Tanda Awal Kehamilan, Ini Simptom-Simptom Yang Di Alami Sebelum Ujian Kehamilan Dilakukan | Bila dah bergelar suami isteri pastinya kita mengharapkan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumahtangga. Gelagat bayi yang comel dan menghiburkan hati di kala kita letih pulang dari kerja. Telatah mereka mampu membuatkan kita tersenyum dan tertawa melupakan kepenatan.
Terimbau kembali selepas mendirikan rumahtangga dengan suami. Sejujurnya kami tidak pernah merancang untuk menimang cahaya mata lambat. Lagi cepat lagi bagus. Tapi semua itu ketentuan Allah, cepat atau tidak Allah yang tentukan. Kita sebagai hambaNya hanya terima sahaja dengan redha dan tawakal. Sebenarnya setahun jugalah Mimi tiada rezeki mengandung. Masuk bulan ke 13 barulah disahkan Mimi mengandung. Itu pun setelah pelbagai cara dan petua dilakukan untuk mengandung.
Nanti Mimi akan kongsikan cara yang dilakukan untuk mengandung. Kali ni nak kongsikan tanda awal kehamilan yang dialami sebelum ujian kehamilan dilakukan. Nak tahu apa tanda awal kehamilan yang dilalui, baca artikel hingga akhir nanti.
Ini Simptom-Simptom Awal Kehamilan Sebelum Ujian Kehamilan Dilakukan
1) Alami cirit birit
Sebelum disahkan mengandung, Mimi alami cirit birit. Tapi masa itu tak syak apa apa sebab fikir silap makan walaupun kita makan masakan dari rumah dan jaga kebersihan makanan.
2) Letih dan rasa mengantuk
Yang memang tidak dinafikan, tiba tiba saja jadi letih dan rasa mengantuk teramat sangat setiap kali selepas pulang dari kerja. Sebelum ini tidak pernah berlaku macam tu. Bila kaki melangkah masuk saja dalam rumah, mata kuyu dan layu seolah ada batu hempap atas mata ni. Langsung tak boleh buka mata. Berat sungguh!
3) Batuk dan demam dengan tempoh yang lama
Setiap kali mengandung memang batuk dan demam ni wajib Mimi alami sebelum tahu diri mengandung. Makan ubat klinik pun tak jalan (sebelum tahu mengandung). Batuk dan demam ni selalunya berlanjutan hingga 2 minggu. Tapi Mimi tak dapat tangkap hint ini kerana batuk dan demam selalunya Mimi kaitkan dengan keadaan sekeliling atau orang cakap musim.
4) Sensitif dengan bau tertentu
Tanda awal kehamilan yang wajib dilalui dari anak pertama hingga bongsu ni, sensitif dengan sesuatu bau. Anak sulung dahulu Mimi tak boleh bau sebarang masakan sup dan nasi. Anak kedua, ketiga dan bongsu tidak boleh bau minyak wangi lelaki. Bagi Mimi bau minyak wangi lelaki busuk. Anak bongsu juga Mimi tak boleh bau sabun pencuci baju dan nescafe. Kalau terbau mula rasa nak marah sebab rasanya tengik.
5) Mual dan loya
Simptom awal kehamilan ni rasanya semua pernah alami. Mual dan loya tiba tiba. Sedang duduk bersantai pun tiba tiba boleh datang rasa mual dan loya.
6) Rasa tidak cukup nafas atau nafas pendek
Salah satu tanda awal yang Mimi alami ialah rasa tidak cukup nafas atau nafas pendek bila melakukan sesuatu kerja. Mudah rasa tercungap. Walaupun aktiviti yang kita lakukan itu dah menjadi kebiasaan tetapi secara tiba tiba kita tak boleh lakukan kerana nafas pendek.
7) Buah dada sakit dan bengkak dari biasa
Selalunya bila datang bulan kita akan rasa sakit buah dada. Tetapi tanda awal kehamilan pula buah dada kita akan rasa sakit dan bengkak dua kali ganda dari biasa. Ini salah satu tanda yang menguatkan bahawa kita hamil.
8) Lewat datang bulan
Of course lah benda ni akan jadi petunjuk yang kita kemungkinan mengandung. Ada setengah orang akan kata, lewat datang bulan lama takkan tak sedar diri tu mengandung. Fahamilah kaum hawa sekalian, kita memang sama jantina tapi hormon kita tidak sama. Ada yang lewat datang bulan sehari pun boleh detect dia mengandung ada juga yang tidak boleh. Mimi kategori lewat berminggu dan berbulan pun tak boleh detect mengandung sebab pernah Mimi habis beratus beli macam macam jenis alat ujian kehamilan gara gara lewat datang bulan tetapi bila buat ujian, keputusannya negatif. Hampa!
Setelah kesemua tanda awal kehamilan yang Mimi alami di atas dan datang bulan pun lewat, jadi Mimi akan ambil keputusan beli alat ujian kehamilan. Bila buat ujian keputusannya positif, maknanya tanda tanda yang dialami perlu di ambil kira untuk buat ujian kehamilan. Tidaklah kita membuang masa dan wang ringgit beli alat ujian kehamilan.
Ada juga yang datang bulan seperti biasa tapi tanpa sedar yang diri sedang berbadan dua. Setiap wanita alami tanda awal kehamilan berbeza. Ada yang boleh kesan seawal lewat datang bulan ada yang tidak. Ada yang tahu diri sedang berbadan dua ada yang tidak. Pendek kata setiap daripada kita mengalami tanda awal kehamilan yang tidak sama.
