ibu Berpantang
Coco No. 1 Skin Tightening Cream ini juga dikenali sebagai krim bakar lemak perut dan krim anti selulit. Ia sangat sesuai digunakan oleh ibu hamil, berpantang mahu pun menyusukan anak. Krim ini wajib ada dalam beg terutamanya ibu yang hamil dan dalam pantang.
Krim bakar lemak dan krim anti selulit sangat sesuai digunakan oleh ibu ibu di luar sana yang mempunyai masalah selepas bersalin seperti berikut :
❤️ Perut buncit selepas bersalin
❤️ Perut mengeleber
❤️ Lemak berkumpul di perut dan peha
❤️ Kulit perut loose, kendur dan berkedut
❤️ Selulit di peha
❤️ Sukar buang air besar dan angin
❤️ Badan berangin dan susah kentut
Masalah di atas memang biasa di alami kebanyakan ibu ibu yang sedang hamil dan berpantang. Familiar sangat masalah ni kan. Tapi semua masalah ini boleh diselesaikan dengan penggunaan secara konsisten krim bakar buncit perut dan krim anti selulit ini.
Apa manfaat utama menggunakan Coco No. 1 Skin Tightening Cream ni kepada ibu hamil dan ibu berpantang? Antara manfaat utama krim ini ialah :
✅ Menegangkan kulit yang kendur dan loose
✅ Mengurangkan selulit
✅ Mengurangkan air berlebihan dalam badan (water retention)
✅ Membuang angin dalam badan
✅ Mengempiskan dan mengurangkan buncit perut
✅ Menganjalkan kulit supaya kelihatan muda dan halus
✅ Menyerikan kulit
✅ Membantu melembapkan kulit
Hah bila baca manfaat yang ada pada sebotol Coco No. 1 Skin Tightening Cream ni rasa macam bagusnya produk ni. Banyak juga manfaat yang boleh diperolehi dengan menggunakannya secara konsisten.
Bila manfaatnya bagus, mesti bahan bahan yang digunakan juga dari bahan bahan yang berkualiti betul tak? Ada antara bahan bahan yang digunakan untuk menghasilkan krim pecah lemak perut dan krim selulit ini digunakan sejak turun temurun oleh nenek moyang kita untuk rawatan tradisional mahupun kecantikan.
Apa bahan bahan yang digunakan? Bahan bahan yang digunakan untuk menghasilkan Skin Tightening Cream ni ialah :
🔴 Cold Pressed VCO
🔴 Vitamin E
🔴 Ginger Extract
🔴 Temulawak
Kalau tengok kandungan bahannya memang selalu digunakan dalam produk kecantikan mahupun kesihatan. Memang tidak dapat disangkal lagi manfaat yang diperolehi dengan menggunakan krim bakar buncit perut dan krim anti selulit ni.
Jadi, tak perlu rasa was was mahupun ragu ragu menggunakan produk All About Coco ni. Sebab apa? Sebab produk ini kerana ia diperbuat daripada bahan semulajadi berkualiti premium. Ia juga telah dicipta oleh pakar R&D yang bertauliah. Selain daripada itu ia telah diuji selamat dan diluluskan oleh KKM.
Yang paling penting sudah tentulah produk keluaran All About Coco ini mendapat pensijilan HALAL daripada JAKIM. Hah, selepas ni boleh guna produk ni sapu sapu di bahagian bermasalah dengan senang hati.
Cara Menggunakan Coco No. 1 Skin Tightening Cream
Cara nak gunakan Coco No. 1 Skin Tightening Cream ni mudah sangat. Macam dak Mimi sendiri guna sehati tiga kali. Pagi, petang dan malam sebelum tidur.
1) Pamkan krim ke tapak tangan.
2) Sapu pada bahagian bermasalah ikut arah lawan jam.
3) Sapu 2 hingga 3 minit sehingga meresap ke dalam kulit.
Pastikan selepas sapu krim, cuci tangan dengan sabun dan air. Nanti tangan jadi pijar dan panas pula, kesian pada anak nanti bila kita pegang.
Krim ni memang best pakai sebab rasa pijar panas berangin tu akan terasa perlahan lahan. Lagi best selepas sapu krim ni pakai dengan girdle atau bengkung.
Krim ni berwarna kuning dan bau halianya memang nyaman saja bila hidu. Tekstur krim ni lembut dan tidak melekit.
Kesan Selepas Menggunakan Coco No. 1 Skin Tightening Cream Selama 2 Minggu
Selalunya dak Mimi akan guna sesuatu produk untuk satu jangka masa yang ditetapkan sebelum artikel berkaitan produk untuk di kongsikan dengan semua di luar sana. Kali ni dak Mimi ambil masa 2 minggu untuk kongsikan kesan krim bakar buncit perut dan krim anti selulit ni. Yalah, nak buktikan produk ni betul betul berkesan mestilah kena alami kesannya terlebih dahulu ye tak?
Guna pun tak tapi nak kongsi kesan pada orang lain nampak sangat menipunya kan. Barang baik takkan tak nak kongsikan dengan orang lain. Sama sama dapat manfaat.
