5 Jaw-Droping dan Cheesy-Licious Pizza di Kuala Lumpur dan Putrajaya

5 Jaw-Droping dan Cheesy-Licious Pizza di Kuala Lumpur dan Putrajaya | Pizza? Siapa saja yang tidak suka makan pizza signature dari Itali ni. Rasanya yang lembut, topping yang sedap pelbagai rasa dan dipenuhi dengan lelehan cheese merupakan kombinasi yang sangat serasi bagi menambahkan keenakkan pizza. 

Sumber : Google


Jika dahulu teringin nak makan pizza, kita perlu keluar ke bandar untuk membeli dan menikmati keenakkan pizza di restoran. Tetapi kini, seiring dengan peredaran masa yang berteknologi tinggi, kita tidak perlu bersusah payah keluar ke rumah pergi ke bandar untuk dapatkan pizza. Dengan menggunakan kecanggihan teknologi terkini, kita boleh membuat pesanan pizza hanya di hujung jari sahaja. 

Tidak terhad kepada restoran tertentu untuk dapatkan pizza, kini telah banyak restoran yang menjual pizza dengan pelbagai rasa. Kalau dahulu agak susah untuk dapatkan pizza, kini cakap sahaja mahu makan pizza di mana sudah banyak restoran yang menjual pizza.  

Kadang kala kekangan masa juga menghalang kita daripada menikmati keenakkan pizza yang berhampiran. Terutamanya mereka yang tinggal dan bekerja di kawasan bandar yang sibuk seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pasti akan fikir dua tiga kali sebelum keluar makan di restoran pizza berhampiran kerana kekangan waktu rehay yang singkat atau penat meredah jalan yang sesak. Buat mereka yang ingin menikmati keenakan pizza dan malas hendak membuang masa dan tenaga meredah kesesakan lalu lintas, masa ini sangat sesuai untuk menggunakan perkhidmatan pizza delivery.

5 Jaw-Dropping dan Cheese-Licious Pizza di Kuala Lumpur dan Putrajaya


Buat korang yang tinggal di sekitar Kuala Lumput dan Putrajaya, korang boleh dapatkan pizza yang dipenuhi dengan kesedapan pizza serta rasa yang mengagumkan di 5 restoran yang Mimi kongsikan di bawah. Jom baca 5 tempat makan dengan menu pizza yang sedap dipenuhi dengan keenakkan cheese di Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

1. Mikey's Original New York Pizza @ Bangsar



Restoran ini sentiasa dipenuhi dengan pelanggan dan ini merupakan tempat yang patut dikunjungi. Terletak di Bangsar dan dimiliki seorang chef yang amat meminati pizza. Di sini, pizza berukuran 18" lebih besar dari ukuran pizza biasa. Yang menariknya, pizza di sini boleh didapati dalam bentuk kepingan yang rangup, nipis dan mudah dilipat. Apa kata cuba Classic New York Pizza! Rangup dan nipis serta dihiasi topping seperti sos tomato, keju parut Grana Padano dan keju mozzarella. Boleh juga cuba menu menarik di sini seperti Boneless Buffalo Wings dan Waffle Fries! 



2. Uno's Pizza @ TTDI


Kalau sebelum ni restoran yang Mimi kongsikan menjanjikan juadah pizza yang nipis dan rangup, restoran Uno's Pizza juga begitu. Pizza berkerak nipis yang ada di sini pasti membuatkan korang makan lebih dari dua keping! Ia terletak di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), restoran Itali yang sangat selesa ini menyajikan pizza dan pasta yang enak. Banyak pilihan rasa pizza yang boleh dipilih di sini. Selain itu, jangan lupa pesan Tiramisu yang istimewa dan tidak lupa juga pasta.


3. FLAM's Pizza @ Bukit Bintang


Merupakan salah satu pizza paling nipis yang boleh korang dapatkan di kawasan Lembah Klang, FLAM's memberi salah satu pizza yang enak dan terbaik dari awal pembuatannya. Istimewanya pizza di sini, ia dibakar di dalam ketuhar kayu bata merah. Pelbagai pilihan yang di sini seperti  Smoked Salmon dan Blue Cheese hingga Four Seasons Flam's, pastinya menjadi pizza yang memuaskan dan ketagihan untuk dimakan! Chef mereka juga mencadangkan cara lain untuk memakannya kerana ia nipis dan enak dengan menggulungnya menjadi bentuk krep dan menikmati keenakkan dan kerangupannya.


4. Fahrenheit 600 @ Solaris Dutamas


Kalau 3 restoran tadi menyajikan pizza yang nipis dan rangup kali ini restoran yang Mimi nak kongsikan memyajikan pizza sedikit berbeza dari pizza kerak tipis biasa, di mana ia mempunyai yang lebih tebal. Dibuat dari adunan tangan, Henry the Duck harus menjadi pilihan yang baik untuk memenuhi perut korang yang lapar. Pizza dihiasi dengan kepingan itik salai, avokado, kepingan oren dan tomato ceri. Pizza yang harum dan sedap, sememangnya akan disyorkan kepada korang.