22 Comments
alhamdulillah, wawa dulu 5 tahun baru dapat ank.
ReplyDeleteBetul tu, lain orang lain ragam. Hehe suka nak baca pelbagai kisah kan.
ReplyDeleteAien follow sis mimi. ^^
Okay... artikel ini sangat bermanfaat untuk leya yang belum merasainya, Doakan leya memiliki cahaya mata yang soleh / solehah suatu hari nanti ye..
ReplyDeleteakak dlu simptom awal kehamilan ms sebelum nk check tu hanya demam..p klinik sbb nk check demam sbb period tk teratur kn..cumanya doc suruh wat urine test..alhamdulillah positif..tp lps tu akak morning sickness lama juga la smp kandungan 5 bln...asyik muntah je..msk 6bln kandungan br ok
ReplyDeletenice sharing. ni antara petanda secara rawak. sbb kadang tak smua alami petanda yg sama. mcm ida langsung xde muntah2 bagai..loya2 pun takde..alhamdulillah
ReplyDeleteArtikel berguna untuk pasangan pengantin baru nie. Yang kesian tu takleh bau nasi. Acaner nak makan?
ReplyDeleteWalaupun anak dah 2, rindu nak ada bby lagi selagi Allah izinkan. Doakan kita juga ye kak..
ReplyDeleteSebab anak anak pun suka ngan bby. Teringin nak bagi dorang adik.
Tiga-tiga anak Sis, Sis cuma ada simptom aje, uzur lewat, yang lain semua takde, bila dah masuk bulan 5 baru buahdada bengkak...mual ke loya ke takde...sampaikan emak pun heran, takde ngidam ke apa ke..pelik tak hehehehe
ReplyDeleteThis is a good information sharing. Semua wanita yg day kawen kena tahu Ini. Yg blum pun wajib tahu juga. Huhuhu.
ReplyDeleteLain orang lain simpton yang di alami tapi jarang dengar cirit birit before pregnant. apapun tahniah
ReplyDeleteTerima kasih sharing info macam ni. Kadang-kadang orang lelaki tak tau sangat dan perlu amik tahu
ReplyDeleteBestnya seronok lak dengar cite pengalaman orang mengandung dan juga ada anak ni kita tak tahu bila nak ada pasangan hehehehe moga dipermudahkan segalanya dan perkongsian yang berguna ni sebab setiap orang lain-lain simptomnyakan...
ReplyDeleteTak pernah kawen so tak pernah mengandung hehe..Biasa tengok member-member yang mengandung ni dorang akan mual mual,cepat letih and alahan bau minyak wangi lelaki macam mimie.
ReplyDeletethanks info ni, sangat membantu bakal2 ibu. kadang ibu yang dah lama tak mengandung pun dah lupa simptom2 ni
ReplyDeletemmg sentiap wanita yang mengandung akan mengalami perbezaan alahan...ada yang mmg langsung x sedar mengandung sampai berbulan lamanya...
ReplyDeleteMasing masing mempunyai tanda kehamilan yang berlainan. Kak dulu jika lambat dtg haid je dah tandanya mesti mengandung ni dan dulu mana ada alat tau sendiri je bila rasa mual.
ReplyDeleteTanda kehamilan setiap orang berbeza. Tambahan masa berharap nak anak. Memacam tanda muncul. Sekali cek negatif. Bila buat rutin harian macam biasa. Kerja dan busy kan diri. Tup tup muntah-muntah. Selera makan tinggi. Dah hamil. Hehehe. Alhamdulillah dua kehamilan akak dapat merasa. Dedua tanda tak ketara. Tau tau dah hamil. cuma tulah bersalin pun dapat rasa normal dan czer. huwaaa traumaaa betul.
ReplyDeleteanak pertama aida, memang dok cek la kan. lambat period je cek. tak alami tanda2 lain, tak perasan kot :) ha ha ha ha... alhamdulillah, sihat je.
ReplyDeleteanak kedua aida, tak sangka. memang la nak pregnant. tapi time cek kat doktor tu, sebenarnya aida demam. nak le panadol je. dah la baru lepas period masa tu, mimi. inform doktor. terus doktor bagi pil kuatkan rahim. tu tanda-tanda awal utk keguguran. aduhai. Allah turunkan demam tu ada hikmah sebenarnya.
izzat, si bongsu, pun pregnant yg nak sgt. so tiap bulan dok cek. yg pregnant last ni lah baru merasa morning sickness hingga kandungan 3 bulan lebih. kedua, merasa lagi morning sickness bila perut dah besar 7 bulan!
so kesimpulannya, aida tak rasa langsung tanda2 sebelum tahu pregnant :) hi hi hi hi...
Mmg berbeza. Masa anak 1st tu, mual za teruk juga smpi 4 bln lamanya.. Yg 2nd ni alhamdulillah takde apa2 tanda mual.
ReplyDeleteKena ambil tahu ni walaupun lelaki kan. mudah untuk masa-masa akan datang bila dah beristeri dan nak ada anak nanti.
ReplyDeleteBanyak simptom tu Yaya pun rasa sama. Paling ketara mengantuk ya Allah rasa nak tidur je taktau apa yang penat sangat. Masa 1st baby memang alahan teruk. Tapi ada kawan-kawan yaya ok je tak ada masalah alahan sangat
ReplyDeleteThanks for sharing this detailed information and also the tips. Bukan senang nak melahirkan anak banyak cabaran yang kena lalui juga kan
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com