Selepas 2 minggu penggunaan Coco No. 1 Skin Tightening Cream ni memang dak Mimi berpuashati sangat. Nampak juga perbezaan sebelum dan selepas menggunakan. Selulit semakin berkurang, perut buncit juga semakin kurang. Kalau sebelum ni, anak anak mesti cakap perut dak Mimi gemuk. Sekarang ni anak anak cakap perut ummi dah nampak kecil dari sebelum ni. Maknanya apa? Ada perubahan kan?
Taklah kata perut buncit macam mengandung 3 bulan terus kempis perut ni. Tapi nampaklah perubahannya. Kira tak sebuncit seperti sebelum ni. Ada juga beberapa kain yang bila pakai sangkut di bahagian peha atau perut. Tapi selepas guna krim ni dah boleh sarung cuma ketat sedikit. Jadi, kena terus pakai secara konsisten untuk dapatkan bentuk yang dak Mimi nak.
Perkara biasa selepas bersalin badan ada angin. Semua orang akan alami. Jadi, bila pakai krim ni, bukan sahaja membantu mengurangkan lemak di perut dan peha, ia juga membantu mengeluarkan angin dari badan. Selepas guna Coco No. 1 Skin Tightening Cream ni memang rasa lega dan ringan sikit badan ni sebab angin kerap keluar.
Ada sesetengah orang angin keluar seperti sendawa. Dak Mimi kalau angin keluar memang ikut saluran bawahlah. Kah! Tapi memang puas hati lah angin keluar tu. Rasa lega. Simpan angin lama lama dalam badan pun bukan elok kan. Eloklah guna krim ni angin asyik nak keluar.
Selepas ni Mimi nak beli krim halia dengan capsicum pula. Memang suka pakai krim jenis macam ni sebab membantu memecahkan lemak tepu di samping mendapatkan bentuk badan ideal.
Produk All About Coco Yang Boleh Didapati di Pasaran
Untuk pengetahuan semua, produk All About Coco boleh didapati di pasaran melalui laman web All About Coco ya. Selain daripada Coco No. 1 Skin Tightening Cream ada juga produk All About Coco yang best dan tidak kurang bagus fungsinya. Produk All About Coco yang ada di pasaran ialah :
1) Coco No. 2 Stretch Mark Serum Oil
2) Krim Halia dengan Capsicum
3) Bengkung Pantas Zip Zap
4) Set Kempis Lepas Bersalin
Untuk Coco No. 1 Skin Tightening Cream harga sebotol ialah RM RM109.90 tetapi sekarang ni ada potongan, harga sebotol RM84.90. Tahan sehingga 2 bulan penggunaan. Berita best buat semua, setiap pembelian produk dari All About Coco, korang akan dapat diskaun 10% dengan menggunakan kod diskaun "MIMI10".
Untuk pembelian atau maklumat lanjut berkenaan produk All About Coco layari :
16 Comments
Macam menarik juga produk nie Mimi.. macam teringin nak cuba juga bab kempiskan perut dengan keluarkan angin tu.. hehehe..
ReplyDeletebaik..take note krim ni..mana tau nanti nak guna,kan. eh..hehe
ReplyDeleteBoleh buat hadiah kat bakal2 ibu ni.
ReplyDeleteIngat elok dipakai masa pantang je rupanya masa hamil pun bole pakai? Bagus nampak krim ni.
ReplyDeletesaya suka pakai serum di waktu malam. tapi bukan hari-hari la. berselang-seli dengan moisteriser krim. takde pulak dalam pilihan ya
ReplyDeleteFirst time nampak muka akak bergaya ngan produk macam ni. Hehe. Produk kalau berasaskan kelapa mesti bau wangi juga kan. Nanti nak try.
ReplyDeleteGood product. Can suggest to friends yg akan bersalin. Thank you for sharing.
ReplyDeleteMacam best je dapat kurangkan selulit, menci tengok selulit haha tq for sharing
ReplyDeleteBagusnyaa lahai sekarang, mudah senang nak kempiskan perut...zaman Sis, kalau tak pakai bengkung, memang buncit laaa... then apulah segala kapur dan limau tu haa... ni senang dah, beli aje dan sapu je kann...tgh sale tu jauh beza harga,
ReplyDeleteMemang tengah mencari jugak. Perut masih lom dpt kempis zaman bujang dulu. Hahaha. Dah mcm ngandung 3 bulan ni. Nasib baik ada bengkung
ReplyDeletemacam macam jenama.. macam macam jenis produk. Pening juga jadi perempuan ni nak pilih jenama dan product.
ReplyDeleteYang penting, bila berkualiti dan selamat, pasti akan ramai membeli
Angin ni bukat setakat yang pregnant je tapi yang dara pun selalu berangin tambah pula bila datang haid. Dapat sapu minyak panas memang lega.
ReplyDeleteWah.. mesti ibu2 yg dlm pantang teruja nak cuba Coco No. 1 Skin Tightening Cream org yg perut buncit pun mybe nak pakai jgk
ReplyDeleteTB pernah guna ni.. masa berpantang sapu benda ni.. sedap je rasa.. berangin dan tahan panas.. rasa best.. bau pun sedap bila pakai..
ReplyDeleteUuuuuwwwww perut buncit, mcm Sally kena cuba je ni 🤣🤣
ReplyDeleteWah memng memrlukan produk ni.. Biasalh mak2 lepas bersalin.. Hehehe..
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com