5. Urbano e Fresco @ Solaris Dutamas


Mendapat banyak cadangan dari  pelanggan, restoran Itali ini sangat selesa dan menyajikan makanan seperti salad, sandwic dan pizza. Bahan-bahan yang diimport menjadikan pizza di sini sangat istimewa di mana korang boleh melepaskan keinginan untuk makan pizza dengan memilih salah satu menu yang enak di sini iaitu The Margherita Pizza. Pizza kerak nipis ini terdapat dalam 3 saiz iaitu 9 ", 12" dan 15 ". Oleh kerana bahan-bahan  yang digunakan diimport, rasa yang ada pada pizza mereka sangat asli dan klasik.



Inilah 5  restoran yang menyajikan pizza yang mengagumkan serta dipenuhi dengan lelehan cheese yang banyak dan sedap di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Mimi sendiri terasa rasa di tekak keenakkan dan kesedapan pizza di setiap restoran pilihan Mimi ni. 

Sekarang ini kita sedang melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, telah banyak sektor yang mula beroperasi sekaligus menyebabkan jalan raya mulai sibuk dengan kenderaan sana sini. Pasti sedikit sebanyak berlaku kesesakan di jalan raya. Tekak teringin nak makan pizza tapi malas nak memandu dan hadap kesesakan di jalan raya. Hah apa lagi, jom sama sama kita gunakan khidmat pizza delivery yang ada. Jimat masa dan tenaga. Tak perlu susah payah keluar rumah ataupun pejabat. 

Ambil telefon buat sahaja pesanan secara atas talian dan pesan sahaja menu pizza yang diingini melalui FoodPanda Malaysia Delivery. Hanya duduk saja di rumah ataupun pejabat. Tunggu sahaja sehingga pizza yang dipesan sampai ke depan pintu. 

Post a Comment

21 Comments

  1. Wah.. terliur tengok Pizza-Pizza ni.. TB memang hantu pizza... adoi... jangan terasa nak mencari pizza sudah.. hehehehe.. paling TB suka yang beef pepperoni tu

    ReplyDelete
  2. Pernah makan pergi mikey tu tp tak makan pizza.. nnt singgah nk cuba.. yg lain2 baru tahu.. sbb kenal pizza hut ngn dominos je..

    ReplyDelete
  3. Banyak ye sebenarnya pizza places and none of the above-said yang Rawlins pernah pergi. Nampak gaya boleh la buat pizza-jumping ngan kengkawan la nie suatu masa kelak.

    ReplyDelete
  4. Wow so many different types of pizzas to enjoy. :)

    ReplyDelete
  5. Menariknya pizza dia. Tak pernah makan kat tempat tempat yang disenaraikan ni. Kena cuba ni

    ReplyDelete
  6. Peminat pizza dah Boleh pergi makan dah tu. Tak kan asyik nak try Pizza Hut dan dominos je kan

    ReplyDelete
  7. wow nampak sedap sedap pizza dia..Semuanya iena tak pernah try lagi hehe..nanti boleh la cuba

    ReplyDelete
  8. Amboi.. Tunjuk Pizza buat org cam AM yg hantu Pizza nie mmg la dgn pantas buka apps food panda utk mengorder.. Alahai terjebak lagi.. Hehehe

    ReplyDelete
  9. Sedapnyaaa!!!!! Terima kasih listkan tempat-tempat pizza ni. Boleh save post ni, nanti next time ke KL boleh cari

    ReplyDelete
  10. Sedapnya.. anak2.mmg suka.pizza.. bolehlah bawa mereka datang makan kat sini

    ReplyDelete
  11. semua sedap2 nanti boleh ordr, harap2 boleh hantar ke tempat saya

    ReplyDelete
  12. Tiba-tiba rasa macam lama plak tak makan pizza, ehh ye ke...hahahaha nampak sedap nauu pizza dia...nak kena beli gak le ni ekk...

    ReplyDelete
  13. Lamanya tak makan pizza. Nanti boleh cuba pizza kat restoran ni. Kot-kot ada yang kena dengan citarasa Qiss. Ok boleh order delivery. Lagi la senang kan nak merasa pizza ni..

    ReplyDelete
  14. Wah pizza sedapnya. The best pizza zaza pernah makan dulu ada kat pavillion KL. Tapi rasanya dah xde kedai tu.. Mmg marvelous.

    ReplyDelete
  15. ahhhh terliurnya rasa bila tengok malam malam cmni haha mengundang betul ya

    ReplyDelete
  16. memang "jaw dropping" siap meleleh air liur tengok pizza sedap2 kat post ni...

    ReplyDelete
  17. Kalau fafa. Suka jenis yang tebal. Cepat kenyang hehehhe bila kita makan tu... Lembut je masa gigit pizza best macam tu

    ReplyDelete
  18. Kedai pizza sedap ada banyakkan. Memang best kalau dapat yang fav selain yang dah terkenal tu. Kadang selera anak nak pizza cheese dan pepperoni. Dapat yang ngam semua kombinasi, dah seronok dah mereka. Hehe.

    ReplyDelete
  19. aduhhh teringin pizza pula time-time berpantang ni.. salah mimi la ni hihihi.. semua pizza nampak menarik dan sedap je..

    ReplyDelete
  20. Uih dapnya. Nasib baik jauh. Kalo tak, memang gi terjah jam ini jugak

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com